Alhamdulillah syukur ke atas nikmat islam dan iman.
Sungguh bertuah ummat nabi s.a.w dapat peluang menikmati bulan ramadhan, bulan penuh kebaikan.
Suasana bulan ramadhan di Mesir sangat berbeza dengan Malaysia. Semua orang islam berlumba-lumba untuk menghabiskan bacaan al-quran 30 juzu’.
Tidak kira sama ada sedang berkenderaan atau duduk-duduk saja. Semuanya memegang al-quran dan membaca dengan penuh khusyuk.
Bukan tujuan saya menulis untuk membanding-bandingkan keadaan dua negara ini ketika Ramadhan.
Apa yang lebih penting, penghayatan bulan Ramadhan sebagai bulan diturunkan Al-Quran Al-Kareem.
Hari ini saya menulis pada 9 Ramadhan 1431, berapa juzu' sudah kita baca sehingga hari ini?
1 juzu', 2 juzu' , 3 juzu' dan seterusnya.
Imam Syafie rahimahullah mampu menghabiskan bacaan Al-Quran lebih dari 30 kali dalam bulan Ramadhan. Subhanallah, Imam mazhab kita, sebagai contoh teladan buat kita semua.
Saya ingin bawa satu ayat al-quran dari surah al-baqarah 138
Ayat ini menceritakan tentang manhaj syariat ALLAH dalam membentuk kehidupan manusia.
ALLAH mencabar kepada sesiapa yang angkuh dan sombong untuk menubuhkan sebuah undang-undang yang lebih hebat dari undang-undang ALLAH.
Hari ini isu yang paling hangat diperkatakan di Malaysia ialah isu pembuangan bayi, zina, rogol dan lain-lain jenayah.
Banyak cadangan dan pindaan undang-undang cuba dilaksanakan, akan tetapi tidak berjaya.
Ada yang mencadangkan buat sekolah hamil, ada yang cadangkan pinda undang-undang, ada yang cadangkan kita jatuhkan hukuman bunuh pada perogol, ada cadangan edar kondom percuma dan lain-lain.
Buat la apa sahaja, semua perkara tersebut tidak mampu selesaikan masalah yang ada. Mungkin hilang satu masalah, timbul pula masalah lain.
Inilah sikap manusia yang degil lagi angkuh. ALLAH dah bagitahu dalam al-quran, cara-cara menyelesaikan masalah ini, tapi masih bodoh sombong. Tak mahu ikut apa yang ALLAH suruh.
Islam agama yang menyeluruh, membawa rahmat pada seluruh alam. Kelemahan ulama' (termasuk saya) untuk menerangkan Islam pada masyarakat Islam dan bukan Islam, menyebabkan Islam dianggap sebagai perkara sampingan sahaja.
Mungkin sebahagian pembaca akan katakan pandangan saya terlalu idealistik untuk laksanakan hukum hudud di Malaysia. Lebih-lebih lagi kerajaan sekarang diperintah oleh pemimpin yang jahil hukum-hakam ALLAH.
Segala kemungkinan itu boleh kita atasi bersama dengan berganding bahu menjatuhkan kerajaan jahiliyah yang ada sekarang.
Malaysia Boleh!
Saya sekadar mampu menulis dan memberikan tazkirah demi menerangkan Islam kepada semua. Tindakan seterusnya adalah bergabung dan bekerjasama dengan gerakan Islam yang jelas untuk laksanakan hukum hudud.
Teringat saya pada kata-kata Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), ""Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan ALLAH s.w.t. Apalah maknanya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha ALLAH.""
0 komen menbina