Penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dijemput mengiringi Menteri Besar Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 5 Disember ini, lapor TVSelangor.

Exco Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sesi dialog berkenaan isu air bersama guru besar di seluruh Selangor hari ini menyeru rakyat Selangor untuk bangkit berjuang bersama-sama pimpinan kerajaan negeri demi mempertahankan hak mereka. "Maka kerajaan negeri Selangor menjemput rakyat, menyuarakan hak rakyat ini kepada mereka yang tidak faham-faham. "Jadi kita semua dijemput bersama-sama dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) pada jam 12 tengahari di Masjid Negara, kita jalan ramai-ramai, kita selawat," katanya. Kira-kira 25 ribu penduduk Seksyen 24, Shah Alam dijangka menandatangani memorandum yang bakal diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus oleh SYABAS yang dianggap membebankan rakyat di negeri ini.

Pada sesi dialog semalam, Halimah mengingatkan bahawa kerajaan negeri mempunyai matlamat jelas dalam membantu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya untuk mempertahankan hak mereka. Katanya kerajaan negeri sedaya upaya mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi air di Selangor dalam memastikan rakyat menikamati keperluan asas itu dengan harga yang sewajarnya. "Kerajaan Selangor tidak berminat untuk berpolitik mengenai isu air, tidak berminat untuk menghabiskan masa untuk perkara asas.

"Kerajaan negeri tidak berminat untuk mendapat untung dari air ini tetapi kerajaan negeri berminat untuk memberikan air percuma supaya rakyat di negeri Selangor ini mendapat air yang bersih supaya rakyatnya sihat dan kuat," katanya. Kerajaan Selangor sebelum ini menegaskan lesen pembekalan air yang diberi kepada SYABAS akan ditarik balik jika didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan kerajaan negeri kepada rakyat menerusi Tabung Budi yang dilancarkannya pada Ogos lalu.

ulasan dari saya: rakyat Selangor bukan seperti rakyat negeri lain dibawah pemerintahan UMNO. Rakyat diberi kesedaran dan boleh bertindak untuk menyatakan hasrat mereka.
tahniah kerajaan negeri kerana mendidik rakyat berfikiran terbuka.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 26 November 2010
0 komen menbina
categories: | edit post


Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas nikmatNYA yang telah mengizinkan satu perjumpaan anak-anak Selangor di dalam sebuah majlis ucaptama YDP BKASM sesi 2010/2011.


Ini merupakan program mega pertama yang diadakan oleh kepimpinan BKASM yang baru. Tahniah diucapkan kepada ustaz Meor yang merupakan pengarah kepada program tersebut.

Kehadiran ahli seramai 300 orang pada sesi malam menunjukkan satu peningkatan komitmen ahli BKASM terhadap program-program yang dianjurkan.



Ada sebahagian yang datang dari jauh, muhafazah tanta, mansurah,
iskandariah dan lain-lain, semata-mata untuk meriahkan lagi majlis pada malam ini. Semoga ukhuwah islamiyah ini terus berkekalan dan komitmen yang jitu dari ahli amat-amat diharapkan demi menjayakan misi dan visi BKASM.

Antara slot yang diadakan adalah wada' bagi graduan yang telah menamatkan pengajian, saya amat terharu kerana adik-adik meraikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah banyak berjasa kepada mereka. Mungkin hadiah dan sijil yang diberikan tidak lah sehebat mana, akan tetapi penghargaan yang lebih utama adalah ucapan "terima kasih" adik-adik kepada mereka yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sejak mula sampai ke Mesir hingga hari ini.


Inilah perkara yang BKASM berusaha untuk terapkan dikalangan ahli.


Kalau dahulu, adik-adik disambut semasa kedatangan mereka ke Mesir, kini abang-abang dan kakak-kakak pula dirai sebelum pulang ke Malaysia.

Ucapan sempoi dari bekas exco LPP BKASM (saudara najih irsyad).. "Selamat Tinggal"

Saya boleh tafsirkan,, selamat tinggal untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu yang ada di Mesir ini.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 02 November 2010


Pengisian "Dengar dan Patuh".

Mungkin kesibukan yang melanda adhoc pelaksana KPO menyebabkan terlupa untuk sediakan bahan yang diminta oleh pihak pengisi.

Pengisi print sendiri, photostat sendiri, stapler sendiri.
Sedangkan bahan telah diserah seminggu yang lalu sebelum program.

Sepatutnya pelaksana KPO lebih cekap dalam menjalankan kerja-kerja organisasi.

Kesal dengan apa yang berlaku.

Teguran terbuka, agak lebih baik.

Program yang dilaksanakan bukan sekadar memenuhi taqwim tahunan sahaja, sepatutnya perlu melihat impak dari program tersebut.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on


Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pihak PMRAM kerana berjaya mengadakan program Kutub Sittah baru-baru ini.


Pada pandangan saya program ini mesti diteruskan untuk masa-masa akan datang kerana ia amat bermakna buat penuntut ilmu. Saya akui masih terdapat banyak lagi kelamahan dalam program tersebut, akan tetapi biarlah ia menjadi titik permulaan bagi mereka yang mahu mencintai ilmu dan ulama'.

Majlis penangguhan Kutub Sittah siri ke-2 berjalan lancar dan sangat meriah apabila dihadiri sebahagian besar dari ulama' al-azhar.

Antara tetamu yang hadir:-
1- Habib Ali Al-Jufri
2- Syeikh Ibrahim Al-Kattani
3- Syeikh Umar Abdullah Kamil
4- Syeikh Solah (Imam dan Khatib masjid Al-Azhar)
5- Syeikh Redho (Doktor Kuliah Hadith)
6- Syeikh Jamal Faroq
7- Syeikh Saad Saad Jawish
8- Syeikh Usamah Al-Azhari
9- Syeikh Toha Habasyi (Doktor Aqidah Kuliah Usuluddin, Merupakan jurucakap Al-Azhar dalam bidang Aqidah. diuji ALLAH dengan masalah penglihatan)
dan beberapa lagi para masyaikh Al-Azhar. (saya tidak sempat mencatit kesemua nama mereka)



Saya nukilkan beberapa mutiara kalam dari para masyaikh yang selalu memberi nasihat dan peringatan kepada penuntut ilmu, agar terus menuntut ilmu dan bersungguh-sungguh mendapatkannya.

(maaf sekiranya nukilan ini tidak tepat dengan apa yang ingin disampaikan oleh para masyaikh. Ini sekadar pemahaman saya sahaja. Jika ada kesalahan harap dapat dibetulkan.)

Antara ucapan Syeikh Usamah Al-azhari,
Beliau menceritakan sejarah beberapa majlis pembacaan kitab Sohih Bukhari dari zaman ulama' silam sehingga kini. Beliau amat teruja dan gembira dengan program Kuttub Sittah anjuran PMRAM kerana masih ada lagi generasi yang ingin menyambung warisan ilmu ini.


Antara ucapan Syeikh Ibrahim Al-Kattani,
"majlis membaca dan mendengar hadis adalah sunnah yang hampir dilupakan oleh orang islam sekarang. Langkah inisiatif yang dilakukan oleh pihak PMRAM amat baik demi menghidupkan semula sunnah Nabi s.a.w"

Antara ucapan Syeikh Saad Saad Jawish,
"Beliau terpaksa keluar lebih awal dari majlis tersebut, mungkin kerana kesibukan dalam kerja-kerja dakwah beliau. (Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada beliau).
Beliau meluahkan rasa bangga dan bersyukur kepada ALLAH di atas perjumpaan yang gilang gemilang kerana dihadiri oleh para ulama' dan wali-wali ALLAH antaranya ahli bait (Habib Ali Al-Jufri) ke majlis ilmu bersama anak-anak melayu dari Malaysia, Indonesia, Brunie dan Singapura. Rasa syukur dan terima kasih juga diucapkan kepada semua penuntut ilmu (peserta kutub sittah) yang menjadi sebab utama pertemuan yang amat bermakna ini."

*bersambung di post akan datang, masa tidak mengizinkan

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 01 November 2010

Suhakam: Hak siswa dicabul di Galas


Kesemua empat pelajar yang ditahan polis dalam kehangatan pilihan raya kecil Galas semalam dibebaskan lewat malam tadi setelah diambil keterangan oleh polis.


Mereka disambut dengan laungan takbir dan "student power" daripada kira-kira seramai 150 orang rakan mereka yang menunggu di luar balai berkenaan. Kesemua empat orang pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama enam jam. Para pelajar berkenaan disiasat berhubung risalah yang diedarkan kepada orang ramai dalam aktiviti mereka, kata pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Md Sha'ani Abdullah. Md Sha'ani berkata, beliau hadir ke balai berkenaan pada jam enam petang semalam untuk membantu pelajar berkenaan.



"Mereka bukan budak sekolah terlanjut umur, kita kena ubah sikap dan pandangan yang ketinggalan zaman. "(Saranan ini) termasuk (kepada) penguasa yang pastikan keamanan," kata Md Sha'ani.
Katanya, hak para pelajar tersebut telah dicabul apabila mereka ditahan sejak tengah hari lagi. "Saya dengar sebab mereka ditahan (dan) saya pun gelak. "Saya tengok risalah itu tidak menyokong mana-mana pihak, tapi bila letakkan dua haiwan politik (calon yang bertanding (dalam risalah), anda main politik," katanya. Kesemua pelajar terbabit perlu melaporkan diri semula kebalai berkenaan pada 14 November depan.


*Mahasiswa universiti tempatan sudah berani bangkit menyuarakan hasrat untuk bersama-sama kepimpinan yang adil dan telus.
*Malang sekali mahasiswa AL-AZHAR yang belajar ISLAM, masih ragu-ragu demi menegakkan kebenaran dan keadilan.


ihsan artikel dan gambar dari malaysiakini.com


Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 31 October 2010
1 komen menbina
categories: | edit post


carta oeganisasi BKASM

Saya mengucapkan tahniah kepada semua pimpinan BKASM bagi sesi ini. Amanah bukan satu perkara yang ringan. Amanah sangat berat untuk dilaksanakan.

Taklif bukan Tashrif.

Selamat Maju Jaya.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on


Saya selaku warga Malaysia yang berada di Bumi Mesir, mengucapkan "ahlan wa sahlan wa marhaban bikum" kepada Tuan Yang Terutama Dato' Duta ke bumi Mesir. Semoga kehadiran beliau menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk lebih tekun berusaha mencapai kecemerlangan.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 30 October 2010

KAHERAH, 25 Oktober – Keputusan Imtihan Qabul untuk kemasukan ke Universiti al-Azhar bagi sesi pengajian 2010/2011 telah pun dikeluarkan oleh pihak Universiti al-Azhar secara rasminya hari ini selepas semakan untuk kali kedua dilakukan atas permintaan pelbagai pihak. Namun keputusan tersebut tidak banyak berlaku perubahan sebagaimana sebelum daripada ini.


“Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada hari i
ni sempat membuat analisa penuh keputusan tersebut. Dan apa yang mengejutkan kita pada hari ini ialah bilangan pelajar yang lulus hanyalah 307 orang (41.43%) berbanding jumlah yang gagal iaitu seramai 350 orang (47.23%) daripada jumlah keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan itu seramai 741 orang. Jumlah tersebut tidak melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan pelajar ”.ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM.

“Dan jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar tahun lepas ternyata keputusan pada tahun ini sangat merosot. Pada tahun lepas hanya 5 orang pelajar sahaja yang gagal dalam peperiksaan tersebut “.

Namun begitu kita mengharapkan agar semua pelajar dapat menerima keputusan tersebut dan terus berada
di sini kerana peluang untuk menuntut ilmu masih lagi terbuka luas “, tambah beliau lagi.

Berikut merupakan keputusan penuh yang dikeluarkan di peringkat PMRAM sebagai rujukan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

ihsan artikel dari web HEWI PMRAM.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 29 October 2010
0 komen menbina
categories: | edit post


Tahniah kepada PMRAM kerana berjaya menganjurkan program ini. Semoga ALLAH memelihara kesatuan anak-anak Melayu di bawah naungan PMRAM.


Salah seorang dari masyaikh yang membaca kitab bukhari adalah doktor rif'at fauzi. Beliau merupakan guru saya di darul ulum dalam bidang hadith dan tahqiq nusus.

Bagi mereka yang berkesempatan untuk solat subuh di masjid "nuhibbu Rasulallah s.a.w" yang berada berdekatan di rumah beliau, boleh sama-sama mendengar bacaan hadith riyadus solihin.



Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on


Memori bersama sahabat-sahabat seperjuangan di Mesir. Sudah hampir 6 tahun, kita berada di Mesir, suka duka kita hadapi.

Gambar di airport kaherah, pada tahun 2005. Menyambut sahabat yang kembali dari Malaysia.

Dari kiri, afzan, wan abdullah, najamudin, saya, khairi, dan faliq. Yang last tu bukan ye. tu driver kami. ammu azim.

Buat semua sahabat dari selangor batch 2004, semoga ukhuwah kita berterusan sampai bila-bila. Atas nama islam kita bersatu.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 06 September 2010

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari