TERKEZUT........
Saya ingin mengutarakan satu fahaman yang kurang baik telah wujud di kalangan para penuntut ilmu ALLAH s.w.t.
"kalo kita nak belajar dengan ustaz-ustaz melayu sahaja, baik duduk malaysia tak perlu datang ke mesir, belanja besar. kita datang ke mesir untuk dapatkan ilmu dari para syeikh arab"
Secara peribadi, saya merasa cukup kesal dan sedih bila mendengar kenyataan seperti berikut yang dilontarkan oleh individu-individu yang kurang hemah terhadap adab dan displin ilmu. Mengapa sampai macam tu sekali?
Saya tidak menafikan kenyataan beliau, mungkin bersifat peribadi. Saya menghormati pendapat orang lain dan jika benar pendapat tersebut, alhamdulillah. Jika salah, sama-sama kita muhasabah dan baiki kesilapan.
Memetik kata-kata ulama' mazhab shafie terhadap pendapat yang berbeza dengan fahaman mazhab tersebut " Ini pendapatku kemungkinan benar barangkali salah, maka jika aku benar itu dari Allah dan jika aku salah daripadaku dan daripada syaitan "
Saya tidak mahu mewujudkan ketegangan dan persengketaan sesama kita semua, tetapi ingin mencari titik kejernihan dan penyelesaian. Saya cuba amati pemikiran mereka, mengapa timbul dalam benak mereka satu pandangan yang sinis terhadap ustaz-ustaz melayu?
Walaupun saya kurang bertalaqi dengan ustaz-ustaz melayu tetapi saya tetap sanjung mereka dan tidak pernah menafikan ilmu dan usaha mereka untuk menyampaikan ilmu di Mesir ini.
(disambung pada 30 april 2009)
Banyak kelebihan yang kita akan dapat apabila kita belajar dan bertalaqi dengan para masyaikh arab, ini satu kenyataan dan telah terbukti. Para masyaikh arab mampu memahami nas-nas dari quran dan sunnah yang berbahasa arab dengan pehamaman yang tepat, kerana mereka dari golongan arab dan bahasa arab itu adalah bahasa mereka.
Seterusnya, talaqi dari mereka juga dapat meningkatkan kualiti kefahaman bahasa arab kita samada dari bahasa fushah ataupun ammiyah. Jika sekiranya kita nak bertanya, mahu tidak mahu sudah tentu perlu bercakap bahasa arab, suasana seperti ini sangat bagus untuk menjadikan para azhari mahir bertutur dalam bahasa arab.
Alangkah baiknya kehebatan yang telah dicanai kesan dari pengajian bersama syeikh-syeikh arab tersebut, diadunkan pula dengan ramuan tambahan dari ustaz-ustaz melayu. Sudah tentu akan menghasilkan seorang ulama' yang cukup hebat yang akan bermanfaat pada ummat ini.
Fenomena kuat talaqi sudah semakin menular dikalangan para azhari. Kesedaran ini perlu diteruskan dan satu generasi ke satu generasi. Kadang-kadang kita konfius samada nak pergi kelas syeikh arab ataupun kelas ustaz melayu? Pilihlah mana yang kita rasa kita mampu ikut dan banyak manfaat pada diri kita sendiri. Sangat sedih bila tengok diri sendiri dan kawan-kawan seperjuangan malas untuk pergi talaqi.
Bila cakap tentang talaqi, mesti orang akan kata... "tinggal persatuan". Kesibukan dalam berpesatuan bukan penghalang untuk bertalaqi, tetapi kebodohan kita untuk susun masa dan kemalasan kita yang menyebabkan kita tinggal salah satu.
Azhari ada dua tugas, bukan belajar dan talaqi sahaja... tapi azhari adalah seorang pendakwah. Pendakwah tidak boleh berhenti bekerja untuk sampaikan islam, bila-bila masa di mana jua.
jom jadi ulama' jom jadi daie'
ulama' haraki masa hadapan.......
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
30 April 2009
betul ustaz..
tapi kata2 tu ada perkatan Sahaja.. maknanya dia tak belajar langsung dengan syeikh Arab.. hanya duduk dgn 'syeikh Melayu' sahaja.. mcm mn tu ustaz?