Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas nikmatNYA yang telah mengizinkan satu perjumpaan anak-anak Selangor di dalam sebuah majlis ucaptama YDP BKASM sesi 2010/2011.
Ini merupakan program mega pertama yang diadakan oleh kepimpinan BKASM yang baru. Tahniah diucapkan kepada ustaz Meor yang merupakan pengarah kepada program tersebut.
Kehadiran ahli seramai 300 orang pada sesi malam menunjukkan satu peningkatan komitmen ahli BKASM terhadap program-program yang dianjurkan.
Ada sebahagian yang datang dari jauh, muhafazah tanta, mansurah,
iskandariah dan lain-lain, semata-mata untuk meriahkan lagi majlis pada malam ini. Semoga ukhuwah islamiyah ini terus berkekalan dan komitmen yang jitu dari ahli amat-amat diharapkan demi menjayakan misi dan visi BKASM.
Antara slot yang diadakan adalah wada' bagi graduan yang telah menamatkan pengajian, saya amat terharu kerana adik-adik meraikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah banyak berjasa kepada mereka. Mungkin hadiah dan sijil yang diberikan tidak lah sehebat mana, akan tetapi penghargaan yang lebih utama adalah ucapan "terima kasih" adik-adik kepada mereka yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sejak mula sampai ke Mesir hingga hari ini.
Inilah perkara yang BKASM berusaha untuk terapkan dikalangan ahli.
Kalau dahulu, adik-adik disambut semasa kedatangan mereka ke Mesir, kini abang-abang dan kakak-kakak pula dirai sebelum pulang ke Malaysia.
Ucapan sempoi dari bekas exco LPP BKASM (saudara najih irsyad).. "Selamat Tinggal"
Saya boleh tafsirkan,, selamat tinggal untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu yang ada di Mesir ini.
0 komen menbina