Alhamdulilah atas segala nikmat yang ALLAH telah kurniakan pada kita semua. Kita bersyukur dalam dua keadaan samada ketika menerima nikmat atau terhalang dari mendapatkannya.
Manusia akan rasa bersyukur bila mendapat nikmat harta, anak, jawatan dan apa-apa yang mereka boleh rasa dan nampak dengan mata kepala mereka. Ya memang kita semestinya bersyukur atas semua nikmat tersebut.
Wahai manusia! kamu mesti bersyukur juga jika tidak tidak mendapat apa yang kita inginkan, samada harta, kejayaan, kemegahan, wang ringgit dan sebagainya. Ini bukan bermakna kita berhenti berusaha dari mendapatkan harta dan kejayaan dalam pelajaran. Wahai manusia! kamu perlu bersyukur kerana ALLAH Maha Mengetahui jika nikmat tersebut diberikan pada kamu, akan timbul dalam diri kamu sifat bangga dengan diri sendiri dan lupakan ALLAH. Sifat ini adalah tercela dan sebenarnya kamu telah menzalimi diri kamu sendiri. ALLAH sayangkan kamu wahai manusia, maka ALLAH tahan nikmat tersebut agar kamu tidak zalimi diri kamu lagi.
Bersyukur atas nikmat agama......
Wahai pewaris ulama' sekalian, baru sahaja kita saksikan seorang alim, syeikh azhar Syeikh Sayid Tantawi telah kembali ke Rahmatullah. Pemergiaan beliau adalah kehilangan yang terlalu besar buat penuntut-penuntut ilmu agama.
Wahai penuntut ilmu sekalian, kamu masih terlalu muda dan cetek dalam ilmu. Ilmu agama ini terlalu luas dan dalam untuk diterokai.
Wahai kamu! bersyukurlah atas nikmat agama yang telah dikurniakan kepada kamu. ALLAH tidak bagi kamu harta, tapi ALLAH bagi kamu faham bahasa arab, maka kamu boleh setiap kalimah dari kalam ALLAH. Bukankah itu nikmat yang cukup besar.
ALLAH tidak bagi kamu kesenangan di dunia ini, tapi ALLAH bagi kamu kefahaman dalam membaca al-quran dan hadis, kemudian kamu beramal untuk mendapat nikmat syurga dan selamat dari azab qubur dan azab neraka. Inilah nikmat yang lebih menyenangkan hati kamu.
Wahai azhari! ALLAH tidak janjikan kesenangan dan jawatan yang tinggi untuk kamu raih dunia ini, tapi ALLAH bagi kekuatan ingatan bagi kamu menghafaz ayat-ayat al-quran. Kamu baca quran tersebut siang dan malam. setiap huruf dari quran adalah 10 kebaikan. Nikma ini lebih baik dari yang lain.
ALLAH!!!!!!! baru aku sedar nikmat agama..
Kalo ALLAH bagi aku nikmat-nikmat agama, nikmat quran dan nikmat mendalami ilmu agama, aku rasa sudah cukup besar dan hampir terlupa nikmat-nikmat yang lain. Tapi aku manusia yang lemah, perlukan semua perkara tersebut.
Wahai mereka yang telah menerima nikmat tersebut!!! adakah kamu sahaja yang ingin merasa nikmat tersebut? Berilah peluang dan kongsikanlah bersama mereka-mereka yang tidak mendapat nikmat tersebut...
Bagaimana berkongsi?
Wahai ulama' tugas kamu sebarkan islam, tegakkan islam. Tugas kamu bukan belajar sahaja, tugas kamu lebih berat utk sampaikan pada ummat ini. Sedarkan mereka nikmat yang cukup besar ni.
Wahai mereka yang merasa nikmat dunia lebih besar dan agung!!! tidakkah kamu terfikir untuk melihat ALLAH pada hari akhirat nanti? ini adalah nikmat yang tidak ada tolok bandingnya..
ALLAH!!!
berilah aku peluang dan amalan yang istiqamah sehingga dapat wajahMU Yang Maha Mulia
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
27 March 2010
0 komen menbina