Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi sehingga hari ini kita masih merasai 2 nikmat terbesar iaitu iman dan Islam.

Sekian lama saya tidak menyulam bicara di sini. Pasti ramai yang tertanya-tanya sejauhmana perkembangan isu yang saya timbulkan dahulu. Saya ucapkan jutaan terima kasih buat semua pihak yang prihatin dengan isu ini terutama keluarga saya, sahabat2,beberapa pihak yang terlibat dalam pengurusan zakat dan individu yang memberi sokongan moral dan material. Terlalu ramai untuk saya senaraikan.

Semalam saya sudah mendapat slip bank untuk pembayaran yuran pengajian saya bejumlah 2,400 pound sterling bersamaan LE20,000 yang telah dijelaskan oleh pihak pentadbiran Pejabat HEP Selangor. Ucapan terima kasih buat Ustaz Halim dan staf kerana telah mengambil inisiatif untuk mendahulukan pembayaran tersebut meskipun saya belum menerima chek dari Pusat Zakat Selangor(PZS) sehingga kini. Sekurang-kurang saya merasa lega dan dapat lebih fokus untuk menghadapi peperiksaan yang semakin terasa bahangnya.

Usaha yang saya lakukan sebelum ini sekadar bertujuan memastikan pengurusan Zakat Master ini tidak bermasalah dan tergendala. Secara positif, saya amat sukacita atas sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh pihak terlibat termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam menerima aduan dan teguran daripada rakyat. Malah, kesediaan untuk berkhidmat dan bertindak secara terlus amat dipuji. Tidak dapat dinafikan, tidak ada kepimpinan yang sempurna. Kisah Saidina Umar yang meminta rakyat memberi nasihat dan teguran atas pentadbiran beliau wajar ditauladani.

Sudah menjadi adat, sesuatu perkara akan mendapat lebih perhatian dan tindakan lantaran aduan dan teguran. Semoga kita sama-sama memperbaiki diri dan saling menyempurnakan. Itulah akhlak yang diajar oleh Islam kerana kepimpinan bukanlah tasyrif tetapi taklif.

Saya juga dihubungi beberapa orang sahabat yang berhajat menyambung pengajian Masterdi Mesir tetapi meluahkan kerisauan mereka tentang tajaan yang dijanjikan oleh PZS. Pesanan saya, teruskanlah niat suci tersebut. Insya Allah, Allah akan mempermudahkan dan membantu orang-orang yang menuntut ilmu. Soal rezeki, kos kehidupan dan tajaan pengajian, serahkan kepadNya. Usaha kita, gunakan ruang dan peluang yang ada. Boleh terus berurusan dengan Ustaz Halim untuk permohonan Zakat Master .Mungkin masalah yang saya hadapi ini hanyalah cabaran untuk batch pertama sahaja. Saya yakin pengurusan akan lebih efektif pada tahun-tahun akan datang.

Selamat berjaya kepada semua yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan. Buatlah yang terbaik untuk Islam. Never give up!

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 18 May 2010
3 komen menbina
categories: | edit post

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari