54. dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri Dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah Yang menjadikan kamu; Iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah Yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Ayat ke 54 dari surah al-baqarah yang menceritakan tentang hal-ehwal bangsa yahudi yang degil dan ingkar terhadap ajaran nabi Musa a.s.

Ketika nabi Musa a.s pergi bermunajat bertemu ALLAH, baginda telah mengarahkan pembantunya nabi Harun a.s untuk menjaga kaum yahudi. Akan tetapi perkara sebaliknya telah berlaku, di mana sebahagian kaum yahudi tersebut telah ingkar dan mensyirikkan ALLAH s.w.t lalu melupakan segala nikmat-nikmat yang pernah dikurniakan oleh ALLAH s.w.t kepada mereka.

Terdapat 10 nikmat yang istimewa yang telah diberikan khusus kepada bangsa tersebut. Sebahagian dari nikmat-nikmat itu ialah :-

1. selamat dari dikejar firaun laknatullah
2. berjaya melintasi laut merah
3. ALLAH s.w.t menerima taubat orang yahudi kerana mereka banyak kesalahan
4. menerima kitab Taurat sebagai petunjuk.
5. bebas dari dosa syirik dengan cara taubat yang khusus.

Cara taubat yang khusus

Kesalahan kaum yahudi terlalu berat kerana mensyirikkan ALLAH s.w.t dan menyembah patung anak lembu yang telah dibuat oleh samiri. Sedangkan mereka menerima begitu banyak nikmat-nikmat yang istimewa dari ALLAH seperti makanan dari syurga berbanding dengan pengikut-pengikut firaun. Oleh demikian ALLAH s.w.t mewahyukan kepada nabi Musa a.s supaya menyuruh kaum yahudi tersebut bertaubat kepada ALLAH.

Cara taubat mereka berbeza kerana dasar pensyariatan @ hukum hakam adalah khusus untuk kaum tersebut sahaja. Orang yang tidak berdosa dan tidak syirik pada ALLAH s.w.t hendaklah membunuh orang yang berdosa tidak kira samada dari kalangan ahli keluarga mereka sendiri atau orang lain. Maka ALLAH s.w.t telah menurukan awan gelap yang telah menutupi pandangan mata mereka supaya melaksanakan perintah tersebut tanpa mengira samada dari ahli keluarga atau bukan. Maka berlakulah pembunuhan tersebut bermula dari awal pagi sehingga tengahari dan mengorbankan 70,000 nyawa mereka yang berdosa. ALLAH s.w.t menerima taubat mereka dan dosa-dosa mereka telah diampunkan. Semua yang terkorban itu telah dikurniakan kehidupan yang baru di dalam kubur mereka dan mendapat nikmat dari dari ALLAH s.w.t

Rujukan :
1. tafsir munir fi aqidah wa syariah wa manhaj. Dr Wahbah Al-Zuhaili. m.s 176 /j. 1 cetakan darul fikr.
2. tafsir sayyid qutb, Sayyid Qutub, m.s 64/ j. 1 cetakan darul syuruq

ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 07 May 2009

2 komen menbina

  1. salam ziarah juga dari Kuala Lumpur.

    http://www.solehismail.blogspot.com/

     
  2. Terima kasih ye Pakcik... Penjelasan yang teramatlah jelas.

     

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari