Dr Muhammad Al-Dasuki salah seorang doktor di kuliyah saya. Beliau mengajar kami dalam bidang "Manhaj Bahas fi Ulum Islamiyah" , konsep kajian dan penyelidikan dalam ilmu islam.
Setiap bidang ilmu islam ada cara dan skill yang tertentu dalam usaha untuk merungkai sebarang permasalahan yang wujud. Contohnya dalam bidang usul fiqh, cara kajian dalam bidang ini agak berbeza dengan bidang ilmu tauhid.
Beliau seorang yang tenang dalam mengajar dan menyampaikan ilmu. Gaya yang bersahaja tetapi mantap dengan hujah bagi setiap pandangan yang dilontarkan kepada kami. Hari ini adalah hari terakhir beliau bersama kami setelah hampir 3 bulan bersama dalam semester pertama dan kami sempat mengkhatamkan kitab karangan beliau sendiri berkaitan subjek yang diajar.
Sebelum pulang tadi, saya dan seorang sahabat, ustaz Abdullah husin sempat menyapa dan bertanyakan beberapa soalan kepada beliau. Alhamdulillah, sifat yang begitu peramah dan murah hati untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak murid kesayangan beliau.
Saya bersalaman bersama beliau dan mengucapkan terima kasih atas semua ilmu yang dicurahkan kepada kami dan mendoakan beliau agar diberi kesihatan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Begitulah adab dan tertib sebagai seorang murid yang telah diterapkan oleh kebanyakan para masyaikh dan tok-tok guru di Malaysia. Adab dan akhlak adalah perkara yang penting dalam pengajian kerana ia merupakan punca kepada keberkatan ilmu tersebut.
Teringat saya kata-kata Syeikh Yusri yang baru sahaja pulang dari Malaysia dalam misi dakwah beliau ke asia. Beliau memuji sifat orang melayu yang sangat menghormati para ulama' dan pelajar-pelajar ilmu agama. Beliau juga menyarankan supaya orang Mesir mempelajari adab dan sopan santun dari orang melayu.
Semoga ALLAH memberkati ilmu kita semua, memberkati para guru yang menyampaikan ilmu dan memberikan manfaat terutama kepada diri sendiri dan manfaat jua kepada ummat ini.
servis kete
5 days ago
0 komen menbina