17 januari 2009
Penyerahan wang sumbangan sebanyak LE 150,000.00 dari Yayasan AMAL Malaysia kepada اتحاد الأطباء العربي (ARAB MEDICAL UNION) sebuah organisasi bukan kerajaan terletak di jalan Qasrul aini, Darul Hikmah. Organisasi ini menguruskan pembelian dan penghantaran barang-barang keperluan untuk rakyat Palestin. AMAL Malaysia memberikan amanah sepenuhnya kepada organisasi ini untuk menguruskan wang tersebut. Setelah hampir 5 jam berada di pejabat urusan, segala-galanya berjalan lancar sepertimana yang dirancang dan kesepakatan antara AMAL dan ARAB MEDICAL UNION telah dapat dicapai. Tiga buah kontena yang mampu menampung 20 tan barangan digunakan untuk menghantar 30,000 biji botol air mineral (6 liter setiap satu botol) ke Gaza, Palestin pada keesokan harinya.
"anjing belaan" husni LA mubarak (tidak diberkati dan diredhoi oleh seluruh ummat islam)
Lewat petang jam 4.05 petang waktu tempatan (Mesir), bertolak pulang dari Darul Hikmah. Perjalanan dari medan "Tahrir" ke medan "Abbasiah" memakan masa hampir 1 jam 5 minit, setiap simpang jalan penuh dengan anjing belaan husni mubarak berkulit hitam yang ditambat dan bersedia untuk mengigit manusia yang berakal. Masjid Fatah menjadi tumpuan anjing-anjing tersebut, orang ramai dapat melihat kandang-kandang bergerak disusun disepanjang jalan dan mengakibatkan lalu lintas lebih teruk.
rakyat digigit, pemimpin dijilat.
*mungkin bahasa yang saya gunakan di atas kurang sopan.
tetapi saya ingin terangkan kepada pembaca budiman, bahawa kesesuaian bahasa itu terletak pada keadaan sesuatu perkara yang ingin diterangkan. jika cantik dan elok, maka bahasa yang indah dan sopan yang digunakan, begitu juga sebalinya.
contoh: orang yang memeras ugut dan merogol perempuan, dia akan digelar orang jahat dan hina di atas perbuatan kejinya. samalah keadaannya dengan golongan di atas.
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
20 January 2009
0 komen menbina