15 januari 2009
Seramai 6 orang tetamu daripada Yayasan AMAL Malaysia tiba di Kaherah dengan misi bantuan kemanusian ke Gaza, Palestin.

16 januari 2009
Kami bercadang untuk mendirikan solat jumaat di masjid Al-Azhar dengan harapan untuk melihat demontrasi yang akan diadakan oleh kumpulan Ikhwan Muslimin selepas solat jumaat. Seawal ketibaan kami di muka pintu masjid telah disambut dengan barisan polis khas Mesir yang berbaju hitam dan "sport check" yang dikenakan kepada setiap individu yang ingin masuk ke masjid. Sementara menunggu beberapa rakan-rakan lain mengambil wudhuk, saya sempat menyaksikan polis menahan seorang lelaki yang disyaki dari kumpulan ikhwan muslimin tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid. Lelaki tersebut mengatakan bahawa beliau ingin mendirikan solat jumaat sahaja dan beliau menafikan terlibat dengan demontrasi Ikhwan Muslimin. Akhirnya lelaki tersebut hanya dibenarkan bersolat di luar perkarangan masjid sahaja.

institut perubatan Naser, kournish Nil, Kaherah.
Sebuah hospital terletak berhadapan dengan sungai Nil, menempatkan seramai 37 orang pesakit Palestin yang tercedera akibat serangan udara tentera Israel. Kumpulan kami adalah kumpulan Malaysia pertama yang hadir untuk melawat mereka dan memberikan sumbangan untuk mengurangkan sedikit penderitaan yang ditanggung.

ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 20 January 2009
categories: edit post

0 komen menbina


Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari