Setelah meneliti beberapa laman web berita Malaysia, isu yang cukup menarik perhatian saya ialah berkaitan pilihan raya kampus. Mahasiswa adalah golongan yang sangat penting dalam pembetukan dan pembawakan sesebuah negara. Ini kerana, ia dapat membawa arus perubahan yang cukup besar dalam masyarakat dan negara.
Banyak lipatan-lipatan sejarah yang telah dirakamkan mengisahkan kuasa pelajar dalam menentukan keadaan sesebuah negara. Gelombang "student power" yang telah ditonjolkan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1974 telah membuktikan kuasa pelajar memainkan peranan yang besar dalam sesebuah negara. Beliau mengepalai mahasiswa untuk berdemontrasi mempertikaikan kerajaan Malaysia berkaitan kemiskinan rakyat.
Mahasiswa mesti diberi peluang untuk bersuara dan keterbukaan dalam berfikir. Jika sesebuah negara ingin menjadi lebih maju pada masa akan datang, golongan mahasiswa dalam negara tersebut perlulah diberi peluang untuk berfikir dan mengkritik demi kebaikan negara tersebut. Dasar kerajaan yang mengogkong pergerakan mahasiswa akan menyebabkan mahasiswa tidak dapat memanfaatkan kebijaksanaan akal fikiran mereka, akhirnya negara akan jadi kucar kacir.
Pilihan raya kampus merupakan satu wasilah untuk mendidik mahasiswa mematangkan fikiran dan berlatih untuk memimpin negara. Suasana tersebut tidak sempat saya lalui, kerana menyambung pelajaran ke luar negara (mesir). Keadaan "politik pelajar" di Mesir berbeza dengan keadaan di Malaysia dalam beberapa aspek contohnya pilihan raya untuk memilih pimpinan mahasiswa, peraturan-peraturan yang wujud kerana "iklim" yang berbeza.
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
22 January 2009
0 komen menbina