Sengaja saya tulis perkara ini sekadar peringatan buat semua dan kongsi pengalaman dengan sahabat lain. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun lepas (2008), saya telah menduduki peperiksaan tasfiah (repeat paper) pada bulan september. Tanpa pemberitahuan dari pihak bertanggungjawab secara tiba-tiba muqoror Al-Quran telah bertukar. (tapi aku rilek je jawab masa tu, tulis apa yang sudah dihafal bukan apa yang diminta oleh soklan. "gua selamba")
Pada kebiasaannya soalan peperiksaan akan berkisar muqoror yang biasa. Mungkin pada tahun lepas, Al-azhar nak buat kejutan yang memang sama sekali mengejutkan semua pelajar-pelajar yang malas (macam aku , padan muke aku).
Terfikir nak tulis post ni bila menjenguk web PMRAM.org , ada satu berita yang "gembira" buat semua azharian. Macam-macam pandangan terhadap perubahan mendadak ini. Perubahan ini sangat berkait rapat dengan kualiti pelajar2 azhar yang semakin hari semakin merudum. (aku salah seorang daripada mereka).
Pasrah sahaja bila saya lihat keputusan tahun lepas. Rakan-rakan ajak masuk konvo anjuran PMRAM, tapi saya tolak dengan hormat, sebab saya tahu kemampuan saya ketika menjawab peperiksaan tersebut.
Peperiksaan fasa 2 akan menjelma tak lama lagi, segala persiapan mesti dibuat daripada sekarang. Sekurang-kurangnya sehari saya mesti peruntukan satu jam untuk ulang hafalan. Tapi ini tak cukup. (aku tak nak mengulang lagi)
Walaupun perubahan muqoror tersebut sudah diberitahu oleh pihak al-azhar, tetapi langkah berhati-hati perlu diambil. (so habiskan hafal sampai 8 juzu' kalau nk selamat la)

0 komen menbina