Suhakam: Hak siswa dicabul di GalasKesemua empat pelajar yang ditahan polis dalam kehangatan pilihan raya kecil Galas semalam dibebaskan lewat malam tadi setelah diambil keterangan oleh polis.
Mereka disambut dengan laungan takbir dan "student power" daripada kira-kira seramai 150 orang rakan mereka yang menunggu di luar balai berkenaan. Kesemua empat orang pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama enam jam. Para pelajar berkenaan disiasat berhubung risalah yang diedarkan kepada orang ramai dalam aktiviti mereka, kata pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Md Sha'ani Abdullah. Md Sha'ani berkata, beliau hadir ke balai berkenaan pada jam enam petang semalam untuk membantu pelajar berkenaan.
"Mereka bukan budak sekolah terlanjut umur, kita kena ubah sikap dan pandangan yang ketinggalan zaman. "(Saranan ini) termasuk (kepada) penguasa yang pastikan keamanan," kata Md Sha'ani.
Katanya, hak para pelajar tersebut telah dicabul apabila mereka ditahan sejak tengah hari lagi. "Saya dengar sebab mereka ditahan (dan) saya pun gelak. "Saya tengok risalah itu tidak menyokong mana-mana pihak, tapi bila letakkan dua haiwan politik (calon yang bertanding (dalam risalah), anda main politik," katanya. Kesemua pelajar terbabit perlu melaporkan diri semula kebalai berkenaan pada 14 November depan.
*Mahasiswa universiti tempatan sudah berani bangkit menyuarakan hasrat untuk bersama-sama kepimpinan yang adil dan telus.
*Malang sekali mahasiswa AL-AZHAR yang belajar ISLAM, masih ragu-ragu demi menegakkan kebenaran dan keadilan.
ihsan artikel dan gambar dari malaysiakini.com
Ana setuju utk mahasiswa tempatan menjadi bahan utk dicontohi.. tetapi.. tidak semua mahasiswa al-azhar yg diperkatakan oleh bloger, itu sya tak stuju.. selayaknya atau lebih eloklah jika diumumkan shj kpd sebilangan @ lepasan timur tgh yg belajar agama...