Tahniah buat semua pendokong dan penuokong PAS yang berusaha bermati-matian dalam memperjuangkan ISLAM di Manik Urai. Usaha dan doa kalian akan menjadi saksi iman yang kamu lafazkan. Walaupun pada awal penamaan calon saya berpendapat PAS akan kalah, ini adalah pandangan peribadi saya sendiri.

Ada beberapa faktor mengapa saya ungkapkan perkara tersebut:-
1) Keselesaan orang PAS yang telah memenangi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Sifat "over-confident" yang ada akan menjadikan mereka tidak bersungguh-sungguh mempertahankan DUN tersebut. Saya pernah tulis di "status YM" saya sebelum ini, -PAS kalah di Manik Urai" ramai yang mempertikaikan saya. Adakah saya telah disogok oleh UMNO untuk melemahkan semangat para pendokong PAS? Saya tidak bermaksud sedemikian, malah memberi cabaran kepada semua pendokong PAS untuk terus berusaha.

2) Faktor kedua adalah "usaha-usaha terakhir UMNO" terbukti bila tvPAS.com memaparkan satu video berkaitan sebuah beg hitam yang misteri yang dibawa bersama TPM dengan menggunakan sebuah helikopter yang diturunkan di padang sebuah sekolah di Manik Urai. Macam-macam spekulasi boleh berlaku, mungkin duit, mungkin kertas undi tambahan dan sebagainya.

3) Orang kampung... ini juga salah satu faktor yang memungkinkan kekalahan bagi pihak PAS. Isu royalti yang cuba dimainkan oleh YB Husam adalah kurang bertepatan dengan pengundi kawasan tersebut. Mereka tidak nampak "duit royalti" tapi nampak duit depan mata yang berjaya dikaburkan oleh Tuan Aziz Tuan Mat.

Secara keseluruhannya, saya masih menganggap PAS masih kalah di Manik Urai khususnya dan secara umumnya kalah untuk memenangi undian orang melayu.

Oleh itu, para pendokong PAS, tambah lagi usaha untuk menangi undi orang melayu pada pilihan raya akan datang.

ALLAHUAKBAR.......

ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 15 July 2009
categories: edit post

1 Responses to Tahniah kepada semua yang memenangkan PAS di Manik Urai

  1. teman Says:
  2. this is a positive provoc.anyway,congrate!

     

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari