Peristiwa kali pertama panggang ayam tepi pantai bersama rakan-rakan dari de cafe. Paling menyeronokkan bila dapat panggang ayam bercampur pasir pantai.
Jalan-jalan kat mesir ni mmng satu pengalaman yang berharga. Nak happy2 pun kene sabar. Sabar dengan driver van yang berlagak macam tahu jalan, tapi hampes, sesat jalan tak nak tanya. Kalo kita bgthu, konfirm kene marah punye.
malas eden nk layan.
Semalam hampir2 berlaku pergaduhan antara org mesir dan rakan2 dari malaysia. Orang mesir ini, orang kampung yang tak pernah terdedah dengan orang luar. So diorang ni pelik bila kita picnic bakar2 ayam dan sebagaimya. Mungkin la diorg nak bagi perisa tambahan pada ayam panggang kami, diorgn tabur2 pasir sikit agar rasenya lebih enak dan rangup.
Sebahagian rakan2 tukang masak yang mendakwa perkara tersebut bertentangan dengan etika pemasakan asia, mereka bangkit menentang arab2 yang ingin mengubah resepi dan citarasa masakan asia.
HAHAHA apa lagi berlaku la tumbuk menumbuk.
jeng jeng, saya menjadi hero untuk meleraikan antara tukang masak asia dan tukang masak mesir. bukan apa, kalo arab belasah kami, konfirm tak balik umah kene rendam dalam laut. so saya ajak la diorg makan tempat lain dan selamatkan ayam panggang tersebut dari di campur dengan resepi baru iaitu pasir.

Alhamdulillah,,,, setiap orang yang baru berkahwin akan merasa satu perubahan dalam jadual harian mereka yang mana mereka perlu lebih berusaha untuk mencari rezeki. Alhamdulillah ALLAH memberi saya satu peluang untuk belajar berniaga dan membuka restoran bersama rakan-rakan lain.
Saya dapat rasakan perbezaan dalam bekerja sebelum dan selepas berkahwin. Saya lebih rasa bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas demi rezki untuk isteri dan anak(coming soon) tercinta.
Setiap kepenatan tersebut akan dikira pahala oleh ALLAH s.w.t. Apa yang saya harapkan agar rezki tersebut halal dan berkat. Walaupun sikit tetapi yang penting keberkatan di sisi ALLAH s.w.t.
Hari ini kami merancang untuk berehat seketika dari kepenatan bekerja. Saya, akmal, afzan dan rakan2 lain dari DE cafe akan ke ain sukhnah. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang.
de cafe cuti arini.

Kalimah tayyibah berbicara rindu pada isteri tersayang... Hampir 2 bulan berpisah selepas pernikahan tempoh hari, semoga ALLAH memudahkan perjalananmu untuk sampai ke Mesir.
stam 2003 6 atas 1Terima Kasih buat umi zaidah dan sdri hidayah yang upload gambar kenangan ni. Banyak kenangan yang kekal dalam memori ini.
sahabat-sahabat muslimin
1. Abdul Hadi bin Awang - tamat pengajian di al-azhar, bertugas di salah sebuah sekolah di perak dan sudah berumahtangga.
2. Abdul Wahid bin Ishak - tamat pengajian di al-azhar, tak dapat dihubungi, terakhir saya sempat berjumpa beliau 2008 di mesir ketika beliau melanjutkan pengajian master di al-azhar.
3. Abd Rahman bin Mohd Tharin - tamat pengajian di al-azhar, menyambung master di cairo university dan sudah berumahtangga.
4. Ahmad Syauqi bin Said - masih meneruskan pengajian di al-azhar tahun akhir, semoga ALLAH mudahkan niat suci beliau.
5. Ahmad Azalee bin Abu Bakar - tamat pengajian di al-azhar, dalam proses menyambung master dan semoga ALLAH memudahkan niat suci beliau.
6. Mohd Nazrul bin Nasir - masih meneruskan pengajian di al-azhar, akan melansungkan perkahwinan pada julai 2010.
sahabat-sahabat muslimat
1. Syarifah khairunnisa' - tamat pengajian di al-azhar
2. rabiatul adawiyah - tamat pengajian di al-azhar
Sahabat muslimat yang lain tidak dapat di hubungi.
Yang teristimewa buat ustazah zaidah yang merupakan guru, ibu dan kawan kami sepanjang 2 tahun di KISAS. Semoga ALLAH membalas jasa kalian semua.

Alhamdulilah atas segala nikmat yang ALLAH telah kurniakan pada kita semua. Kita bersyukur dalam dua keadaan samada ketika menerima nikmat atau terhalang dari mendapatkannya.
Manusia akan rasa bersyukur bila mendapat nikmat harta, anak, jawatan dan apa-apa yang mereka boleh rasa dan nampak dengan mata kepala mereka. Ya memang kita semestinya bersyukur atas semua nikmat tersebut.
Wahai manusia! kamu mesti bersyukur juga jika tidak tidak mendapat apa yang kita inginkan, samada harta, kejayaan, kemegahan, wang ringgit dan sebagainya. Ini bukan bermakna kita berhenti berusaha dari mendapatkan harta dan kejayaan dalam pelajaran. Wahai manusia! kamu perlu bersyukur kerana ALLAH Maha Mengetahui jika nikmat tersebut diberikan pada kamu, akan timbul dalam diri kamu sifat bangga dengan diri sendiri dan lupakan ALLAH. Sifat ini adalah tercela dan sebenarnya kamu telah menzalimi diri kamu sendiri. ALLAH sayangkan kamu wahai manusia, maka ALLAH tahan nikmat tersebut agar kamu tidak zalimi diri kamu lagi.
Bersyukur atas nikmat agama......
Wahai pewaris ulama' sekalian, baru sahaja kita saksikan seorang alim, syeikh azhar Syeikh Sayid Tantawi telah kembali ke Rahmatullah. Pemergiaan beliau adalah kehilangan yang terlalu besar buat penuntut-penuntut ilmu agama.
Wahai penuntut ilmu sekalian, kamu masih terlalu muda dan cetek dalam ilmu. Ilmu agama ini terlalu luas dan dalam untuk diterokai.
Wahai kamu! bersyukurlah atas nikmat agama yang telah dikurniakan kepada kamu. ALLAH tidak bagi kamu harta, tapi ALLAH bagi kamu faham bahasa arab, maka kamu boleh setiap kalimah dari kalam ALLAH. Bukankah itu nikmat yang cukup besar.
ALLAH tidak bagi kamu kesenangan di dunia ini, tapi ALLAH bagi kamu kefahaman dalam membaca al-quran dan hadis, kemudian kamu beramal untuk mendapat nikmat syurga dan selamat dari azab qubur dan azab neraka. Inilah nikmat yang lebih menyenangkan hati kamu.
Wahai azhari! ALLAH tidak janjikan kesenangan dan jawatan yang tinggi untuk kamu raih dunia ini, tapi ALLAH bagi kekuatan ingatan bagi kamu menghafaz ayat-ayat al-quran. Kamu baca quran tersebut siang dan malam. setiap huruf dari quran adalah 10 kebaikan. Nikma ini lebih baik dari yang lain.
ALLAH!!!!!!! baru aku sedar nikmat agama..
Kalo ALLAH bagi aku nikmat-nikmat agama, nikmat quran dan nikmat mendalami ilmu agama, aku rasa sudah cukup besar dan hampir terlupa nikmat-nikmat yang lain. Tapi aku manusia yang lemah, perlukan semua perkara tersebut.
Wahai mereka yang telah menerima nikmat tersebut!!! adakah kamu sahaja yang ingin merasa nikmat tersebut? Berilah peluang dan kongsikanlah bersama mereka-mereka yang tidak mendapat nikmat tersebut...
Bagaimana berkongsi?
Wahai ulama' tugas kamu sebarkan islam, tegakkan islam. Tugas kamu bukan belajar sahaja, tugas kamu lebih berat utk sampaikan pada ummat ini. Sedarkan mereka nikmat yang cukup besar ni.
Wahai mereka yang merasa nikmat dunia lebih besar dan agung!!! tidakkah kamu terfikir untuk melihat ALLAH pada hari akhirat nanti? ini adalah nikmat yang tidak ada tolok bandingnya..
ALLAH!!!
berilah aku peluang dan amalan yang istiqamah sehingga dapat wajahMU Yang Maha Mulia

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take
الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you
الحمد لله
All praises to Allah
Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home
الحمد لله
All praises to Allah
الحمد لله
Di saat aku memerlukan pertolongan, aku memanggil nama-MU ya ALLAH!!
Semua manusia ada perasaan, adakala manusia akan gembira, riang, ceria maka terpancar di wajah mereka keriangan tersebut.
Begitu juga bila angin duka, sedih, murung mula menyelubungi hati manusia, mereka tidak bersemangat, lemah dan longlai.
Manusia ciptaan ALLAH.
Manusia perlukan ALLAH setiap keadaan.
Aku manusia lemah, aku terlalu mengharapkan kasih sayang ALLAH, perhatian dari ALLAH.
Bila masalah datang menguji ketebalan iman, aku pasrah pada ALLAH.
ALLAH !!!!!!!!!!!!! aku perlukan-MU.
Marilah wahai kawan-kawan kita cari ALLAH, kita kenali ALLAH.
ALLAH adalah segala-lanya.
Jadikan ALLAH tempat kita mengadu, tempat kita bermanja.
Aku rasa hatiku masih buta untuk mengenal TUHANku, Yang Maha Mencipta daku, Yang Maha Memelihara diriku.
Aku tidak pasti kenapa hati ini terlalu gelisah, gundah gelana.
Aku nak mencari ALLAH.
Maafkanku wahai ALLAH Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Ampunkan dosa-dosaku.
Di saat itu, aku pergi mencari ALLAH............
![]()
perjalanan masih panjang, banyak lagi ujian yang perlu dihadapi.
apa yang penting, doa dan harapan dari ALLAH untuk bantu kita terus istiqamah di jalan yang diredhai.
exam yang berbaki 91 hari lagi. persediaan perlu dibuat dari sekarang.
kalo dulu saya suka study last minute, sekarang tak boleh lagi.
doakan smua peljar di mesir ni mencapai kejayaan dan kecemerlangan demi ISLAM.
amin
alhamdllah... proses pembikinan bahas sampai penghujungnya.
jangkaan siap sebelum 15 mac 2010 untuk muraja'ah bersama doktor dan rakan sekuliyah.
hari-hari aku yang berlalu di mesir, kenangan yang tak akan aku lupakan. sudah hampir 6 tahun aku menumpang hidup kat mesir ni.
sekarang kuliyah aku makin jauh. setiap perjalanan pergi dan pulang mengambil masa 1 jam. dari hayyu asyir ke ramsis hampir 35-40minit, kemudian dari ramsis ke cairo university naik metro 20 minit. sebanyak 7 stesen aku lalu.
stesen metro anfaq (bawah tanah)
1-mubarak - مبارك
2-attabah - عتبة
3-mohamed nagib - محمد نجيب
4-sadat - أنوار السادات
5-opera - أوبرا
6-dokki - الدقي
7-el-bohos - البحوث
8-cairo univ- جامعة القاهرة
biasa naik bas, tido dalam bas nikmat jugak...hahaha sebab kalo ada org tua, kita tak yah bangun (hampes tul aku,,,tapi aku penat gak)
besok nak jumpe doktor nabil nak tnya tentang proposal assgmngt..
mintak2 la selamat diterima.. penat dah buat!!!

GAGAL! KALAH! PUTUS ASA!
Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa yang gagal dalam hidup anda. Orang yang cepat putus asa adalah orang yang gagal. Anda putus asa sekarang, anda akan gagal dan menangis bersendirian masa akan datang.
Apabila kita gagal untuk memahami sesuatu perkara yang kita pelajari, atau tidak dapat apa yang kita cari, bukan bermakna kita telah gagal. Akan tetapi jika kita berhenti berusaha untuk memahami dan mencari apa yang kita hajati itulah sebenarnya kegagalan yang menimpa diri kita.
Tak faham, susah untuk menulis dan pening untuk menghafaz pelajaran adalah lumrah bagi seorang pelajar. Jika anda baca pelajaran anda dan mudah untuk memahaminya, anda bukan lagi duduk di peringkat pelajar, mungkin sudah menjadi pensyarah atau syeikh atau sebagainya. Anda masih bergelar seorang pelajar, so semua perkara tu adalah perkara biasa yang dihadapi oleh setiap pelajar.
Peringkat pembelajaran dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi memerlukan usaha yang lebih gigih dan usaha yang berterusan. Putus asa bukan penyelesaiannya.
Al-Imam As-Syatibi menyenaraikan 4 peringkat pembelajaran dalam semua bidang ilmu:-
- menerima ilmu dari para pengajar
2) القدرة على العبارة عن ذلك العلم
- kemampuan untuk menguasai ilmu dan memahaminya dengan betul
3) المعرفة بما يلزم عن ذلك العلم
- menguasai segenap penjuru dari ilmu tersebut dan faham tujuan ilmu tersebut
4) القدرة على دفع إشكاليات ذلك العلم
- kemampuan untuk mempertahankan sebarang keraguan yang ditimbulkan terhadap ilmu tersebut.
Jika anda pernah gagal pada suatu masa dahulu, jangan biarkan diri anda terus berada dalam kegagalan. Pelbagai cara dan usaha boleh dilakukan untuk mencapai kejayaan. Sekali sahaja anda membuat keputusan untuk berhenti berusaha, anda sudah gagal walaupun anda belum menduduki peperiksaan.
Sebagai seorang pelajar ilmu agama ALLAH, saya telah diamanahkan untuk mendalami ilmu ini dengan sungguh-sungguh. Amanah untuk disampaikan pada ummat islam yang sangat disayangi, sebagaiman Nabi s.a.w menunjukkan kecintaan terhadap ummat ini ketika hampir wafat menemui ALLAH s.w.t.
Setiap kesusahan untuk memahami ilmu, mengahafal dan mengajarnya...semuanya adalah pahala dan ganjaran dari ALLAH s.w.t.
Ya ALLAH berilah kami kekuatan untuk menuntut ilmu agama dan mempertahankan islam...
amin,,





