Peristiwa kali pertama panggang ayam tepi pantai bersama rakan-rakan dari de cafe. Paling menyeronokkan bila dapat panggang ayam bercampur pasir pantai.
Jalan-jalan kat mesir ni mmng satu pengalaman yang berharga. Nak happy2 pun kene sabar. Sabar dengan driver van yang berlagak macam tahu jalan, tapi hampes, sesat jalan tak nak tanya. Kalo kita bgthu, konfirm kene marah punye.
malas eden nk layan.
Semalam hampir2 berlaku pergaduhan antara org mesir dan rakan2 dari malaysia. Orang mesir ini, orang kampung yang tak pernah terdedah dengan orang luar. So diorang ni pelik bila kita picnic bakar2 ayam dan sebagaimya. Mungkin la diorg nak bagi perisa tambahan pada ayam panggang kami, diorgn tabur2 pasir sikit agar rasenya lebih enak dan rangup.
Sebahagian rakan2 tukang masak yang mendakwa perkara tersebut bertentangan dengan etika pemasakan asia, mereka bangkit menentang arab2 yang ingin mengubah resepi dan citarasa masakan asia.
HAHAHA apa lagi berlaku la tumbuk menumbuk.
jeng jeng, saya menjadi hero untuk meleraikan antara tukang masak asia dan tukang masak mesir. bukan apa, kalo arab belasah kami, konfirm tak balik umah kene rendam dalam laut. so saya ajak la diorg makan tempat lain dan selamatkan ayam panggang tersebut dari di campur dengan resepi baru iaitu pasir.
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
06 April 2010
0 komen menbina