Saya tidak mahu ulas panjang berkaitan perbuatan "kurang cerdik" oleh pihak tersebut. Apa kesudahan jika kita terus melayan mereka itu semua.
Terbaru pada hari ini, saya mendapat makluman bahawa, dalam program Majlis Anugerah Kecemerlangan BKAN negeri 9 di ARMA, beliau memaklumkan kelewatan beliau hadir ke majlis tersebut kerana menyelamatkan pelajar yang ditahan oleh pihak keselamatan Mesir kerana membuat rusuhan.
Anda mengubah fakta semata-mata nak jaga nama?
Sebenarnya anda telah memburukan nama yang "cantik".
Namanya "cantik" tetapi perangai kurang "cantik".
6000 orang penuntut mesir (mungkin lebih) sudah tahu tentang perangai mereka itu, malah sangat mengenali peribadi "orang itu". Jelas sekali dengan penilaian manusia yang waras bahawa kesalahan "mereka" terlalu berat.
Wahai "mereka" sedarlah, setiap hari orang marah kepada anda semua. Setiap hari orang akan mengutuk telatah kamu yang "childish". Berebut dengan budak-budak 1) nak nama 2) nak kain rentang 3) main "polis-entri" (permainan budak-budak, kejar perompak) 4) main tipu-tipu dsb.
Wahai "mereka" jika anda menyakiti hati seorang sahaja orang islam, itu sudah cukup menjadikan bebanan dosa anda bertambah-tambah. Adakah anda bersedia tanggung DOSA kerana menyakiti hati 6000 @ 7000 mahasiswa yang ingin menadah kitab dengan para masyaikh.
Wahai "mereka" perbetulkan perbuatan dan perancangan anda bersesuaian dengan taraf dan kemuliaan yang anda telah capai.
Saya merasa simpati melihat "anda" yang tersepit dan menanggung beban perancangan mereka yang berada di langit biru.
Pada pendapat saya, tidak perlu lagi kita panjangkan perkara ini dan selesaikan dengan baik. Siapa yang buat salah, tolong minta maaf kepada mereka yang dizalimi.
Saya tidak suka layan "orang kurang cerdik" kerana akan menjadikan saya juga "kurang cerdik".
-kepada mereka yang bersama PMRAM, mari kita terus bersama PMRAM "MENJULANG THAQAFAH"
Saya berasa bangga, bahawa PMRAM jelas dengan pembawakan mereka, Program Kutub Sittah ini adalah permulaan kegemilangan PMRAM menjulang thaqafah, saya lebih gemar menamakan program tersebut "GRAND TALAQI"
Saya juga ingin bersama membantu dalam menggilap thaqafah ahli PMRAM, saya kini dalam proses mendaftarkan diri ke Kuliah Darul Ulum, Universiti Kaherah dengan biasiswa ZAKAT KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR DARUL EHSAN. Proses pembelajaran Master di Darul Ulum lebih berbentuk kepada research dan kajian ilmiyah. Semoga ilmu yang saya dapati dari Darul Ulum boleh dikongsikan bersama para sahabat sekalian satu masa nanti.
Seingat saya pada awal tahun ini, Manhal telah mengajurkan bengkel penulisan ilmiyah, akan tetapi sayangnya, program tersebut telah terhenti di setakat itu sahaja. Saya amat berharap kepada mereka yang terlibat dapat memikirkan cara terbaik untuk meneruskan program tersebut sehingga menghasilkan kajian-kajian ilmiyah terhadap isu-isu semasa.
sekian
abdrahman mohdtharin
servis kete
5 weeks ago
3fwan..
selangor dah ada peruntukan utk student master ke?
kali pertama tahun ini
kouta hanya 5 orng sahaja
opsss.. alamak dah penuh ke? 5 org tu campur laki pompuan ker?
campur lki pompuan
tnya pgwai slngr
ok tq ustz