Saya membaca artikel yang ditulis oleh ustaz zaharuddin abdrahman berkaitan tajuk tersebut di laman web beliau. Anda boleh baca selanjutnya di blog beliau sendiri http://www.zaharuddin.net/content/view/912/72/

Sungguh saya mengagumi beliau yang merupakan ustaz yang sentiasa bersama masyarakt dalam merungkai persoalan-persoalan agama di rangkain internet. Banyak artikel yang saya ambil manfaat dari beliau. Begitu juga dengan blog isteri beliau. terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman anda.

Kali ini saya hanya berbeza sedikit pendapat dengan beliau tentang perarakan maulid nabi. Saya tidak nafikan segala hujah dan pandangan beliau secara total, akan tetapi saya masih beranggapan bahawa perarakan maulid nabi masih perlu diteruskan.

Bagaimana saya boleh katakan begitu?

Perarakan maulid nabi s.a.w yang seringa diadakan saban tahun sudah lapuk dan tidak bermaya lagi. Oleh demikian penambahbaikan dan ubah suai yang lebih rasional perlu ditokok tambah. Oleh kerana kerajaan yang ada sekarang kurang berminat dalam isu2 agama dan menganggap enteng dalam hal-hal berikut, jelas kita lihat perarakan tersebut nampak lekeh dan tak bermaya.

Kalo ustaz mengatakan perarakn maulid nabi perlu dibatalkan kerana kos perbelanjaan, saya syorkan supaya ustaz tulis artikel supaya menyarakan kerajaan untuk membatalkan perarakan sambutan kemerdekaan yang lebih banyak menelan kos perbelanjaan. Sambutan hari kemerdekaan kita tukar kepada ceramah yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Dato seri najib tun razak.

Seterusnya saya berpendapat, perarakan yang berkualiti yang telah diubahsuai ke arah yang lebih islamik boleh menunjukkan kemegahan islam dikalangan masyarakat bukan islam. Saya bercakap dalam konteks sebuah kerajaan yang diperintah oleh mereka yang faham tentang islam.

sekian sahaja pandangan dari saya.

ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 21 February 2010
categories: edit post

1 Responses to Perarakan Maulidur Rasul : Wajar Diterus Atau DiUbah?

  1. Admin Says:
  2. Assalamu'alaikum tuan,

    salam ziarah, saya amat bersetuju dengan pandangan tuan. Perarakan maulidur rasul bagi saya adalah satu pendekatan dakwah. Mereka berarak sambil berselawat dan memegang sepanduk semoga mereka (umat Islam) yang melihat dan mendengar turut sama berselawat bersama-sama.

    Dan sekiranya ia benar-benar membazir. Mengapa tidak ditegur pula agama lain yang turut berarak ?

    WaLlahua'lam

     

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari