Dakwah mengajak manusia kepada islam adalah kerja yang sangat mulia di sisi ALLAH s.w.t. Dakwah manusia untuk mengesakan ALLAH yang Satu dan mengajak manusia kepada kebaikan dan keadilan. Tugas utama bagi gerakan islam @"harakah islamiyah" adalah menyampaikan dakwah.

Para nabi dan rasul diutus oleh ALLAH ke muka bumi ini untuk menjalankan misi dakwah. Pelbagai rintangan dan cabaran yang telah mereka lalui sepanjang perjalanan dakwah mereka, samada ujian berbentuk kesenangan mahupun kesusahan.

Sirah Nabawiyah menjelaskan kepada kita tentang usaha gigih Baginda untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran, sepertimana yang telah berlaku di sebuah perkampungan yang bernama Yathrib. Baginda s.a.w berhasrat untuk mencari sebuah kawasan yang sesuai untuk membina kekuatan islam, akan tetapi malang sekali kehadiran Baginda telah disambut dengan cacian dan lontaran batu dari kaum tersebut.

Keazaman yang kental dan semangat yang jitu dalam diri Baginda s.a.w menjadikan Baginda terus thabat dalam jalan dakwah. Selaku ahli gerakan islam yang ingin mencontohi Rasulullah s.a.w, seharusnya bersedia untuk menghadapi risiko yang mendatang.

Setiap perkara yang kita ingin lakukan pasti ada risiko, seperti perbuatan makan, risiko yang kita akan hadapi ialah sakit perut dan sebagainya atau contoh kedua, menunggang motosikal, risiko yang akan berlaku adalah kemalangan. Begitu juga keadaannya dengan dakwah dalam gerakan islam tidak boleh terlepas daripada risiko. Oleh demikian, gerakan islam yang berteraskan dakwah islamiyah perlu bersedia dengan pelbagai risiko.

Apabila Nabi s.a.w mula melancarkan gerakan dakwah secara terang-terangan, Baginda sudah menduga segala risiko yang menyusul dan bersedia menghadapinya. Banyak lagi contoh dalam sirah Baginda yang menunjukkan keberanian Baginda untuk berhadapan dengan risiko.

"Play safe" bermaksud bermain dengan selamat atau dengan bahasa yang lebih mudah, tidak mahu mengambil risko dalam menetapkan pendirian terhadap sesuatu perkara.

Peribahasa melayu ada menyebutkan, "kalau takut dilanggar ombak, jangan berumah ditepi pantai".
Bagaimana setengah kelompok boleh mendakwa mereka membawa gerakan islam, sedangkan mereka takut untuk menerima risiko dan lebih gemar menjaga kepentingan peribadi.

fikir2kan.

Gerakana islam yang sempurna tidak boleh lari dari risiko yang sentiasa menanti untuk menguji kekuatan ahli gerakan tersebut. Teringat kata-kata Tuan Guru Presiden dalam ucapan beliau semasa muktamar PAS yang lalu, "kita perlu terus sabar dan teguhkan pendirian dalam menghadapi segala rintangan dalam jalan perjuangan".

Sahabat-sahabatku yang cintakan ISLAM, marilah kita memupuk sikap berani dan kental untuk meneruskan perjalan dakwah dalam gerakan islam di dunia ini. Kita harus semaikan dalam diri tentang ganjaran pahala untuk orang yang berjuang, kerana ALLAH menjadikan syurga itu bertingkat-tingkat. Lebih banyak kesusahan dalam perjuangan, lebih tinggi darjat mereka dalam syurga ALLAH.

Apakah yang lebih berharga lagi dari syurga yang dijanjikan ALLAH kepada para mu'min?

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 31 August 2011
categories: | edit post


Salam ukhuwah untuk semua.

Petang ramadhan yang penuh keberkatan ini, semua orang islam sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa. Semoga puasa kita diterima ALLAH dan mendidik kita menjadi tentera ALLAH yang bertaqwa.

Cuaca terik hari ini cukup menguji kekuatan azam dan tekad dalam menuntut ilmu. Perjalanan saya ke universiti mengambil masa tidak kurang dari 1 jam, ditambah pula dengan kesesakan jalanraya di bandar kaherah ini. Saya hanya mengharapkan ganjaran pahala dari ALLAH yang Maha Pengasih.

Saya bukan orang yang layak untuk berbicara tentang pengajian master di mesir ini. Keputusan yang keluar baru-baru ini belum melayakkan diri saya untuk memulakan penulisan thesis, masih berbaki 1 subjek lagi untuk lulus.

Jumlah pelajar yang menyambung pengajian master di kuliah darul ulum pada tahun ini seramai 264 orang. Hanya 7 orang sahaja yang lulus keseluruhan subjek. Sukar untuk diterima oleh semua pelajar, ramai yang mengeluh dan tidak berpuas hati. Peperiksaan ulangan akan diadakan pada 18 september 2011.

Pada tahun 2006, saya pernah menaruh harapan untuk meneruskan pengajian master di Mesir. Seingat saya, antara pelajar yang sedang menyambung pengajian master pada tahun tersebut ialah ustaz Ahmad Yusuf (master usuludin al-azhar), ustaz Mahyudin (darul ulum, cairo university), ustaz Anhar Opir (baru menamatkan master darul ulum), ustaz Amly (darul ifta' misriyah) dan ramai lagi idola-idola saya dalam pengajian master. Kebanyakan dari mereka dari bekas pelajar kisas sebagai abang senior saya di Mesir.

Bila sebut tentang master di mesir, tidak ramai pelajar malaysia yang gemar untuk menyambung pengajian di sini. Mereka lebih gemar untuk menyambung di universiti tempatan. Mungkin disebabkan susah nak lulus. Memang sudah terbukti, ramai yang menyambung master di mesir, tetapi tidak mampu untuk menamatkan pengajian mereka.

Ekonomi adalah salah satu faktor utama kegagalan pelajar untuk menyambung master. Saya berpendapat sedemikian kerana pengajian di peringkat master memerlukan tumpuan sepenuhnya untuk lulus. Ini kerana subjek yang diambil sangat berat dan meliputi semua bidang pengajian islam seperti syariah, usuluddin dan lughah arabiah.

Saya tidak menafikan ada juga pelajar yang benar-benar struggle untuk hidup di mesir demi menamatkan pengajian mereka, tetapi golongan mereka sangat sedikit. Keazaman mereka yang cukup kental untuk menghadapi cabaran di Mesir akhirnya membuahkan hasil.

Cabaran kehidupan dan cabaran dalam pengajian mereka. Kita sering dengar mahasiswa master di Mesir mengambil tempoh masa yang sangat panjang untuk menamatkan pengajian mereka. Ada di antara mereka yang menetap di mesir lebih dari 10 tahun. Berbeza pula keadaannya di universiti tempatan, master hanya 2 tahun atau kurang.

Banyak faktor yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku, antaranya adalah penyelarasan subjek dalam bidang yang diambil. Seperti di fakulti darul ulum, pengkhususan syariah islamiyah, subjek dari bidang usuludin seperti ulum hadith, takhrij hadith, tahqiq makhtutat dan tafsir merupakan subjek teras juga selain dari subjek usul fiqh, tarikh fiqh dan lain-lain.


Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 24 August 2011


الإقبال من العبد و القبول من الله

Perkataan الإقبال : bermaksud - datang @ bersungguh-sungguh dalam mengerjakan satu amalan.

Keterangan lanjut الإقبال من العبد
Seorang hamba datang untuk menyembahkan amalannya kepada ALLAH s.w.t dengan bersungguh-sungguh dengan harapan ALLAH s.w.t menerima amalan tersebut.

Perkataan القبول : menerima dan menyambut.

Keterangan lanjut القبول من الله
Penerimaan amalan adalah dari ALLAH. Adab dan tatatertib dalam ibadat harus diteliti dan dilaksanakan agar amalan tersebut diterima ALLAH.
Antara adab dalam ibadat ialah tidak menggunakan harta yang haram untuk menunaikan fardhu haji. Seterusnya, seorang muslim harus menjaga hubungan silaturrahim di antara kaum muslimin..

إن الله الطيب ولا يقبل إلا طيبا -الحديث
"sesungguhnya ALLAH itu Maha Baik, tidak menerima melainkan perkara yang baik sahaja."

Kita berada di bulan yang mulia, bulan ramadhan. Ummat islam berlumba-lumba untuk menambah amalan dengan solat tarawih, bacaan al-quran, sedekah dan lain-lain. Seharusnya mereka menitikberatkan adab dalam ibadat.

Di dalam kitab "نظرات في رالة التعليم" terdapat 2 syarat utama dalam penerimaan amalan:
  • Melakukan ibadah itu dengan penuh keikhlasan.
  • Ibadah yang dilakukan mesti bertepatan dengan sunnah Nabi s.a.w.

Jangan pula kita mengecilkan skop ibadah dalam islam. Ibadah yang khusus seperti solat, puasa, berzikir dan menunaikan haji adalah tuntutan yang mesti dilaksanakan oleh seluruh ummat islam. Adapun ibadah yang umum merangkumi kerja untuk mencari rezki, kerja-kerja berpesatuan dan membantu meringankan beban saudara seakidah.

Terdapat sebuah hadith yang menceritakan perihal sahabat nabi yang telah membatalkan niat iktikaf dan keluar dari masjid kerana ingin membantu sahabatnya yang lain. Maka telah bersabda Baginda (mafhumnya) orang yang keluar dari masjid untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik dari beriktikaf selama setahun di masjid.
Hadith tersebut cukup menitikberatkan unsur-unsur kerjasama sesama ummat islam, malah ganjaran yang disediakan untuk mereka yang membantu saudaranya lebih berlipat kali ganda dari ibadah sendirian.


Semoga bulan ramadhan yang mulia ini mendidik kita untuk menjadi orang yang terbaik. Bertepatan dengan sebuah hadith baginda خير الناس أنفعهم للناس yang bermaksud, sebaik-baik manusia ada mereka yang memberi manfaat untuk saudaranya. Samada ada manfaat yang berbentuk kewangan atau ilmu atau pertolongan dan sebagainya.

Selamat beramal.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 11 August 2011
1 komen menbina
categories: | edit post

Bulan ramadhan di malaysia adalah bulan makan.
Bazar di sana-sini, makanan bermacam-macam jenis.
Sudah hampir 7 tahun saya tidak menyambut ramadhan di malaysia.

Saya terfikir bagaimana nk ubah minda org islam di malaysia dalam memahami bulan ramadhan sebagai bulan jihad.

Terdapat beberapa peperangan yang telah berlaku pada zaman Rasulullah di bulan ramadhan. Ini menunjukkan kekuatan sahabat Nabi saw dalam menghadapi bulan ramadhan dan simbolik JIHAD menentang kezaliman.

Ramadhan bukan bulan ibadah sahaja, bahkan ia juga bulan JIHAD menentang kemungkaran.

lihat sahaja gambar di bawah, kesibukan orang islam utk berbuka puasa.




Saya tidak bermaksud untuk menghalang mereka untuk menikmati juadah yang enak dan mencari rezki.
Akan tetapi tugas kita untuk menerapkan nilai2 islam dan makna puasa yang sebenar sepertimana dituntut.

Persoalan yang saya ingin timbulkan dalam menangani masalah ini.
apa peranan kita selaku pendakwah?
apakah peranan ustaz2 dan tok guru dalam mendidik masyarakat?
apakah peranan intelektual islam?
apa peranan jemaah@ persatuan2 islam di msia?
  1. samada jemaah islam yang mengambil pendekatan untuk mentarbiyah masyarakat sahaja. seperti ISMA, JIM dan lain-lain.
  2. ataupun jemaah islam yang mentarbiyah masyarakat dan berusaha mendaulatkan syariat ALLAH di Malaysia seperti PAS.

Berita dari harakahdaily,
peranan kerajaan negeri kelantan dalam usaha memupuk kefahaman ramadhan yang sebenar terhadap rakyat kelantan.
semoga ALLAH terus memelihara kerajaan kelantan dan rakyat jelata.
kita selaku golongan yang faham erti ramadhan perlu menyokong sepenuhnya usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan kelantan agar program2 tersebut dapat dilakukan di seluruh malaysia.



KOTA BHARU, 31 Julai: Di negeri-negeri lain kempen kibar Jalur Gemilang sedang rancak dijalankan, sebaliknya di Kelantan kemeriahan Ramadan pula dirasai sekarang.

Persiapan akhir di Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sedang dijalankan sejak pagi tadi.

Kelainan Ramadan sejak 20 tahun lalu dirasai apabila ada khemah khas tempat solat Tarawih disediakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di tengah pusat bandar.

Bermula khemah Tarawih di Dataran MPKB kemudian dipindahkan ke lokasi sekarang yang lebih selesa dan strategik.

Solat Tarawih berimamkan qari dari Mesir sejak beberapa tahun lalu begitu mengasyikkan ribuan jemaah yang hadir.

Tambahan pula tempat solat di Qaryah Ramadan disediakan penghawa dingin. Selain itu di beberapa masjid utama di sekitar Kota Bharu juga disedia penghawa dingin termasuk Masjid Muhammadi, Masjid Telipot, Masjid Lundang dan Masjid Kota Darulnaim.

Bagi pemimpin kerajaan negeri dan PAS, Ramadan lebih sibuk berbanding bulan lain memandangkan program tadarus al Quran diadakan di setiap kawasan parlimen.

Selain itu mereka juga perlu menyampaikan tazkirah di Dewan Zulkifli Mohammad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan selepas solat Zohor.

Tazkirah dimulakan pada 1 Ramadan dan dijangka dilancarkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Turut dijadual menyampaikan tazkirah tersebut anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Dua anggota Exco yang bukan lulusan bidang pengajian agama iaitu Abdul Fattah Mahmood (optometrist) dan Che Abdullah Mat Nawi (kewangan) juga dijadual menyampaikan tazkirah selama 20 minit.

Manakala program tadarus al Quran dimulakan pada 2 Ramadan akan diadakan di kawasan parlimen Ketereh bermula solat Asar sehingga waktu iftar.

Program itu akan diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Program serupa diadakan di kesemua 14 kawasan parlimen di Kelantan.

Kemuncaknya program tadarus al Quran akan diadakan pada 17 Ramadan di Bukit Bunga, Jeli. Sempena program itu ceramah Badr al Kubra juga diadakan.

Di Qaryah Ramadan pula pelbagai program disusun khas seperti tahun-tahun sebelumnya. Antaranya iftar dan sahur jama’i, kelas pengijazahan al Quran, tazkirah selepas dua salam Tarawih, relay bacaan al Quran selepas jam 12 malam.

Selain itu tadarus al Quran setengah jam sebelum berbuka, qiamulai mulai jam 4 pagi, program sepetang di ambang iftar, interaktif bersama imam dari Mesir, kelas al Quran selepas solat Zohor dan Asar, pameran Palestin serta cafe mubarak.

Perasmian Qaryah Ramadan dijangka diadakan pada 4 Ramadan selepas solat Tarawih oleh Menteri Besar.

Himpunan Remaja Ramadan

Himpunan Remaja Ramadan pula diadakan pada petang 5 dan 15 Ramadan. Majlis khatam al Quran 30 juzuk dijadualkan pada 13 Ramadan.

Di Qaryah Ramadan juga akan diadakan ceramah Nuzul al Quran pada 17 Ramadan disampaikan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud dan pendakwah bebas, Datuk Zawawi Yusof.

Tahun ini juga diadakan program Sehari Celik IT dan program Skor A bagi pelajar-pelajar bakal menduduki peperiksaan, pagi 20 Ramadan.

Pada malam hari sama diadakan ceramah pengkisahan Badar Kubra akan disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Speaker Dun Kelantan dan wakil Palestin.

Kelainan juga dapat dirasakan apabila pelbagai sepanduk meraikan kedatangan Ramadan boleh dilihat di merata tempat di Kelantan sejak seminggu lalu.

Sementara itu bandar Kota Bharu mengalami kesesakan lalu lintas begitu teruk pada Khamis, Sabtu lalu dan hari ini.

Perjalanan yang hanya mengambil masa 15 minit pada hari biasa bertukar kepada lebih sejam.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 01 August 2011

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari