GAGAL! KALAH! PUTUS ASA!
Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa yang gagal dalam hidup anda. Orang yang cepat putus asa adalah orang yang gagal. Anda putus asa sekarang, anda akan gagal dan menangis bersendirian masa akan datang.
Apabila kita gagal untuk memahami sesuatu perkara yang kita pelajari, atau tidak dapat apa yang kita cari, bukan bermakna kita telah gagal. Akan tetapi jika kita berhenti berusaha untuk memahami dan mencari apa yang kita hajati itulah sebenarnya kegagalan yang menimpa diri kita.
Tak faham, susah untuk menulis dan pening untuk menghafaz pelajaran adalah lumrah bagi seorang pelajar. Jika anda baca pelajaran anda dan mudah untuk memahaminya, anda bukan lagi duduk di peringkat pelajar, mungkin sudah menjadi pensyarah atau syeikh atau sebagainya. Anda masih bergelar seorang pelajar, so semua perkara tu adalah perkara biasa yang dihadapi oleh setiap pelajar.
Peringkat pembelajaran dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi memerlukan usaha yang lebih gigih dan usaha yang berterusan. Putus asa bukan penyelesaiannya.
Al-Imam As-Syatibi menyenaraikan 4 peringkat pembelajaran dalam semua bidang ilmu:-
- menerima ilmu dari para pengajar
2) القدرة على العبارة عن ذلك العلم
- kemampuan untuk menguasai ilmu dan memahaminya dengan betul
3) المعرفة بما يلزم عن ذلك العلم
- menguasai segenap penjuru dari ilmu tersebut dan faham tujuan ilmu tersebut
4) القدرة على دفع إشكاليات ذلك العلم
- kemampuan untuk mempertahankan sebarang keraguan yang ditimbulkan terhadap ilmu tersebut.
Jika anda pernah gagal pada suatu masa dahulu, jangan biarkan diri anda terus berada dalam kegagalan. Pelbagai cara dan usaha boleh dilakukan untuk mencapai kejayaan. Sekali sahaja anda membuat keputusan untuk berhenti berusaha, anda sudah gagal walaupun anda belum menduduki peperiksaan.
Sebagai seorang pelajar ilmu agama ALLAH, saya telah diamanahkan untuk mendalami ilmu ini dengan sungguh-sungguh. Amanah untuk disampaikan pada ummat islam yang sangat disayangi, sebagaiman Nabi s.a.w menunjukkan kecintaan terhadap ummat ini ketika hampir wafat menemui ALLAH s.w.t.
Setiap kesusahan untuk memahami ilmu, mengahafal dan mengajarnya...semuanya adalah pahala dan ganjaran dari ALLAH s.w.t.
Ya ALLAH berilah kami kekuatan untuk menuntut ilmu agama dan mempertahankan islam...
amin,,
0 komen menbina