Wanita pejuang Islam pada zaman dakwah Rasulullah SAW merupakan suri tauladan.

Antaranya adalah:

1) Sumayyah bintu Khoiyat

Beliau begitu tabah dan thabat mempertahankan kesucian kalimah tauhid لااله الاالله walaupun diseksa oleh musyrikin dan akhirnya mendapat martabah syahid di disisi Allah SWT sehingga Rasullah SAW sentiasa memuji-muji kesabaran yang ditonjolkan oleh Sumayyah dan keluarganya dengan mengungkapkanصبران ال يسير yang bermakna bersabarlah seperti keluarga Yaser.

2) Asma bintu Abu Bakar

Beliau telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk membawa makanan ke gua Tsur iaitu tempat persembunyian baginda dan Abu Bakar ketika peristiwa hijrah.Baginda sempat berpesan kepada Asma agar tidak sekali-kali membocorkan rahsia lokasi persembunyian baginda kepada sesiapapun.Dengan keikhlasan hati,Asma telah sanggup memikul tanggungjawab yang sungguh berat ini meskipun mengetahui risiko yang begitu tinggi menanti beliau.Beliau telah diberi keberanian oleh Allah untuk mempertahanhan rahsia meskipun ditampar oleh orang musyrikin ketika disoal siasat.

3) Ummu ‘Amarah

Nama sebenar beliau adalah Nusaibah bintu Ka’ab.Meskipun seorang wanita,beliau tidak ragu-ragu meminta izin daripada Nabi Muhammad SAW untuk turut sama menghunus pedang bersama kaum lelaki lain di medan perang demi membela Nabi Muhammad SAW dan perjuangan Islam.Nabi tidak mensia-siakan semangat yang ditonjolkan oleh beliau,jauh sekali untuk mengatakan,”Tempat perempuan hanyalah di rumah sahaja.”Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW telah memberikan kata perangsang dan motivasi kepada beliau.Ini membuktikan bahawa kemampuan wanita juga tidak diperkecilkan daripada menyahut tuntutan jihad fi sabilillah di dalam Islam.

4) Rufaidah Islamiyah

Beliau telah merawat para mujahid yang cedera ketika berperang di jalan Allah sehingga dinobatkan sebagai doktor pertama dalam Islam.

5) Ummu Salamah

Ummu Salamah telah memberi cadangan yang bernas sebagai jalan keluar kepada Nabi Muhammad SAW dalam Peristiwa Hudaibiah ketika sahabat tidak bersetuju untuk kembali ke Madinah dan mengerjakan haji pada tahun berikutnya.

6) Khansak

Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua putera beliau untuk terjun ke medan perang.Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah.

Inilah barisan pejuang Allah di kalangan wanita yang sepatutnya kita hayati dan tauladani segala jerit-perih mereka dalam mempertahankan agama Allah SWT.Kami wanita Palestin pula menerima tarbiyah langsung daripada Assyahid Syeikh Ahmad Yasin.Memetik kalam beliau,

“Didiklah kaum wanita dengan thaqafah islamiyah.Maka dia akan mendapat syahid.Didiklah mereka melakukan gerakkerja Islam serta menceburi pelbagai skop kerjaya meskipun menjadi seorang guru,doktor,jurutera dan lain-lain”



*minta izin dpd penulis untuk saya siarkan tulisan ini di blog ini..

ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 24 March 2009

0 komen menbina


Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari