Ramah mesra yang pertama telah berjaya dijalankan pada malam pertama ketibaan para tetamu. Walaupun kehadiran pada malam itu agak kurang memberangsangkan, namun tetap meriah dan dapat dirasai kemesraan dalam majlis itu antara pemimpin dan rakyat. Sebelum-sebelum ini , banyak juga ramah mesra yang diadakan bersama para pemimpin dalam pihak kerajaan BN, tetapi sambutan dan reaksi pelajar amat menyedihkan. Bukan lagi ramah mesra, tetapi marah mesra.

Terdapat beberapa perkara yang ingin saya kongsikan daripada ucapan Dato' Hasan Ali bersama para sahabat sekalian.

Perkara pertama : Isu kelemahan mahasiswa pengajian islam untuk kuasai bahasa arab terutama dalam bidang pertuturan. Pada pengamatan saya, isu ini sudah menjadi lapok untuk diperbincangkan. Sejak saya di bangku sekolah lagi, perkara ini acap kali menjadi perbincangan di kalangan para pemimpin dan pendidik yang mengharapkan supaya akan wujudnya golongan-golongan yang mampu bertutur dalam bahasa arab secara fasih. Kelemahan ini juga akan memberi kesan kepada keputusan peperiksaan bagi pelajar tersebut. Saya juga masih memikirkan jalan keluar dari kemelut kelemahan ini. Tiada cara yang lebih berkesan lagi melainkan dengan bercampur gaul dengan bangsa arab. Cabaran sudah tentu menanti anda dan menguji kesabaran dan kegigihan kita semua. Seterusnya, isu kelemahan bahasa ini bukan tertumpu kepada bahasa arab sahaja, bagaimana pula dengan bahasa inggeris yang menjadi bahasa kedua yang sangat kerap digunakan di merata tempat. Kita juga tidak boleh melupakan bahasa ibunda kita. Adakah kita sudah benar-benar mengusai bahasa melayu dengan baik? Jika kita diminta untuk membuat sebuah petikan dalam kadar yang segera, adakah kita mampu menghasilkan sebuah petikan yang cukup mantap.

Perkara kedua : YB Dato' menyebutkan tentang penguasaan IT di kalangan para pendakwah di Malaysia. Selepas hampir sebulan berlalu satu corak pemilihan baru bagi ahlijawatankuasa masjid di seluruh Selangor, banyak perubahan yang positif berlaku, antaranya nazir-nazir masjid adalah dikalangan orang yang benar-benar layak untuk memegang jawatan tersebut. Bukan seperti dahulu (semasa zaman UMNO) semua ahlijawatankuasa masjid adalah orang UMNO dan berkepentingan. Terdapat beberapa buah masjid yang diselia dan dipantau oleh nazir yang bertaraf profesor yang memiliki PHD dalam akademik beliau. Sudah pasti para pendakwah yang diberikan amanah untuk menyebarkan dakwah di masjid-masjid tersebut, seharusnya memiliki kemahiran yang pelbagai dalam menyebarkan risalah Ilahi. Kemudahan-kemudahan yang sudah tersedia untuk mereka perlu dimanfaatkan sepenuhnya seperti LCD, komputer dan sebagainya.


Perkara ketiga : "public presentation" Gaya persembahan kepada masyarakat umum untuk menyampaikan dakwah islamiyah. Islam yang kita bawa adalah agama yang cukup lengkap dan sempurna, kadang-kadang masyarakat tidak dapat menerima dakwah islam kerana gaya pembentangan dan penyampaian yang kurang berkesan. Beliau berkongsi pengalaman dan ilmu yang beliau perolehi berkaitan "public speaking", walaupun beliau sudah menjadi seorang yang dikenali sebagai pakar motivasi dan mahir untuk bertutur, namun beliau tetap lagi belajar cara-cara "public speaking" yang berkesan.

Perkara keempat : Ketekunan untuk menimba ilmu. Seorang graduan keluaran salah sebuah universiti di Amerika Syarikat hari ini menjadi orang yang sangat penting untuk proses pembinaan semula ISLAM di Selangor. Beliau menceritakan pengalaman belajar beliau ketika waktu di sekolah menengah dan seterusnya di peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu PHD. Banyak kali perkataan "THE BEST" diulang-ulang supaya masuk dalam benak kepala setiap pendengar agar mereka semua berusaha menjadi "THE BEST" dalam apa jua bidang yang diceburi. Beliau sudi mendedahkan pengalaman hidup beliau untuk berkongsi semangat dengan semua hadirin yang ada pada malam tersebut, berasal dari sebuah keluarga yang susah, tetapi akhirnya berjaya mencapai tahap pendidikan yang cukup tinggi dan sangat membanggakan. Apa yang beliau harapkan dari seluruh mahasiswa yang ada supaya teruskan belajar hingga ke tahap yang tertinggi. Kerajaan Selangor hari ini akan membantu anak-anak Selangor yang ingin meneruskan pengajian mereka kerana orang yang terpelajar adalah aset negara yang sangat penting dalam proses membangun dan memulihkan negara yang kian lumpuh pada hari ini.

Keseluruhan perkara tersebut adalah catatan ringkas yang sempat saya coretkan semasa majlis ramah mesra tersebut.

Sebelum kalam penutup dari beliau, terdapat 3 amanat @ pesanan khusus untuk anak-anak Selangor yang sedang menuntut ilmu di mesir ini.



Pertama : Sertai Jemaah @ Persatuan yang menaungi para pelajar Selangor di bumi Mesir ini, iaitu PMRAM dan BKASM. Peranan kedua-dua persatuan tersebut sangat besar dalam proses melahirkan lebih ramai lagi kader-kader dakwah.

Kedua : Sertai Usrah. Salah satu jalan dalam proses pentarbiyahan diri dan masyarakat. BKASM telah melancarkan program usrah kepada semua anak-anak Selangor yang berdaftar di bawah BKASM, komitmen dan keprihatinan terhadap tarbiyah ini perlu menjadi perkara yang diutamakan oleh seluruh mahasiswa Selangor.

Ketiga : Patuh kepada wakil kerajaan Selangor yang berada di bumi Mesir ini, iaitu pegawai HEP Selangor, Ustaz Abdul Halim b Saljadi. Ini disebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ada polisi dan agenda yang tersendiri berbanding dengan kerajaan-kerajaan yang masih di bawah jajahan UMNO lagi. Peranan pegawai untuk memastikan polisi kerajaan berjaya dilaksanakan bukan terpengaruh kepada politik-politik dari pihak luar.

Semoga kehadiran beliau pada kali ini dapat memberikan input yang sangat bermakna kepada semua warga Malaysia yang berada di bumi anbiya' ini. Terubat rasanya segala kepenatan dan keletihan seluruh adhoc pelaksana yang bertungkus lumus selama hampir sebulan untuk menjayakan program lawatan Exco Kerajaan Selangor di Mesir ini dengan pengisian dan pengorbanan para pemimpin untuk turun padang bersama masyarakat.

semoga jasa dan pengorbanan kalian menjadi amalan yang soleh di sisi ALLAH s.w.t

ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 24 July 2009
categories: edit post

1 Responses to Majlis Ramah Mesra Bersama Dato' Hasan Ali di Rumah Selangor

  1. sis Says:
  2. Org Melayu lebih gemar bertutur bahasa ibonda berbanding bahasa syurga.

    Pelajar Mesir mungkin berkualiti dari aspek ilmu turathi,tetapi kurang terdedah kepada penggunaan teknologi dalam menyalurkan ilmu tersebut.Alangkah baiknya jika menguasai kedua2nya.

     

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari