
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Selamat hari raya kepada semua rakan-rakan, ahli keluarga dan semua yang mengenali diri ini. Ampun dan maaf dipinta atas segala kesalahan yang sengaja atau tidak. Semoga ukhuwah kita terus berkekalan.
Selamat hari raya, maaf zahir batin"

Hukum menjama'kan solat dan hukum puasa bagi golongan yang bekerja dalam bidang penerbangan (selalu bermusafir)
Jika sekiranya individu tersebut selalu bermusafir, maka haruslah bagi beliau untuk menjama'kan dan mengqasarkan solatnya selagi mana musafir tersebut adalah bertepatan dengan syarak.Keringanan @ "rukhshoh" tetap akan diberi kepada golongan tersebut selagi mana mereka dalam keadaan musafir walaupun dalam keadaan yang lama.
Sahabat-sahabat Nabi s.a.w bermusafir ke benua asia dalam tempoh yang panjang iaitu hampir 8 bulan, mereka menjama' qasarkan solat mereka sepanjang perjalanan tersebut.
Oleh demikian bagi golongan yang bekerja dalam bidang tersebut, mereka boleh mengambil keringanan tersebut dalam melakukan ibadah terhadap ALLAH s.w.t
sumber rujukan : Fatawa Bait Muslim, Dr Ali Jumaah, m/s 12, Dar Imam syatibi,

hampir sebulan lebih saya tinggalkan blog ini. masa-masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. ramadhan 1430 telah tinggalkan kita semua, semoga perjalanan hidup kita akan lebih baik selepas madrasah ramadhan ini.
ingatlah amalan-amalan yang kita lakukan semasa ramadhan itu dapat kita kekal kan sepanjang masa.
"bagaimana kita selepas ramadhan?"
salam buat semua para pembaca budiman,
semoga ramadhan kali ini memberi makna yang besar dalam diri kita semua.
Pengalaman yang saya lalui ketika keluar natijah tahun akhir di kuliah syariah islamiyah, saya amat terkejut kerana natijah saya silap. Masalah timbul apabila subjek yang saya sudah lulus pada tahun lepas telah dicatatkan gagal pada keputusan kali ini. Masalah ini pernah berlaku kepada salah seorng rakan saya. Malangnya dia tidak ada sebarang bukti yang sah tentang keputusannya itu, maka dia terpaksa mengulang setahun lagi untuk memperbaiki keputusan tersebut.
Oleh demikian saya ingin berkongsi dengan sahabat2 pembaca dari mesir sahaja, cara-cara menyelesaikan masalah ini jika sekiranya berlaku kepada diri anda.
Ada beberapa dokumen penting yang anda perlu sediakan dan pastikan dokumen tersebut adalah asli bukan fotostat.
1) kerneh @ kad pelajar tahun lepas sesi pembelajaran tahun 2007/2008
2) kasyfu natijah tahun lepas (keputusan rasmi tahun lepas)
Kedua-dua dokumen tersebut akan menjadi bukti kukuh menyatakan bahawa anda telah lulus subjek tersebut.
Jika pihak syu'un (hal ehwal pelajar) tidak melakukan sebarang perubahan, anda perlu merujuk dengan mengemukakan "surat rayuan untuk semakan semula keputusan" kepada amid @ dekan kuliah anda agar beliau mengeluarkan arahan yang sepatutnya.
Proses tersebut memang memakan masa yang agak panjang, hampir seminggu saya berulang-alik ke kuliah untuk selesaikan masalah tersebut. Akhirnya, doktor dari maktab tansiq turun ke kuliah saya untuk melihat sendiri catatan keputusan tahun lepas dan membetulkan keputusan saya. Alhamdulillah saya berjaya tamatkan sesi pembelajran saya di AL-Azhar universiti peringkat ijazah dengan pangkat Jayyid.
Ini semua berkat doa dari ibubapa saya, guru-guru, kawan-kawan, dan semua orang yang membantu saya secara lansung dan tidak lansung. Semoga ALLAH membalas jasa kalian semua.
amin...
Petang semalam saya duduk saja2 depan komputer sambil membelek youtube, dari satu video ke satu video saya buka untuk mendengar kalam ulama'. Antara yang menjadi pilihan saya petang tu adalah Habib Ali al-jufri. Saya suka mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau, walaupun jauh dan hanya rakaman sahaja, tetapi kesan nurani yang saya dapat rasakan sangat mendalam.
semoga sama-sama kita dapat mnafaat.
Selepas selesai mendengar, terdetik dalam hati ini ingin berjumpa dengan beliau dan mendengar ceramah belaiu secara "live". Tetapi terfikir, bila masanya? mungkinkah dapat jumpa? adakah peluang untuk saya berkelana ke bumi Yaman untuk berjumpe beliau dan habib2 yang lain?
Tak mengapalah, saya simpan sahaja niat saya tu, moga-moga satu hari nanti ALLAH temukan saya dengan beliau.
Ahli bait saya pulang dari asrama selangor.
"rahman! habib ali datang.." kata kawan saya.
"syeikh ali?, bukan ke memang ada program malam ni bersama Syeikh Ali di ACC
(azhar confrence center)" saya membalas.
"bukan la, habib ali al-jufri dari yaman tu, ada majlis maulid dan tazkirah dari beliau di sahah baru (tempat ulama' Yaman berkumpul di mesir)" katanya lagi

wajah yng cukup tenang. jom semaikn cinta pada Rasulullah s.a.w
Setelah menunggu hampir 30 minit bersama alunan selawat dan pujian untuk Baginda s.a.w, tiba-tiba para hadirin berdiri meraikan kehadiran beliau ke dalam majlis tersebut. Manusia berpusu-pusu untuk bersalam dan mencium tangan beliau. Saya tidak berpeluang berbuat demikian kerana terlalu sesak.
Tergamam saya bila berhadapan dengan susuk tubuh keturunan ahli keluarga Nabi s.a.w, dari wajahnya yang berseri-seri, saya rasakan tenang melihat wajah seorang ulama' yang sangat cintakan Rasulullah s.a.w. Setiap ucapan dan ceramah beliau, tidak akan terlepas dari menceritakan perihal Baginda s.a.w.
Tazkirah yang beliau sampaikan cukup ringkas, dan padat. Beliau mengajak kita untuk bersedia menyambut bulan ramadhan ini. Malam-malam di bulan ramadhan ini sangat bermakna dan berharga buat hamba-hamba ALLAH yang sentiasa beribadah dan mengharapkan keredhaan-NYA.
Antara isi kandungan yang beliau sampaikan adalah berkaitan hubungan silaturrahim sesama ummat ISLAM. Bulan ramadhan ini kita jadikan bulan untuk menyemai lagi kasih sayang kita sesama kawan-kawan, ibubapa dan semua mahluk ALLAH. Kita tingkatkan penghayatan kita dengan akhlak Nabi s.a.w dan cuba belajar untuk menjadi orang yang rendah diri.
Selesai sahaja tazkirah ringkas yang memakan masa lebih kurang 20 minit, beliau terus berangkat untuk pulang. Sekali lagi peluang untuk saya bersalaman dengan beliau terlepas. Secara spontan, hati saya tergerak untuk pergi ke tempat letak kereta, mana-mana tahu ada peluang untuk bersemuka sebelum beliau naik kenderaan.
Syukur, alhamdulillah, ALLAH permudahkan saya untuk bertemu dengan beliau, saya sempat bersalaman, mencium tangan dan memeluk beliau tanpa ganguan dari orang lain. Saya merasa tenang dan terlalu gembira. Ya ALLAH, Engkau Maha mendengar rintihan dan permintaan hamba-hambaMU yang kerdil ini.
Sahabat-sahabat budiman, bukan niat saya menceritakan pengalaman saya yang sekelumit ini untuk dibanggakan, tetapi mengambil pengajaran supaya kita semua selalu berdamping dengan ramai ulama'. Kesan nurani ibadah dan ilmu yang ada pada ulama' sangat berharga. Melihat wajah ulama' dan mendengar nasihat-nasihat mereka akan menjadikan kita lebih kuat untuk beribadah, menuntut ilmu dan berjuang menegakkan agama ALLAH ini.
Ya ALLAH berilah daku peluang seterusnya untuk sentiasa bersama ulama'.....ameen

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
ramadhan kareem
Saya terbaca sebuah blog pemerhati program-program PMRAM, beliau mendakwa bahawa PMRAM kali ini menghina jalur gemilang. Adakah benar dakwaan saudara kita itu?
klik sini utk baca blog beliau
Saya lampirkan untuk pembaca beberapa keping gambar sekitar program tersebut dan perbandingan dengan sebuah lagi program anjuran UMNO.
Ini gambar yang dimaksudkan oleh saudara tersebut. Beliau mendakwa PMRAM seolah-olah menghina dengan meletakkan bendera "terdampar di atas lantai berhampiran tangga di hayyu Asyir"

GAMBAR B
Ini bendera gergasi yang menjadi gimik perasmian pada malam tersebut. Beliau juga mendakwa PMRAM hina jalur gemilang tersebut dengan melilit bendera tersebut di sebatang pokok . -ada gk bndera kat rumah selangor, rumah kerajaan PAKATAN RAKYAT. rumh phg ada logo umno.. bndera pun takde. kui kui kui
GAMBAR C
GAMBAR D
Gambar ni lagi jelas, program anjuran UMNO cube perhatikan di mana jalur gemilang tersebut? dan ada berapa jalur gemilang tersebut? ada 10 je?
anda bole kira sendiri..
jalur tersebut menandakan bilngn negeri dalam malaysia.. bendera yang asal ada 14 jalur.
tapi dalam ni ada 10 je. mane lagi 4?
mungkin 4 buah negeri dah jadi negeri pakatan rakyat
selangor, kedah, kelantan, dan pulau pinang
PERAK (kerajaan mahkamah)

satu lagi tak kan dengki dengan PMRAM? kami tkde duit yang banyak berjuta-juta pun nk buat program ni, tapi kami mampu jayakan.. semua ni pengorbanan dari semua ahli yang baik hati.. kami buat untuk hebatkan nama ISLAM sbb PMRAM adalah persatuan mahasiswa ISLAM.
dah dah le tu...
Alhamdulillah, pujian kesyukuran pada ALLAH swt yang telah mengizinkan berlangsungnya satu perasmian pembukaan program tahunan PMRAM iaitu EGP 09.
Buat sahabat2 yang berada dari luar negara Mesir mungkin tidak mengenali apakah dia EGP? sila rujuk pada blog khas program ini. EGP 09 PMRAM (klik sini)
Perasmian pembukaan pada malam tadi cukup menggemparkan dataran hayyu asyir, dengan penyertaan dari pelbagai pihak antaranya adik-adik buuth yang mengibarkan jalur gemilang , konvoi motosikal BSA dan ramai lagi untuk menceriakan lagi majlis tersebut. Kehadiran tetamu pada malam tersebut juga menjadikan dataran hayyu asyir seolah-olah telah ditawan oleh orang melayu.
tgah (aku) spiker yang kecewa, sebelah kanan pengurus sempoi yazid dan kwan aku faliq yang mantop.
Program ini adalah usaha dari pihak PMRAM yang memikirkan kebajikan ahli dan meraikan semua pihak yang mempunyai pelbagai ragam dan cara. Dalam erti kata lain, kita meraikan tetapi masih menjaga batas-batas islam dan adab tatatusila. Masyarakat melayu dan ahli PMRAM khususnya memiliki minat dan kebolehan yang pelbagai seperti yang kita sama-sama tontonkan malam tadi sebuah pertunjukan kompang dari rakan-rakan JOHOR, taekwando dan lain-lain. Oleh demikian program seperti ini disusun supaya dapat menggilap bakat-bakat yang terpendam.
konvoi motosikal berkuasa tinggi. power la abg rider. teringin gak nk ada moto cmni.
Berhibur, berhibur, tapi kami tidak melepaskan peluang untuk menadah ilmu islami, program ini juga diselangi dengan sebuah forum dan pembentangan kertas kerja yang akan berlansung pada malam 9 ogos 2009. Jom ramai-ramai wahai pencinta ilmu kita penuhkan majlis ilmu ni.
Teringat lagi kata-kata Timbalan Presiden PMRAM yang turut hadir dalam mesyuarat terakhir pelaksana program EGP, antara isi ucapan beliau sebagai pembakar semangat para adhoc yang sempat saya rakam dalam minda saya ialah " program seperti ini adalah sebuah alternatif kepada masyarakat Malaysia yang suka berhibur. Islam tidak menghalang berhibur sama sekali, tetapi ada batas dan peraturan yang perlu dipatuhi."
Saya masih keliru kepada sahabat ISMA yang masih gigih untuk menubuhkan persatuan mahasiswa mereka. Mengapa antum tidak mahu bersama PMRAM untuk menjayakan agenda dakwah dan tarbiyah? Mungkin kata-kata saya ini akan menyinggung perasaan pihak tertentu, tetapi saya masih mencari jawapan tersebut agar kita sama-sama dapat manfaat yang lebih. Saya juga tidak bermaksud PMRAM boleh berbangga diri dengan apa yang ada malah sepatutnya PMRAM harus bersyukur. Mari fikir-fikirkan, jangan membuat kerja yang susah sedangkan ada cara yang mudah untuk mencapai cita-cita menegakkan ISLAM di bumi ini.
sekian saja komentar dan pndangn saya tntg EGP,, kecewa jugak tak dapat amik gmbr mlm tadi sebab sibuk uruskn program dan tkde kamera.. abg daud (abg sulong saya) belanja la satu kamera "DSLR"
saya terkejut pagi ni bila baca shoutbox...
teguran yng sngt manfaat utk saya.
terima kasih sekali lagi buat sahabt "MAMAT GMI, SALIM TONTO, HAMBA ALLAH, WARID ZAQZIQ"
saya tarik semula artikel sebelum ini.
Ada 3 orang kawan karib yang bernama GADUH, GILA dan OTAK, tinggal bersama-sama di sebuah kampung. Mereka tidak pernah berpisah selama ini. Pada suatu hari salah seorang dari mereka telah hilang iaitu GADUH. Maka kawannya GILA dan OTAK pergi membuat aduan di balai polis. GILA masuk ke dalam balai polis dan OTAK menunggu sahaja di luar.
-bermula dialog antara mereka dan polis-
GILA : encik2 saya datang ni nak cari GADUH.
POLIS : eh! betul ke budak ni? (sambil garuk kepala) adik ni tak de OTAK ke?
GILA : OTAK? oh... dia kawan saya, dia tengah tunggu kat luar.
POLIS : ish,,, budak ni GILA kot.
GILA : ye saya,, saya GILA.
POLIS : (terpinga-pinga mendengar)....
*kesimpulan : jangan bagi nama anak anda dengan nama yang "bukan-bukan"





