profesor jamil bersama pimpinan ISMA mesir


"Terima kasih banyak2 prof!!" inilah ucapan yang saya sempat ungkapkan kepada profesor jamil selepas berjumpa beliau di balai polis hayyu sadis, madinah nasr.

Saya secara peribadi berasa bangga dengan beliau kerana BERANI tampil ke balai polis untuk menyelamatkan anak-anak buah beliau yang tersangkut di balai tersebut.

Tahniah juga kepada beliau kerana MENDIDIK dan MENTARBIYAH orang yang mampu bertindak CEKAP untuk melaksanakan seluruh perintah beliau samada suka atau tidak iaitu driver beliau sendiri dan 2 orang arab upahan beliau walaupun dengan bayaran yang sedikit sahaja.

Perisitiwa pada petang 29 oktober 2009 telah tersebar di telinga-telinga mahasiswa di mesir ini. Kejadian tersebut telah mengejutkan semua orang yang hadir ke program ramah mesra bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di dataran hayyu asyir.

Ketika semua orang sedang sibuk menuju ke surau dan masjid untuk tunaikan perintah ALLAH yang besar (solat maghrib) terdapat 3 orang anak-anak DIDIK prof jamil yang menunggu di satu sudut berdekatan tempat kain rentang DESAK digantung. Saya melintasi mereka sambil bertanya kepada diri sendiri "apa kepentingan orang safarah datang pada petang ni, kerana pada malam tersebut adalah program bersama ketua pembangkang????" saya bengong bila fikirkan.

Selang 2 minit, saya pandang semula ke tempat tersebut dan mendapati mereka telah melarikan kain rentang DESAK dan seterusnya menaiki kereta safarah. Sungguh CEKAP sekali mereka menambah dosa mereka terhadap pelajar.

Apa yang berlaku seterusnya?...

Kereta tersebut telah berjaya ditahan di simpang shabrawi, hayyu sabi' oleh beberapa individu yang prihatin terhadap perkara tersebut. Polis yang mengendalikan insiden tersebut pelik, bagaimana kereta safarah MALAYSIA ditahan oleh orang MALAYSIA sendiri dan dituduh mengambil barang kepunyaan Persatuan pelajar. Pakcik polis pun pening.

Hampir 10 minit berkumpul di simpang tersebut, inspektor polis berpangkat tinggi datang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Macam-macam tuduhan dilemparkan oleh anak didik prof jamil terhadap persatuan pelajar kerana menulis perkataan-perkataan keji mengutuk dan memburukkan kedutaan MALAYSIA. Tetapi apabila inspektor tersebut meminta untuk menunjukkan kain rentang tersbut, hanya terdapat tandatangan dan nama pelajar-pelajar yang bersama DESAK.

Aduh malunya beliau ketika itu!!! polis hanya sengih sahaja melihat beliau yang bersungguh-sungguh meyakinkan polis terhadap tuduhan yang tak berasas tu.

Inspektor mengarahkan semua yang terlibat untuk pergi ke balai polis berdekatan untuk urusan seterusnya. Sebaik sahaja sampai di balai polis tersebut, kami dapati kereta safarah tadi tiada, kami kecewa kemungkinan beliau telah melarikan diri. Ya ALLAH!!!

Kami menunggu sahaja arahan dari pihak keselamatan untuk selesaikan perkara tersebut. Tiba-tiba hero malaya (prof jamil) muncul dengan BERANI untuk menyelamatkan anak didik beliau yang tersadai di balai polis tersebut. Beliau cuba untuk berbicara dengan inspektor tersebut dengan mengemukan tuduhan yang bukan-bukan, akan tetapi tidak berjaya dan inspektor tersebut menyatakan bahawa persatuan ini dibawah kementerian kemasyarakatan dan beliau tidak ada sebarang kuasa untuk membuat apa-apa tindakan.

Saya yang berdiri betul-betul bersebelahan dengan prof jamil memerhatikan apa sahaja gerak geri dan patah perkataan yang dituturkan oleh beliau. Saya amat BERBANGGA dengan beliau kerana tidak ada sejarah di Mesir ini mana-mana profesor yang menjadi pengarah JPMK mampu merancang dan bertindak sehebat beliau ini.

Sekali lagi saya ucapkan TERIMA KASIH PROF JAMIL!!!.

abdrahman mohdtharin

ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 31 October 2009
categories: edit post

2 komen menbina

  1. Duan Says:
  2. hihi..
    awok2 ye mmg lucu..
    mcm citer hindustan la pulok..
    nk wak keje jahat pun kantoi,
    baik la buat keje yg baek pulok..

     
  3. Anonymous Says:
  4. salam.

    nak tanya sikit,apa kaitan gambar prof jamil bersama kepimpinan isma dengan artikel ni?

     

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari