Saya seorang yang suka berfikir. Kadang-kadang fikir luar dari lingkungan realistik.. tapi tulisan saya kali ni adalah berkaitan idea yang agak pelik tapi ada kemungkinan boleh bagi manfaat...
Anda nak tahu lebih lanjut.... jom baca lagi kat bawah ni.
Ok, sekarang saya akan ternagkan idea saya yang ingin kongsikan bersama anda semua. Saya cuba fikirkan cara untuk selesaikan masalah gangguan "ringtone" ketika solat.
Zaman canggih sekarang ni, semua orang ada handphone, betul tak?. Masalah timbul dikalangan orang islam yang pergi solat berjemaah dengan membawa handphone mereka dan terlupa untuk menutup atau silent hanphone ketika solat. Pastinya akan mengganggu makmum yang lain untuk solat dengan ringtone yang bermacam-macam jenis versi. Ada yang guna ringtone quran, ada pulak guna lagu yang pelik-pelik, tak lupa jugak bunyi-bunyi binatang. Aduh! pasti akan mengganggu solat anda.
Jika anda sempat berkunjung ke masjid-masjid di mesir ini, banyak peringatan kepada makmum supaya memadamkan handphone masing-masing. Sehingga sampai tahap, terdapat beberapa masjid yang akan mengenakan denda kepada makmum yang tidak mematikan handphone mereka ketika solat.
emmm!!!!! saya fikir jika semua masjid buat macam masjid tu... orang jadi malas pulak nak pegi solat..
Apa idea saya????? (terpulang pada anda untuk bersetuju dengan saya atau tidak, ianya sekadar idea dari saya, setakat ini saya belum pernah dengar mana-mana masjid melaksanakan idea yang saya akan terangkan pada anda semua)
Kita cuba reka satu alat yang mampu memutuskan sebarang "connection" dari mana-mana line handphone. Alat tersebut akan dipasang di empat penjuru ruang solat, setiap makmum yang masuk ke kawasan tersebut akan dapati handphone mereka tiada "connection". Maka solat berjemaah dalam ruang solat akan lebih aman tanpa sebarang gangguan ringtone samada makmum tersebut terlupa untuk mematikan hanphonenya atau tidak.
Tambahan lagi, tiada orang yang akan membuat panggilan atau menjawab panggilan dari dalam ruang solat tersebut. Perkara ini bertepatan dengan sunnah nabi yang melarang ummatnya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam masjid kerana sedikit sebanyak akan mengganggu makmum lain untuk beribadah.
hehehe itula idea saya.. amcam orait tak?
jom sama-sama kita fikirkan lagi untuk kebaikan ummat islam, kita gunakan segala kecanggihan yang ada untuk kita hambakan pada ALLAH yang MAHA ESA.
sekian utk idea penulis kali ini
abdrahman mohdtharin
erm..idea tu realistik.
ana lupa nama alat tu.. tapi..alat tu mmg "counter back" gelombang phone..
tahniah!! ust sebenarnya realistik..
cuma mahal je..
tapi..idea menarik
salam..
idea menarik!!
mcm thaaqhib kata :
"cuma mahal je.."
"tapi..idea menarik"
Salam,
Idea yg menarik.
Sy pun ada idea gak nak share bersam,
kan kita ada azan software, why not azan software tu mainkan perana, bila masuk ajer waktu solat, automatic set to 'silent mode' untuk setengah jam then 'normal mode' balik, mgkn chalengge nya waktu solat isyak coz kadang2 solat isyak ada tempat buat lambat sikit coz ada Kuliah Agama/ Majlis Ilmu...
WALLAHUA'ALAM...