salam buat semua para pembaca budiman,
semoga ramadhan kali ini memberi makna yang besar dalam diri kita semua.
Pengalaman yang saya lalui ketika keluar natijah tahun akhir di kuliah syariah islamiyah, saya amat terkejut kerana natijah saya silap. Masalah timbul apabila subjek yang saya sudah lulus pada tahun lepas telah dicatatkan gagal pada keputusan kali ini. Masalah ini pernah berlaku kepada salah seorng rakan saya. Malangnya dia tidak ada sebarang bukti yang sah tentang keputusannya itu, maka dia terpaksa mengulang setahun lagi untuk memperbaiki keputusan tersebut.
Oleh demikian saya ingin berkongsi dengan sahabat2 pembaca dari mesir sahaja, cara-cara menyelesaikan masalah ini jika sekiranya berlaku kepada diri anda.
Ada beberapa dokumen penting yang anda perlu sediakan dan pastikan dokumen tersebut adalah asli bukan fotostat.
1) kerneh @ kad pelajar tahun lepas sesi pembelajaran tahun 2007/2008
2) kasyfu natijah tahun lepas (keputusan rasmi tahun lepas)
Kedua-dua dokumen tersebut akan menjadi bukti kukuh menyatakan bahawa anda telah lulus subjek tersebut.
Jika pihak syu'un (hal ehwal pelajar) tidak melakukan sebarang perubahan, anda perlu merujuk dengan mengemukakan "surat rayuan untuk semakan semula keputusan" kepada amid @ dekan kuliah anda agar beliau mengeluarkan arahan yang sepatutnya.
Proses tersebut memang memakan masa yang agak panjang, hampir seminggu saya berulang-alik ke kuliah untuk selesaikan masalah tersebut. Akhirnya, doktor dari maktab tansiq turun ke kuliah saya untuk melihat sendiri catatan keputusan tahun lepas dan membetulkan keputusan saya. Alhamdulillah saya berjaya tamatkan sesi pembelajran saya di AL-Azhar universiti peringkat ijazah dengan pangkat Jayyid.
Ini semua berkat doa dari ibubapa saya, guru-guru, kawan-kawan, dan semua orang yang membantu saya secara lansung dan tidak lansung. Semoga ALLAH membalas jasa kalian semua.
amin...
Sekadar ingin berkongsi pengalaman.Sila lawati blog ana.