surah al-baqarah...
kitab karangan seorang ulama' haraki... Sa'id Qutub...
dari kitab cetakan darul syuruq.. halaman 27.
1. Surah Al-Baqarah merupakan diantara surah yang terawal diturunkan kepada Baginda s..a.w selepas hijrah.
2. Surah ini juga merupakan surah yng terpanjang dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim.
3. Namun begitu, terdapat juga sebahagian dari ayat surah ini yang turun lewat kerana bersandarkan perkara yang telah berlaku. contohnya ayat berkaitan riba' yang terdapat pada akhir surah Al-Baqarah ini.
Dalam ilmu Ulum Al-Quran ada membincangkan tentang bagaimana penyusunan surah dan ayat Al-Quran mengikut tertib yang ada sekarang. Perkara tersebut adalah dari wahyu dan petunjuk ALLAH s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah s.a.w akan membaca Al-Quran kepada Jibril a.s pada bulan ramadhan. Nabi s.a.w bertadarus bersama Jibril dan membaca ayat-ayat Al-Quran tersebut mengikut tertib dan susunan yang telah diilhamkan kepada baginda.
Perkara tersebut merupakan salah satu kehebatan Al-Quran yang terbentuk dalam keadaan yang tersusun rapi. Orang beriman yang membaca dan memerhatikan ayat-ayat Al-Quran ini akan mendapat faedah yang sangat banyak samada dalam kehidupan dunia ini mahupun dikahirat kelak.
Surah Al-Baqarah ini juga mengandungi banyak tajuk perbincangan ilmu-ilmu Islam samada hukum hakam, sejarah ummat terdahulu, dan sebagainya. Fokus yang lebih utama diberikan kepada 2 topik besar, iaitu perihal keadaan kaum bani Israiel yang degil untuk meneriama dakwah islamiyah dan juga berkaitan gerakan dakwah Nabi s.a.w dan kumpulan-kumpulan yang bersama baginda untuk menegakkan Islam.
Pada awal surah ini juga Allah s.w.t telah menceritakan kepada kita tentang 3 keadaan manusia, iaitu orang beriman, orang yang ingkar dan orang munafiq (berpura-pura beriman pada zahirnya tetapi memusuhi islam). Cuba kita baca ayat-ayat tersebut dan membandingkan diri kita, di manakah kita berada?
Orang yahudi sangat bijak untuk mengambil kesempatan kepada orang lain, mereka cuba bekerjasama dengan golongan kafir dan juga golongan munafiq dengan tujuan untuk menjatuhkan ISLAM. Realiti ini benar-benar berlaku dalam dunia hari ini. Al-Quran telah menceritakn semua kepada kita, hanya kelemahan dan kelalaian kita menyebabkan kita tidak berwaspada terhadap golongan-golongan seperti ini.
Sikap dan tindakan golongan yahudi yang telah membantah nabi Musa a.s dan tidak mahu bekerjasama bersama baginda demi mempertahankan aqidah membuktikan kedegilan gologan ini.
Maka ALLAH telah menggantikan urusan dakwah dan membangunkan islam ini kepada golongan yang benar-benar bersedia berkorban segala jiwa raga mereka
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
13 March 2009
0 komen menbina