aduhai azhari sekalian!
Saya mengajak semua warga azhari supaya bermuhasabah. Isu yang sedang hangat diperkatakan dikalangan azharian rentetan dari tarian kontroversi pada 11 april 2009 lalu.
Banyak suara, komentar, pandangan tentang isu tersebut. Kesal sekali bagaimana perkara tersebut boleh berlaku di bumi yang penuh barkah ini di hadapan penuntut ilmu agama ALLAH.
Sepatutnya program-program anjuran persatuan mahasiswa azhar yang diadakan di Mesir ini akan menjadi "roll model" kepada masyarakat di Malaysia. Pihak penganjur dan pelaksana adalah daripada kalangan mahasiswa azhar yang faham tentang selok-belok agama. Tahu mana halal, mana haram, asas-asas dalam hukum agama.
Teringat saya ketika bermukim di bumi waqafan "KISAS", seronok kerana suasana islam wujud. Kenangan yang begitu indah ketika di sana tidak sekali akan dilupakan. Program-program anjuran BADAR mempraktikkan amalan dan ajaran-ajaran islam.
Islam tidak melarang untuk berhibur dan bersuka ria, akan tetapi ada batasnya. Salah satu contoh program anjuran BADAR KISAS yang saya ingin nyatakan di sini adalah prgoram M.A.N.I.S (malam anugerah inspirasi seni).
-bagi sahabat2 dari kisas tentu akan ingat, kerana program tersebut diadakan setiap tahun-
Apa yang menarik pada saya tentang program tersebut, BADAR menganjurkan pertandingan nasyid yang boleh disertai dari kalangan muslimin dan muslimat. Wanita pun dibenarkan bernasyid, membuat persembahan dan sebagainya. TETAPI,,,, jelas batasnya dan tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
Saya melontarkan idea kepada orang-orang yang terbabit dalam program tersebut, supaya muhasabah dan renung kembali apa yang telah kita lakukan.
Program-program maksiat di Malaysia begitu banyak sekali seolah-olah ingin menarik bala dan murka ALLAH. Jika kita tidak mampu menjadi pengajur program yang bercirikan islamik, siapa lagi kita harapkan untuk tonjolkan ISLAM di mata masyarakat.
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
20 April 2009
mmg perlu muhasabah dgn dalam dan series
sokong!
sepertimana saya menyokong ia dianjurkan dalam suasana harmoni ukhuwwah
::shukran utk wish. adoi2