Assalamualaikum,
Para pembaca budiman,
- Sudah berpuluh-puluh tahun PAS mengajak semua ummat Islam di Malaysia bangkit untuk laksanakan hukum ALLAH. (Hudud, Qisas dan lain-lain lagi)
- Malaysia sudah jadi negara penuh dengan penzina, perogol dan pembunuh.
- 57 tahun UMNO dan BN memerintah, tiada sebarang pengurangan angka jenayah.
- Pelaksanaan undang-undang Malaysia sangat rapuh untuk membenteras jenayah.
- PAS bercita-cita untuk tegakkan hukum ALLAH, kerana itu sahaja penyelesai kepada masalah yang berlaku.
- Hari ini keluar di web Malaysiakini, dua orang tokoh politik negara yang berbicara berkenaan undang-undang ke atas pesalah rogol
- Suatu masa dahulu kedua-dua individu ini cukup lantang bersuara memperlekeh hukum ALLAH.
- karpal singh "kalau nak buat negara Islam, langkah mayat saya dulu"
- dr mahathir muhammad "kalau nak makan sup tangan, pergilah ke kelantan sebab kerajaan negeri kelantan mahu laksanakan hukum hudud"
- Sekarang baru nak cadangkan hukum bunuh ke atas perogol.
- Islam sudah bagitahu dalam Al-quran sejak 1431 tahun yang lalu.
- Kenapa tidak mahu kembali pada Undang-undang Islam?
- Saya selaku ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) ingin mempertikai beberapa jemaah-jemaah yang mendakwa mendokong gerakan Islam, ISMA, JIM, ABIM, HALUAN, Jemaah Tabligh, Global Ikhwan dsb.
- Mengapa anda masih tidak mahu bergabung bersama-sama PAS untuk menyatakan hasrat untuk menegakkan Negara Islam?
- Sekadar bergerak mentarbiyah ahli dan menjalankan khidmat-khidmat masyarakat, adakah sudah memadai untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam?
- Baru ini isu lesen judi yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri (Bapak Judi) menjadi bahan bual dan perbincangan dalam usrah-usrah.
- Saya cukup terkilan apabila mendapat tahu seorang naqib ISMA memberi respon berkenaan isu tersebut.
- Respon beliau, terhadap isu itu berbunyi begini " Taatilah ALLAH dan Taatilah Rasul dan pemimpin dari kalangan kamu. Pemimpin kita lebih tahu mengapa lesen judi diluluskan. Kita selaku rakyat perlu taat pada pimpinan kita"
- Saya serah pada pembaca budiman untuk berfikir.
0 komen menbina