Sempena hari yang mulia, penghulu segala hari, hari jumaat yang penuh keberkatan. Ummat islam akan berbondong-bondong menuju ke rumah ALLAH untuk mendirikan solat jumaat (khususnya muslimin).
Semalam saya berkesempatan untuk solat jumaat di salah sebuah masjid di Mesir ini. Tidak ku sangka, khutbah semalam cukup menarik sekali berkisar tentang kemenangan pasukan bola sepak Mesir dalam piala liga Afrika.
Isi kandungan khutbah tersebut menyedarkan sifat manusia yang cepat alpa dengan nikamt kurniaan ALLAH. Khatib menegur sikap rakyat mesir yang berbeza ketika sebelum mendapat nikmat dan selepas memperolehinya. Jelas kelihatan sifat mereka akan merayu-rayu kepada ALLAH sebelum mendapat kemenangan dengan perkataan "ya rab, ya rab, unsurna....." (maksudnya : wahai tuhan kami, bantulah kami untuk memenagi piala ini)
Apabila kemenangan berpihak kepada mereka, tiada lagi sepatah perkataan pujian untuk ALLAH, malah mereka lebih gemar mendabik dada dan mengatakan mereka yang berusaha untuk menang. Mereka menganggap mereka adalah cucu cicit firaun dan terhebat dalam dunia ini.
Saya yang mendengar khutbah tersebut terus terfikir akan "bala" yang menimpa pasukan bola Mesir yang sejak dahulu lagi tidak terpilih untuk memasuki kejohanan bola sepak Piala dunia. Baru-baru ni Mesir telah dikalahkan oleh Algeria dengan mata 0-1.
Tak tahu la jika mereka terpilih untuk masuk piala dunia, pasti lebih teruk lagi "penaykit gila" orang mesir ni.
Kesimpulannya, sifat manusia yang ingat ALLAH ketika susah tetapi bila mendapat nikmat lupa akan ALLAH dan mendakwa mereka yang lakukan semua itu.
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
06 February 2010
salam alaikum bang.
tersengih membacanya.
memahami situasi dan realiti masyarakat mesir memudahkan pemahaman perenggan2 di atas.