gambar sekadar hiasan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah memudahkan urusan hamba-NYA ini. Allah memberi saya peluang kali kedua untuk berada di sini. Mungkin keberadaan sebelum ini masih belum cukup dan banyak kelekaan.

Percutian selama hampir 3 bulan di Malaysia sangat bermakna buatku. Saya mula mengenali istilah keluarga dan menghayati mafhum hidup "berkeluarga". Syukur lagi pada Ilahi yang mengizinkan saya mendirikan sebuah keluarga islam. Banyak ujian yang kami hadapi sebelum berjaya mendirikan rumahtangga ini, tetapi dengan berkat kesabaran dan doa dari semua, alhamdulillah semuanya berlansung dengan baik.

Suatu perkara lagi, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang keluarga. Ketahuilah bahawa"keluarga" itu adalah nikmat dari ALLAH, yang kita perlu syukuri. Ada orang yang punya keluarga, tetapi tidak merasakan nikmatnya "keluarga".

Sebagai salah seorang ahli keluarga, kita harus bersifat terbuka untuk menerima mereka, tidak kira samada berpendidikan tinggi atau tidak, samada berharta atau miskin dan sebagainya. Jika kita punyai kelebihan, kita bantu ahli keluarga kita yang memerlukan. Begitulah hikmahnya ALLAH menjadikan manusia ini berbeza-beza keadaan hidup mereka.

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah hubungan sesama ahli keluarga. Kepulangan saya ke bumi malaysia baru-baru ini banyak menyedarkan saya tentang "keluarga". Jika kita mampu untuk pulang ke tanahair, pulanglah ke sana untuk bertemu dan beramah mesra bersama mereka. Sentiasa mendoakan kesejahteraan ahli keluarga kita agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Ya ALLAH kurniakan aku sebuah keluarga yang bahagia
dan sentiasa mentaati perintahMU...
amin,


ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 04 February 2010
categories: edit post

1 Responses to keluarga

  1. Anonymous Says:
  2. syukur ya Allah atas kuarga yg kami bina ini...usaha melengkapkan separuh dari agama.
    "ya Allah,jadikan kami suami dan isteri yg soleh dan solehah.Kurniakan kami zuriat yg soleh dan solehah.Jadikan kami pejuang agamaMu ya Rab!!"

     

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari