Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pihak PMRAM kerana berjaya mengadakan program Kutub Sittah baru-baru ini.


Pada pandangan saya program ini mesti diteruskan untuk masa-masa akan datang kerana ia amat bermakna buat penuntut ilmu. Saya akui masih terdapat banyak lagi kelamahan dalam program tersebut, akan tetapi biarlah ia menjadi titik permulaan bagi mereka yang mahu mencintai ilmu dan ulama'.

Majlis penangguhan Kutub Sittah siri ke-2 berjalan lancar dan sangat meriah apabila dihadiri sebahagian besar dari ulama' al-azhar.

Antara tetamu yang hadir:-
1- Habib Ali Al-Jufri
2- Syeikh Ibrahim Al-Kattani
3- Syeikh Umar Abdullah Kamil
4- Syeikh Solah (Imam dan Khatib masjid Al-Azhar)
5- Syeikh Redho (Doktor Kuliah Hadith)
6- Syeikh Jamal Faroq
7- Syeikh Saad Saad Jawish
8- Syeikh Usamah Al-Azhari
9- Syeikh Toha Habasyi (Doktor Aqidah Kuliah Usuluddin, Merupakan jurucakap Al-Azhar dalam bidang Aqidah. diuji ALLAH dengan masalah penglihatan)
dan beberapa lagi para masyaikh Al-Azhar. (saya tidak sempat mencatit kesemua nama mereka)



Saya nukilkan beberapa mutiara kalam dari para masyaikh yang selalu memberi nasihat dan peringatan kepada penuntut ilmu, agar terus menuntut ilmu dan bersungguh-sungguh mendapatkannya.

(maaf sekiranya nukilan ini tidak tepat dengan apa yang ingin disampaikan oleh para masyaikh. Ini sekadar pemahaman saya sahaja. Jika ada kesalahan harap dapat dibetulkan.)

Antara ucapan Syeikh Usamah Al-azhari,
Beliau menceritakan sejarah beberapa majlis pembacaan kitab Sohih Bukhari dari zaman ulama' silam sehingga kini. Beliau amat teruja dan gembira dengan program Kuttub Sittah anjuran PMRAM kerana masih ada lagi generasi yang ingin menyambung warisan ilmu ini.


Antara ucapan Syeikh Ibrahim Al-Kattani,
"majlis membaca dan mendengar hadis adalah sunnah yang hampir dilupakan oleh orang islam sekarang. Langkah inisiatif yang dilakukan oleh pihak PMRAM amat baik demi menghidupkan semula sunnah Nabi s.a.w"

Antara ucapan Syeikh Saad Saad Jawish,
"Beliau terpaksa keluar lebih awal dari majlis tersebut, mungkin kerana kesibukan dalam kerja-kerja dakwah beliau. (Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada beliau).
Beliau meluahkan rasa bangga dan bersyukur kepada ALLAH di atas perjumpaan yang gilang gemilang kerana dihadiri oleh para ulama' dan wali-wali ALLAH antaranya ahli bait (Habib Ali Al-Jufri) ke majlis ilmu bersama anak-anak melayu dari Malaysia, Indonesia, Brunie dan Singapura. Rasa syukur dan terima kasih juga diucapkan kepada semua penuntut ilmu (peserta kutub sittah) yang menjadi sebab utama pertemuan yang amat bermakna ini."

*bersambung di post akan datang, masa tidak mengizinkan

ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 01 November 2010

0 komen menbina


Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari