Memori bersama sahabat-sahabat seperjuangan di Mesir. Sudah hampir 6 tahun, kita berada di Mesir, suka duka kita hadapi.

Gambar di airport kaherah, pada tahun 2005. Menyambut sahabat yang kembali dari Malaysia.

Dari kiri, afzan, wan abdullah, najamudin, saya, khairi, dan faliq. Yang last tu bukan ye. tu driver kami. ammu azim.

Buat semua sahabat dari selangor batch 2004, semoga ukhuwah kita berterusan sampai bila-bila. Atas nama islam kita bersatu.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 06 September 2010


jangan bulan je yang membaca, kita kene baca gak

insALLAH saya akan kongsikan tips membaca berkesan.

Teknik Membaca PQRST

Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".

Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

(a) Preview (Tinjau)

Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

(b) Question (Soal)

Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

(c) Read (Baca)

Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri)

MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.

(e) Test (Uji)

UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.

Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 04 September 2010
0 komen menbina
categories: | edit post




"tvpas09"
melaporkan berkaitan isu ahli parlimen Serdang, Teoh yang dikatakan telah mencemarkan kesucian surau dengan menghadiri satu program tazkirah ramadhan.

Isu yang cukup remeh yang ingin dijadikan buah pukulan kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Saya mendengar ulasan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu ini. Beliau sangat mudah membidas UMNO dengan menceritakan sirah Nabi s.a.w.

Ketika zaman Nabi s.a.w ada juga orang kafir yang masuk ke dalam masjid bertujuan untuk berjumpa dengan Nabi s.a.w samada untuk menyatakan keislamannya atau lain-lain tujuan. Nabi s.a.w tidak pernah menghalang perkara tersebut.

Satu kisah lagi yang diriwayatkan, ada seorang arab badawi yang jahil telah masuk ke dalam masjid Nabawi kemudian kencing di dalam masjid. Ketika peristiwa itu, Saidina Umar Al-Khattab berasa sangat marah dan bertindak ingin memancung kepala arab tersebut. Sikap Saidina Umar yang terkenal dengan ketegasan dan panas baran jika ada orang yang ingin mempersendakan kesuciaan Islam.

Akan tetapi Nabi s.a.w tidak membenarkan Saidina Umar bertindak sedemikian, dan membiarkan arab badawi itu menghabiskan kencingnya. Lalu Nabi s.a.w meminta semangkuk air bersih untuk membersihkan tempat yang terkena najis dengan tangan Baginda yang mulia.
Masjid Al-Azhar yang terkenal dengan pusat pengajian ilmu Islam menjadi salah satu tempat kunjungan kepada pelancong bukan Islam untuk melihat dan mendekati Islam itu sendiri. Ulama' Azhar membenarkan perkara tersebut dengan menjaga batas-batas yang telah ditetapkan, antaranya menjaga aurat, tidak boleh mengganggu orang Islam beribadat dan menuntut ilmu, tidak dibenarkan masuk ketika waktu solat fardhu sedang ditunaikan dan lain-lain.
Ayat Al-Quran yang menerangkan tentang hal-ehwal orang kafir yang najis bukanlah menjurus kepada peribadi orang itu sendiri (dari sudut pakaian dan tubuh badan mereka). Akan tetapi menjurus kepada anutan yang mereka pegang yang mensyirikkan ALLAH.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 03 September 2010
0 komen menbina
categories: | edit post


Alhamdulillah syukur ke atas nikmat islam dan iman.

Sungguh bertuah ummat nabi s.a.w dapat peluang menikmati bulan ramadhan, bulan penuh kebaikan.
Suasana bulan ramadhan di Mesir sangat berbeza dengan Malaysia. Semua orang islam berlumba-lumba untuk menghabiskan bacaan al-quran 30 juzu’.

Tidak kira sama ada sedang berkenderaan atau duduk-duduk saja. Semuanya memegang al-quran dan membaca dengan penuh khusyuk.

Bukan tujuan saya menulis untuk membanding-bandingkan keadaan dua negara ini ketika Ramadhan.

Apa yang lebih penting, penghayatan bulan Ramadhan sebagai bulan diturunkan Al-Quran Al-Kareem.
Hari ini saya menulis pada 9 Ramadhan 1431, berapa juzu' sudah kita baca sehingga hari ini?

1 juzu', 2 juzu' , 3 juzu' dan seterusnya.

Imam Syafie rahimahullah mampu menghabiskan bacaan Al-Quran lebih dari 30 kali dalam bulan Ramadhan. Subhanallah, Imam mazhab kita, sebagai contoh teladan buat kita semua.

Saya ingin bawa satu ayat al-quran dari surah al-baqarah 138

Ayat ini menceritakan tentang manhaj syariat ALLAH dalam membentuk kehidupan manusia.

ALLAH mencabar kepada sesiapa yang angkuh dan sombong untuk menubuhkan sebuah undang-undang yang lebih hebat dari undang-undang ALLAH.

Hari ini isu yang paling hangat diperkatakan di Malaysia ialah isu pembuangan bayi, zina, rogol dan lain-lain jenayah.

Banyak cadangan dan pindaan undang-undang cuba dilaksanakan, akan tetapi tidak berjaya.

Ada yang mencadangkan buat sekolah hamil, ada yang cadangkan pinda undang-undang, ada yang cadangkan kita jatuhkan hukuman bunuh pada perogol, ada cadangan edar kondom percuma dan lain-lain.

Buat la apa sahaja, semua perkara tersebut tidak mampu selesaikan masalah yang ada. Mungkin hilang satu masalah, timbul pula masalah lain.

Inilah sikap manusia yang degil lagi angkuh. ALLAH dah bagitahu dalam al-quran, cara-cara menyelesaikan masalah ini, tapi masih bodoh sombong. Tak mahu ikut apa yang ALLAH suruh.

Islam agama yang menyeluruh, membawa rahmat pada seluruh alam. Kelemahan ulama' (termasuk saya) untuk menerangkan Islam pada masyarakat Islam dan bukan Islam, menyebabkan Islam dianggap sebagai perkara sampingan sahaja.

Mungkin sebahagian pembaca akan katakan pandangan saya terlalu idealistik untuk laksanakan hukum hudud di Malaysia. Lebih-lebih lagi kerajaan sekarang diperintah oleh pemimpin yang jahil hukum-hakam ALLAH.

Segala kemungkinan itu boleh kita atasi bersama dengan berganding bahu menjatuhkan kerajaan jahiliyah yang ada sekarang.

Malaysia Boleh!

Saya sekadar mampu menulis dan memberikan tazkirah demi menerangkan Islam kepada semua. Tindakan seterusnya adalah bergabung dan bekerjasama dengan gerakan Islam yang jelas untuk laksanakan hukum hudud.

Teringat saya pada kata-kata Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), ""Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan ALLAH s.w.t. Apalah maknanya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha ALLAH.""

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on
0 komen menbina
categories: | edit post


Bulan ogos adalah bulan kelahiranku. Setiap tahun makin bertambah umur saya dan makin dekat menghampiri kematian.

Syukur kerana masih bernyawa hingga hari ini, 26 tahun hidup di dunia ini. Alhamdulillah.

Agak-agak bila pula kematianku?

Hari ini saya dan beberapa teman dari selangor sempat menziarahi saudara faizol yang berada di tanta, mesir.

Perjalanan ke tanta mengambil masa 1 jam 30 minit. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang.

Driver arab cukup terkenal dengan cara pemanduaan yang menyeramkan. Saya bimbang jika berlaku sebarang kemalangan. (Semoga ALLAH memelihara kita)

Saya takut mati dalam keadaan kemalangan.
Terlalu awal mati, takut jugak.

Masa hidup yang ada ini, boleh digunakan semaksima mungkin untuk bekerja demi Islam.

Sahabat pejuang sekalian, jangan selalu beri alasan untuk bekerja demi Islam,
takut-takut kita mati, tak sempat nak berjuang untuk Islam.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 07 August 2010


Assalamualaikum,

Para pembaca budiman,

  • Sudah berpuluh-puluh tahun PAS mengajak semua ummat Islam di Malaysia bangkit untuk laksanakan hukum ALLAH. (Hudud, Qisas dan lain-lain lagi)
  • Malaysia sudah jadi negara penuh dengan penzina, perogol dan pembunuh.
  • 57 tahun UMNO dan BN memerintah, tiada sebarang pengurangan angka jenayah.
  • Pelaksanaan undang-undang Malaysia sangat rapuh untuk membenteras jenayah.
  • PAS bercita-cita untuk tegakkan hukum ALLAH, kerana itu sahaja penyelesai kepada masalah yang berlaku.
  • Hari ini keluar di web Malaysiakini, dua orang tokoh politik negara yang berbicara berkenaan undang-undang ke atas pesalah rogol
  1. karpal singh (sila klik untuk baca)
  2. dr mahathir muhammad (sila klik untuk baca)
  • Suatu masa dahulu kedua-dua individu ini cukup lantang bersuara memperlekeh hukum ALLAH.
  1. karpal singh "kalau nak buat negara Islam, langkah mayat saya dulu"
  2. dr mahathir muhammad "kalau nak makan sup tangan, pergilah ke kelantan sebab kerajaan negeri kelantan mahu laksanakan hukum hudud"
  • Sekarang baru nak cadangkan hukum bunuh ke atas perogol.
  • Islam sudah bagitahu dalam Al-quran sejak 1431 tahun yang lalu.
  • Kenapa tidak mahu kembali pada Undang-undang Islam?
  • Saya selaku ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) ingin mempertikai beberapa jemaah-jemaah yang mendakwa mendokong gerakan Islam, ISMA, JIM, ABIM, HALUAN, Jemaah Tabligh, Global Ikhwan dsb.
  • Mengapa anda masih tidak mahu bergabung bersama-sama PAS untuk menyatakan hasrat untuk menegakkan Negara Islam?
  • Sekadar bergerak mentarbiyah ahli dan menjalankan khidmat-khidmat masyarakat, adakah sudah memadai untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam?
  • Baru ini isu lesen judi yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri (Bapak Judi) menjadi bahan bual dan perbincangan dalam usrah-usrah.
  • Saya cukup terkilan apabila mendapat tahu seorang naqib ISMA memberi respon berkenaan isu tersebut.
  • Respon beliau, terhadap isu itu berbunyi begini " Taatilah ALLAH dan Taatilah Rasul dan pemimpin dari kalangan kamu. Pemimpin kita lebih tahu mengapa lesen judi diluluskan. Kita selaku rakyat perlu taat pada pimpinan kita"
  • Saya serah pada pembaca budiman untuk berfikir.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 02 August 2010
0 komen menbina
categories: | edit post


Baru-baru ini kecoh satu Malaysia, buku koleksi kartun terbitan saudara Zunar diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Inilah rupa pemimpin negara kita yang boleh menjai bahan ketawa rakyat, buat malu je

Selaku seorang pemimpin, tampilkan watak yang sewajarnya. Apabila dasar pimpinan tersebut lari dari landasan Islam dan Iman, maka kemuliaan (i'zah) akan hilang dari diri mereka.

Ingat kata-kata saidina Umar Al-Khattab " Kita adalah sebuah kaum yang telah dimuliakan oleh ALLAH dengan Islam, jika kita tidak bawa islam dalam kehidupan, kita akan dihina oleh ALLAH"

Wahai sahabat-sahabat pimpinan, terapkanlah dasar-dasar Islam dalam pembawakan organisasi anda. Walau apa pun aktiviti yang dilakukan, jangan sekali-kali tinggalkan Islam di belakang.

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 29 July 2010
0 komen menbina
categories: | edit post


Assalamualikum

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Muhammad bin Abdullah s.a.w.

Bulan Jun dan Julai adalah waktu yang sangat penting bagi pelajar-pelajar yang berada di Mesir. Waktu ini, semua pelajar samada pengajian Islam mahupun perubatan menghadapi musim peperiksaan. Alhamdulillah, syukur!! saya juga berpeluang untuk mengambil peperiksaan Master di Kuliyah Darul Ulum, Cairo University bagi sesi 2009/2010.

Selesai peperiksaan, tiba pula satu masa yang cukup mendebarkan setiap jiwa pelajar iaitu pengumuman natijah peperiksaan. emmm!!! ada yang mengeluh, ada yang melompat gembira....

Buat sahabat-sahabat seperjuanganku di Darul Ulum, saudara Mohd Faizal bin Sabhon (ezo) dan saudara Abdullah bin Hussin, kita sama-sama kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan menuntut ilmu. Masih ada peluang untuk berjaya. Saya sentiasa mendoakan kalian agar menjadi ulama' satu masa nanti.

Tulisan saya kali ini tidak fokus pada apa-apa tajuk dan perbincangan. Saya lebih santai untuk menulis dan bercerita. Maklumlah sudah 2 bulan tidak jengah ke laman sendiri. Sudah bersawang agaknya, petang ini saya membersihkan sawang-sawang yang ada agar laman ini bersinar kembali membawa mesej-mesej dakwah dan peringatan untuk kita semua.

Pagi tadi, selesai bersarapan, saya duduk sendirian membelek buku-buku yang tersusun di atas rak. Dari buku catatan peribadi ke buku motivasi kemudian buku gerakan islam dan beberapa lagi buah buku yang saya sudah miliki. Bukan tujuan untuk membuat kajian ilmu, tapi sekadar melihat isi kandungan buku tersebut, manalah tahu terjumpa topik perbincangan yang menarik. Boleh saya ambil manfaat dan kongsikan bersama rakan-rakan.

Saya terpandang ke arah album perkahwinan, saya tersenyum seketika. Saya selak setiap helaian album tersebut, hehehe!!! tertawa kecil. "Aku sudah berkahwin? macam tak percaya".

Alhamdulillah, benarlah janji ALLAH dan Rasul-Nya. Kadang-kadang bila saya renung kembali saat-saat percintaan saya dan zaman bujang, saya dapat lihat bantuan ALLAH itu sangat dekat bagi mereka yang benar-benar yakin.

Saya tidak berhasrat untuk bercerita panjang tentang perkara ini, cukuplah sekadar satu perkongsian buat teman-teman yang masih bujang. Bila kita niat bersungguh-sungguh untuk berkahwin dengan seorang muslimah yang baik, maka ALLAH akan memudahkan jalan ke arah niat tersebut.

Saya ingatkan kepada mereka yang "bercouple" dan bermain-main dengan cinta tanpa tujuan untuk mendirikan rumahtangga, agar bertaqwa kepada ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH dan Rasul.

Setiap jiwa yang sihat, pasti ada keinginan untuk bersama dengan pasangannya. Sudah menjadi ketetapan bahawa fitrah kejadian alam ini dijadikan berpasangan. Keinginan tersebut perlulah disalurkan pada jalan yang diredhadi ALLAH.

Ahli-ahli PMRAM telah diajar untuk menggunakan medium Bait Muslim untuk meluahkan hasrat tersebut. Alhamdulillah, inisiatif ini yang sangat berfaedah dan bertepatan dengan syarak.

Pada minggu lepas, isteri saya telah dihubungi oleh seorang ukhti yang berhasrat untuk berbincang dengan pasangannya berkaitan Bait Muslim. Saya mengalu-alukan kehadiran mereka ke rumah kami, walaupun pada hakikatnya agak sibuk dengan kerja-kerja luar.

Kesibukan saya tidak boleh menjadi penghalang untuk membantu pasangan tersebut, kerana mereka memilih jalan yang betul. Kebetulan pada hari tersebut saya hanya sempat tidur selama satu jam sahaja dan terasa sangat letih, tetapi saya kuatkan semangat juga. Sekiranya saya tidak bantu mengadakan liqo' tersebut, mungkin mereka memilih untuk berjumpa di luar tanpa pantauan dari Bait Muslim.

Apa yang saya cuba sampaikan buat sahabat-sahabat khususnya yang masih bujang, gunakanlah medium Bait Muslim untuk meluahkan hasrat. Jangan kita kotori kesucian ilmu dan dakwah yang kita jalankan dengan dosa "couple".

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 28 July 2010
0 komen menbina
categories: | edit post




Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi sehingga hari ini kita masih merasai 2 nikmat terbesar iaitu iman dan Islam.

Sekian lama saya tidak menyulam bicara di sini. Pasti ramai yang tertanya-tanya sejauhmana perkembangan isu yang saya timbulkan dahulu. Saya ucapkan jutaan terima kasih buat semua pihak yang prihatin dengan isu ini terutama keluarga saya, sahabat2,beberapa pihak yang terlibat dalam pengurusan zakat dan individu yang memberi sokongan moral dan material. Terlalu ramai untuk saya senaraikan.

Semalam saya sudah mendapat slip bank untuk pembayaran yuran pengajian saya bejumlah 2,400 pound sterling bersamaan LE20,000 yang telah dijelaskan oleh pihak pentadbiran Pejabat HEP Selangor. Ucapan terima kasih buat Ustaz Halim dan staf kerana telah mengambil inisiatif untuk mendahulukan pembayaran tersebut meskipun saya belum menerima chek dari Pusat Zakat Selangor(PZS) sehingga kini. Sekurang-kurang saya merasa lega dan dapat lebih fokus untuk menghadapi peperiksaan yang semakin terasa bahangnya.

Usaha yang saya lakukan sebelum ini sekadar bertujuan memastikan pengurusan Zakat Master ini tidak bermasalah dan tergendala. Secara positif, saya amat sukacita atas sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh pihak terlibat termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam menerima aduan dan teguran daripada rakyat. Malah, kesediaan untuk berkhidmat dan bertindak secara terlus amat dipuji. Tidak dapat dinafikan, tidak ada kepimpinan yang sempurna. Kisah Saidina Umar yang meminta rakyat memberi nasihat dan teguran atas pentadbiran beliau wajar ditauladani.

Sudah menjadi adat, sesuatu perkara akan mendapat lebih perhatian dan tindakan lantaran aduan dan teguran. Semoga kita sama-sama memperbaiki diri dan saling menyempurnakan. Itulah akhlak yang diajar oleh Islam kerana kepimpinan bukanlah tasyrif tetapi taklif.

Saya juga dihubungi beberapa orang sahabat yang berhajat menyambung pengajian Masterdi Mesir tetapi meluahkan kerisauan mereka tentang tajaan yang dijanjikan oleh PZS. Pesanan saya, teruskanlah niat suci tersebut. Insya Allah, Allah akan mempermudahkan dan membantu orang-orang yang menuntut ilmu. Soal rezeki, kos kehidupan dan tajaan pengajian, serahkan kepadNya. Usaha kita, gunakan ruang dan peluang yang ada. Boleh terus berurusan dengan Ustaz Halim untuk permohonan Zakat Master .Mungkin masalah yang saya hadapi ini hanyalah cabaran untuk batch pertama sahaja. Saya yakin pengurusan akan lebih efektif pada tahun-tahun akan datang.

Selamat berjaya kepada semua yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan. Buatlah yang terbaik untuk Islam. Never give up!

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 18 May 2010
2 komen menbina
categories: | edit post


mahasiswa bingung


Dalam kesibukan para mahasiswa/wi Malaysia sibuk menghadapi peperiksaan pada mei 2010, macam-macam isu yang berlaku.

Isu yang timbul di ARMA berkaitan perjumpaan antara pegawai JPMK dan penghuni ARMA, yang bersangkut paut tentang undang-undang untuk tinggal di ARMA.

Isu pegawai JPMK memfitnah pengerusi Tanta.

Isu perpindahan pelajar wafidin ke Kaherah.

Isu penangkapan 4 orang pelajar atas tuduhan terlibat dengan ikhwan muslimin.

Selepas ini tak tahu lagi apa isu yang akan timbul...

Read More
ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 26 April 2010

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari