Penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dijemput  mengiringi Menteri Besar Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk  menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah  kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 5  Disember ini, lapor TVSelangor.
Exco Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sesi dialog berkenaan isu air  bersama guru besar di seluruh Selangor hari ini menyeru rakyat Selangor  untuk bangkit berjuang bersama-sama pimpinan kerajaan negeri demi  mempertahankan hak mereka.  "Maka kerajaan negeri Selangor menjemput rakyat, menyuarakan hak rakyat ini kepada mereka yang tidak faham-faham.  "Jadi  kita semua dijemput bersama-sama dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid  Ibrahim) pada jam 12 tengahari di Masjid Negara, kita jalan ramai-ramai,  kita selawat," katanya.  Kira-kira 25 ribu penduduk  Seksyen 24, Shah Alam dijangka menandatangani memorandum yang bakal  diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif  air sebanyak 37 peratus oleh SYABAS yang dianggap membebankan rakyat di  negeri ini. Pada sesi dialog semalam, Halimah mengingatkan bahawa kerajaan negeri  mempunyai matlamat jelas dalam membantu rakyat Selangor, Wilayah  Persekutuan dan Putrajaya untuk mempertahankan hak mereka.  Katanya  kerajaan negeri sedaya upaya mengadakan rundingan bersama syarikat  konsesi air di Selangor dalam memastikan rakyat menikamati keperluan  asas itu dengan harga yang sewajarnya.  "Kerajaan Selangor tidak berminat untuk berpolitik mengenai isu air, tidak berminat untuk menghabiskan masa untuk perkara asas.
Pada sesi dialog semalam, Halimah mengingatkan bahawa kerajaan negeri  mempunyai matlamat jelas dalam membantu rakyat Selangor, Wilayah  Persekutuan dan Putrajaya untuk mempertahankan hak mereka.  Katanya  kerajaan negeri sedaya upaya mengadakan rundingan bersama syarikat  konsesi air di Selangor dalam memastikan rakyat menikamati keperluan  asas itu dengan harga yang sewajarnya.  "Kerajaan Selangor tidak berminat untuk berpolitik mengenai isu air, tidak berminat untuk menghabiskan masa untuk perkara asas.
"Kerajaan negeri tidak berminat untuk mendapat untung dari air ini  tetapi kerajaan negeri berminat untuk memberikan air percuma supaya  rakyat di negeri Selangor ini mendapat air yang bersih supaya rakyatnya  sihat dan kuat," katanya.  Kerajaan Selangor sebelum  ini menegaskan lesen pembekalan air yang diberi kepada SYABAS akan  ditarik balik jika didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang  disubsidikan kerajaan negeri kepada rakyat menerusi Tabung Budi yang  dilancarkannya pada Ogos lalu.
ulasan dari saya: rakyat Selangor bukan seperti rakyat negeri lain dibawah pemerintahan UMNO. Rakyat diberi kesedaran dan boleh bertindak untuk menyatakan hasrat mereka.
tahniah kerajaan negeri kerana mendidik rakyat berfikiran terbuka.
 
 

 
 

 


0 komen menbina