Bismillah....... Ana mulakan penulisan ini dengan lafaz "dengan nama ALLAH" moga ada keberkatan dalam tujuan pembikinan blog baru ini. Ada sahabat-sahabat yang bertanya kepada ana berkenaan blog yang lama. "kenape ustaz delete blog lama?". Ana tidak berikan banyak komen dan hanya katakan "hidup segan mati tak mahu".
Blog ahmedabduh01.wordpress.com (mungkin tidak semua yang tahu) telah selamat disemadikan pada bulan ogos 2008 yang lepas. Kehadirannya tidak disedari, pemergiannya tidak diketahui. Selamat tinggal !!!
Ana akan mulakan langkah baru untuk menulis dan berkongsi maklumat, pandangan dan ilmu bersama-sama sahabat di alam siber ini. Kita sama-sama membaca, memerhati, memahami segala isu yang berlaku disekeliling kita dan kita mampu mengulas mengikut kefahaman dan ilmu yang kita ada.
Pada pandangan ana yang dhaif ini, orang yang menuntut ilmu perlu menjadi orang yang produktif atau istilah yang lebih mudah dipakai "tidak mandom" untuk menghasilkan satu penulisan yang berkualiti.
Maka bertitik tolak dari idea ini, ana mengambil langkah untuk belajar menghasilkan penulisan-penulisan ilmiyah agar dapat dikongsi bersama.
Semoga kewujudan blog ini akan menjadi salah satu sumber rujukan dan perbincangan ilmiyah dan sebarang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. insyALLAH....
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
02 January 2009
Salam.Saya mencadangkan agar ustaz mengambil kira tatabahasa dan Nahu Bahasa Melayu dalam penulisan ustaz yang seterusnya.Siru ala barakatillah.Wassalam
Salam..
Moga Allah mengurniakan istiqamah. Mata pena lebih tajam dari mata pedang. Moga selepas kita mati pun, dakwah kan tetap berterusan.
Seperti kata RazYana di atas, sangat baik kiranya diperhatikan tatabahasa agar tersusun kemas mesej yang ingin disampaikan.