Hari ini merupakan hari terakhir persiapan bagi semua adhoc pelaksana program sambutan exco kerajaan Selangor, YB Dato Hassan Ali.
Mesyuarat terakhir yang berlansung pada pukul 3 petang telah berjaya ditamatkan pada jam 4.30 petang, bertempat di maktabah darul ehsan, rumah selangor, hayyu asyir.
Setiap ketua unit membnetangkan gerak kerja yang telah dilakukan dan akan memastikan program berjalan licin dan memberi manfaat yang banyak kepada semua mahasiswa al-azhar khususnya pelajar-pelajar dari selangor
sila ikuti selepas ini perjalanan Dato' Hassan Ali di Mesir...
mustafa selaku adhoc dewan dan hakim adhoc pengangkutan,,, kenderaan yang akan digunakan oleh dato' ialah H1 bukan H1N1..
besok saya letak gmbr dalam blog
gambar yg ni sapa tak kenal YDP aziz.. nampk macam khusyuk je.. "bagus-bagus" kata pujian dari timbalan pengarah.. (hahaha dorg cakap aku tk pernah puji kerja dorg.. frst time aku puji kerja dorg.. hahaha)
nampak seronok je.. meetg serious mcm ni pun boleh bantai gelak2.. nak tau sebab apa dorg gelak.. tgok gmbar kat bawah ni.
ini la rupenya,,,sebab bdak2 tergelak... haha sori la kawan,, ana tak niat nk buruk2 kan kesan2 dari tekanan kerja yang terlebih membuatkan anda bertindak diluar kawalan..
:-bukan gelak ketawa yang kita nak cari, bukan kerja suka-suki dan nak berhibur.. tapi kami belajar untuk mengurus dan mentadbir agar menjadi orang yang berketerampilan dan mampu selesaikan masalah.
selepas mesyuarat saya mengajak seorang shabt utk makan tghhari pada pukul 6:30 petang di sebuah restoran indonesia.. kami berbincang dan bertukar-tukar pandangan..
antara point perbualan kami ialah berkenaan berkerja dalam kumpulan. bila kita menjayakan satu-satu program samada peringkat BKASM atau PMRAM atau peringkat Negeri Selangor. konsep bekerja dalam kumpulan amat dititikberatkan...walau sehebat manapun seseorang individu itu, kerja berkumpulan adalah prasyarat kepada kejayaan sesebuah program atau pentadbiran.
perkara kedua dalam perbualan kami adalah berkaitan tekanan dalam kerja. tidak dinafikan bahawa bebanan kerja akan menjadikan kita kurang kawalan emosi dan boleh berlaku pergaduhan dan sebagainya. muamalah dengan manusia yang pelbagai ragam dan kerenah... memang memeningkan kepala.. oleh itu kita cuba ambil masa utk muamalah khusus dengan ALLAH dan mengadu segala masalah dan tekanan tersebut... ALLAH MAHA MENDENGAR setiap masalah dan aduan dari kita..
selamat berusaha kepada diriku sendiri...dan semua yg terlibat.. kita buat yng terbaik..
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
22 July 2009
ASSALAMUALAIKUM DATO' SEBAGAI UMAT ISLAM SAYA AMAT TERTARIK DENGAN ISU BABI DAN KUIL YANG SDNG HANGAT DIBINCANGKAN DAN BANTAHAN PENDUDUK ISLAM ADALAH MAJORITINYA. KENAPA DATO DALAM ISU INI BERDIAM DIRI. SETAHU SAYA DATO' DALAH ORANG PALING ARIF ADALAM DIDANG UGAMA DAN SELALU MEMBINCANGKAN HAL HAL UGAMA, MENBACA KHUTBAH DI MASJID, TETAPI DALAM HAL INI DATO TIDAK DAPAT MENISIHATI YG BHG TAN SRI ATAU AHLI EXCO NEGERI SELANGOR SUPAYA BERFIKIR TERDAHULU SEBELUM MENGAMBIL SESUATU KEPUTUSAN TAMPA MENGAMBIL PENDAPAT ORANG AWAM, UGAMA ISLAM. ADAK INI YANG DIKATAKAN ORANG MELAYU MUDAH LUPA!!!. ATAU SAYA TERBACA DALAM BERITA HARI INI HAL ISU KUIL. KITA HARUS FAHAM PENGANUT UGAMA HINDU TIDAK AKAN MENGINDAHKAN WAKTU SOLAT KITA, SEKIRANYA WAKTU ITU ADALAH WAKTUNYA SEMBAHYANG. KEADAAN AKAN BERTAMBAH TERUK LAGI SEKIRANYA SAMPAI MUSI THAIPUSAM..!!! DATO' HASSAN ALI , KAMI AMAT MENYANJUNG DATO' SETIAP KALI DATO TAMPIL UNTUK BERBICARA DI DEPAN MIMBAR MASJID DAN DI KHALAYAK AWAM. TERIMAKSIH.