Setelah meneliti beberapa blog yang mem'publish'kan artikel yang berkaitan kepimpinan ulama' saya juga ingin turut serta bersama-sama blogger2 yang ada untuk mempertahankan kepimpinan ulama' dalam parti islam semalaysia (PAS).
Kecelaruan timbul bila artikel ust nik abduh "kerja-kerja bodoh dalam pas" di dalam blog beliau tempoh hari. Saya turut pening pada awalnya tentang perkara yang berlaku. Apakah telah wujud dalam PAS satu kumpulan pakatan yang jahat yang ingin melaga-lagakan ulama'? Lebih mudah kita bahsakan mereka ni golongan "batu api"
Persoalan tersebut berligar-ligar dalam benak fikiran saya selama hampir berminggu-minggu. Kerisauan dan keresahan timbul dalam perasaan ini jika berlakunya perpecahan dalam sebuah parti yang mendokong hukum hakam ALLAH sebagai tunjang utama perjuangan. Ya ALLAH peliharalah kesatuan ummat islam dalam parit islam semalaysia PAS.
"kita pertahankan kepimpinan ulama'.... bila ada "ular dalam semak" datang menyemak, kita sepak-sepak, sampai mereka boleh pikir pakai otak"
Itu adalah komen saya kepada artikel ustaz din tantawi bertajuk kepimpinan ulama' di dalan blog beliau. Memang bahasa yang kurang sopan saya luahkan kerana berasa cukup terkilan terhadap golongan-golongan tersebut. Saya bukan mahu terlalu emosi dalam perkara ini, kerana orang yang ikut emosi ini akan selalu kalah dan tersilap langkah. Pembinaan blog saya juga bukan tempat saya meluah perasaan dan cerita tentang perkara-perkara murahan. Saya juga tidak mahu mendapat gelaran raja blogger copy paste. Apa maknanya kalo jadi blogger, kemudian copy paste dari orang? (takde maknanya...) -setelah membaca blog saudara zahid "klik sini" beliau menerima teguran dari ustaz din, setelah men'copy paste' dari blog ust nik abduh. maaf saudara zahid,,,, saya tidak berniat memburukkan saudara, tapi kritikan adalah perkara yang positif.
Jika saya ingin mengulas tentang kepimpinan ulama' dari sudut ilimiyah, saya rasa sudah cukup memadai apa yang dihidangkan dalam blog ust din untuk memahamkan masyarakat dan para pembaca sekalian tentang kepimpinan ulama'. Saya tidak berniat untuk memuji atau mengagung-agungkan tulisan beliau dalam menerangkan permasalahan ini, tetapi gaya persembahan beliau dalam menerangkan dan membawa hujah-hujah cukup jelas. Andaikata masih timbul kesamaran dalam benak pemikiran "mereka". Saya anjurkan anda rujuk ayat al-quran dari surah al-ana'm :-
فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ (١٢٥)
Terkejut juga saya bila menjengah ke blog saifulislam, beliau turut mengulas tentang kepimpinan ulama' di bawah suluhan sejarah. Saya sangka beliau akan cerita tentang perkara yang ada kaitan antara cinta dan ulama'. Ustaz hasrizal adalah pakar sejarah turki uthmaniyah, saya suka mendengar dan membaca sejarah kerjaan turki uthmaniyah yang beliau tulis dan sampaikan dalam ceramah beliau.
Memetik sedikit cetusan beliau (ust hasrizal) tentang kepimpinan ulama' dan "kecoh-kecoh" yang sedang berlaku sekarang ini, kegusaran berlakunya perdebatan tidak tentu hala yang akan melambatkan tercapainya cita-cita menegakkan daulah islamiyah di Malaysia, saya berhasrat untuk mengulas tentang kepimpinan ulama' in the future yang sekarang ini berada di lubuk pembikinan ulama' (universiti al-azhar, mesir). Mungkinkah kelemahan lubuk ini menghasilkan golongan ulama' yang mampu memimpin sehingga timbul desas-desus mempertikaikan kelemahan ulama' dalam menerajui kepimpinan.
bersambung.........
0 komen menbina