• Sembang-sembang malam orang kita kadang-kadang tambah dosa dari tambah pahala. Saya menulis ni bukan satu sindiran dan perli kepada mana-mana pihak. Sekadar pandangan peribadi dan kalam dari seorang manusia biasa sahaja.

  • Kita selaku orang islam, sangat digalakkan supaya sentiasa dalam keadaan yang tersusun dan kemas dalam semua aspek samada kehidupan, amalan ibadat, pembelajaran dan apa sahaja yang kita lakukan. Semua orang suka pada perkara yang elok, cantik, kemas dan tersusun. Benar atau tidak?

  • Bukan suatu perkara yang mudah jika kita berada ditampuk pentadbiran, saya akui perkara ini berdasarkan secebis pengalaman menjadi exco Badan Anak Selangor (BAS) selama hampir 3 tahun. Diri ini terlalu kerdil untuk melaksanakan amanah yang besar. Banyak kesilapan yang telah dilakukan dan amanah yang tidak dapat dilaksanakan.
  • Merenung ayat ALLAH dari surah Al-Nisa' (14),
إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها
"sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu untuk menunaikan amanah kepada ahlinya"


  • Semasa memegang jawatan selaku bendahari dalam Badan Anak Selangor (BAS) pada tahun 2006-07, banyak pengalaman yang saya dapat dan menjadi mimipi2 ngeri saya pada ketika itu. Banyaknya kerja tak terkata, ditambah pulak pada tahun tersebut macam-macam konflik berlaku, antaranya konflik Pegawai HEP Selangor (yang lama) dan Yang Di-Pertua BAS sehingga peristiwa perletakan jawatan YDP BAS (saudara Norhan bin Hamsi)

  • Tetapi saya diasuh untuk bersifat thabat dalam perjuangan, tidak mudah putus asa dan tidak mudah mengalah. Saya yakin bantuan ALLAH bersama-sama mereka yang ikhlas beramal kepada-NYA. Jawatan yang kita sandang bukan disebabkan ketamakan kita untuk merebut segala kelebihan yang ada daripada jawatan tersebut, tetapi ia adalah taklifan dari ALLAH dan amanah yang cukup berat.

  • Kembali kepada tajuk yang di atas, PENGURUSAN... ADAKAH BENAR2 TERSUSUN? orang yang belegar-legar dalam ruang kepimpinan pasti tahu serabutnya keadaan organisasi yang sedang mereka tunggangi. Walaupun sudah bertahun-tahun menguruskan organisasi tersebut, pastinya masih terdapat cacat cela yang berlaku. Kursus demi kursus, ceramah demi ceramah yang dipaksa dengar (sampai nak bernanah telinga) tapi keadaan masih tetap sama.

  • Inilah cabaran dalam berorganisasi, siapa berani cakap dengan saya organisasi dia adalah yang terbaik? Saya cabar siapa yang cakap macam tu, sila tampil dan tunjukkan kehebatan anda...

  • So kesimpulannya, jangan malu nak belajar dari orang yang lebih banyak pengalaman dan jangan tinggalkan organisasi.

  • Organisasi adalah bersifat pratikal bukan teori. (cakap banyak pun tak guna kalo tak buat kerja). ISLAM perlu ditegakkan dengan kemantapan organisasi dan perancangan yang cukup rapi dan teliti.....

ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 30 April 2009
categories: edit post

0 komen menbina


Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari