Alhamdulillah, pujian kesyukuran pada ALLAH swt yang telah mengizinkan berlangsungnya satu perasmian pembukaan program tahunan PMRAM iaitu EGP 09.

Buat sahabat2 yang berada dari luar negara Mesir mungkin tidak mengenali apakah dia EGP? sila rujuk pada blog khas program ini. EGP 09 PMRAM (klik sini)


Perasmian pembukaan pada malam tadi cukup menggemparkan dataran hayyu asyir, dengan penyertaan dari pelbagai pihak antaranya adik-adik buuth yang mengibarkan jalur gemilang , konvoi motosikal BSA dan ramai lagi untuk menceriakan lagi majlis tersebut. Kehadiran tetamu pada malam tersebut juga menjadikan dataran hayyu asyir seolah-olah telah ditawan oleh orang melayu.

Ucapan Presiden PMRAM yang diselangi dengan laungan MERDEKA !!! sebanyak 3 kali mengingatkan kembali nostalgia kemerdekaan yang telah dikecapi oleh seluruh rakyat Malaysia pada tanggal 31 ogos 1957. Seterusnya ucapan tersebut telah merasmikan program EGP 09 menggantikan perasmi utama iaitu pegawai dari KMBK (Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah Mesir) yang tidak dapat menghadirkan diri pada malam tersebut walaupun sudah "confirm"kan kehadiran beliau pada petang tersebut kepada pihak pengurusan program.


tgah (aku) spiker yang kecewa, sebelah kanan pengurus sempoi yazid dan kwan aku faliq yang mantop.


Program ini adalah usaha dari pihak PMRAM yang memikirkan kebajikan ahli dan meraikan semua pihak yang mempunyai pelbagai ragam dan cara. Dalam erti kata lain, kita meraikan tetapi masih menjaga batas-batas islam dan adab tatatusila. Masyarakat melayu dan ahli PMRAM khususnya memiliki minat dan kebolehan yang pelbagai seperti yang kita sama-sama tontonkan malam tadi sebuah pertunjukan kompang dari rakan-rakan JOHOR, taekwando dan lain-lain. Oleh demikian program seperti ini disusun supaya dapat menggilap bakat-bakat yang terpendam.

konvoi motosikal berkuasa tinggi. power la abg rider. teringin gak nk ada moto cmni.

Berhibur, berhibur, tapi kami tidak melepaskan peluang untuk menadah ilmu islami, program ini juga diselangi dengan sebuah forum dan pembentangan kertas kerja yang akan berlansung pada malam 9 ogos 2009. Jom ramai-ramai wahai pencinta ilmu kita penuhkan majlis ilmu ni.

Teringat lagi kata-kata Timbalan Presiden PMRAM yang turut hadir dalam mesyuarat terakhir pelaksana program EGP, antara isi ucapan beliau sebagai pembakar semangat para adhoc yang sempat saya rakam dalam minda saya ialah " program seperti ini adalah sebuah alternatif kepada masyarakat Malaysia yang suka berhibur. Islam tidak menghalang berhibur sama sekali, tetapi ada batas dan peraturan yang perlu dipatuhi."

berhibur, enjoy, happy,!!! jom sama-sama kita berhibur.

Saya masih keliru kepada sahabat ISMA yang masih gigih untuk menubuhkan persatuan mahasiswa mereka. Mengapa antum tidak mahu bersama PMRAM untuk menjayakan agenda dakwah dan tarbiyah? Mungkin kata-kata saya ini akan menyinggung perasaan pihak tertentu, tetapi saya masih mencari jawapan tersebut agar kita sama-sama dapat manfaat yang lebih. Saya juga tidak bermaksud PMRAM boleh berbangga diri dengan apa yang ada malah sepatutnya PMRAM harus bersyukur. Mari fikir-fikirkan, jangan membuat kerja yang susah sedangkan ada cara yang mudah untuk mencapai cita-cita menegakkan ISLAM di bumi ini.

sekian saja komentar dan pndangn saya tntg EGP,, kecewa jugak tak dapat amik gmbr mlm tadi sebab sibuk uruskn program dan tkde kamera.. abg daud (abg sulong saya) belanja la satu kamera "DSLR"

ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 08 August 2009

1 Responses to EGP (Ekspo Gempak PMRAM) ....GEMPAK giler!!!

  1. sahabat Says:
  2. salam.
    try la baca ni :

    http://satuperkongsian.wordpress.com/2009/10/03/sembang-sembang-tentang-jemaah/

    biar skop pandangan kita tak terbatas dengan pemerhatian kita sahaja. wallahu a'lam.

     

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari