terperasan dalam diri ini, sejak kebelakangan ni selalu bukak video klip lagu dan suka menyingkap kisah-kisah artis samada di malaysia dan luar negara. artis yang saya maksudkan ialah sudirman dan micheal jackson. entah kenapa timbul minat pada bidang seni suara ni. saya tahu suara saya tak lah sehebat artis2 yang ada, cuma rasa seronok pulak dengan dendangan lagu-lagu sudirman dan gaya lincah arwah micheal jackson yang beraksi atas pentas.
baru-baru ni saya menonton majalah tiga yang menceritakan kisah hidup dan kejayaan sudirman. dalam video tersebut ada juga menceritakan tentang seorang peminat setia sudirman yang berbangsa cina. beliau mampu menyanyi dengan suara yang lunak seperti sudirman dan menghafal hampir kesemua lirik yang pernah dinyanyikan oleh sudirman.
itu semua berkaitan dengan seni suara....
seterusnya minat saya sejak kecil lagi untuk menjadi seorang pelukis tidak kesampaian. sekarang ini minat tersebut hanya tinggal kenangan sahaja. saya tetap meminati hasil karya pelukis2 handalan. saya hampir menjadi gila kerana teringin sangat membeli sebuah lukisan yang berharga LE 500.00. kalo ikutkan, memang dah beli, tapi nasib baik pada waktu tersebut duit hanya ada LE 5.00 sahaja. saya hanya mampu tengok je la.
saya lampirkan untuk teman-teman lihat koleksi gambar yang saya kumpulkan dari internet.
emmm ni antara koleksi saya.. bukan saya hasilkan tapi saya kumpulkan saja.
sekali sekala tulisan santai macam ni seronok jugak,,, tak terlalu terikat nak tulis apa,, kalo tulis tentang politik, kajian ilmiyah dsb,, perlukan penulisan yang fokus..
saya ceritakan minat saya pada rakan-rakan semua, mungkin anda minat seperti saya jugak, mungkin tidak... setiap manusia ada persamaan dan ada perbezaan,, hakikatnya semua itu datang dari ALLAH s.w.t yang MAHA HEBAT
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
17 July 2009
0 komen menbina