Petang semalam saya duduk saja2 depan komputer sambil membelek youtube, dari satu video ke satu video saya buka untuk mendengar kalam ulama'. Antara yang menjadi pilihan saya petang tu adalah Habib Ali al-jufri. Saya suka mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau, walaupun jauh dan hanya rakaman sahaja, tetapi kesan nurani yang saya dapat rasakan sangat mendalam.
semoga sama-sama kita dapat mnafaat.
Selepas selesai mendengar, terdetik dalam hati ini ingin berjumpa dengan beliau dan mendengar ceramah belaiu secara "live". Tetapi terfikir, bila masanya? mungkinkah dapat jumpa? adakah peluang untuk saya berkelana ke bumi Yaman untuk berjumpe beliau dan habib2 yang lain?
Tak mengapalah, saya simpan sahaja niat saya tu, moga-moga satu hari nanti ALLAH temukan saya dengan beliau.
tup tup tup....
Ahli bait saya pulang dari asrama selangor.
"rahman! habib ali datang.." kata kawan saya.
"syeikh ali?, bukan ke memang ada program malam ni bersama Syeikh Ali di ACC
(azhar confrence center)" saya membalas.
"bukan la, habib ali al-jufri dari yaman tu, ada majlis maulid dan tazkirah dari beliau di sahah baru (tempat ulama' Yaman berkumpul di mesir)" katanya lagi
wajah yng cukup tenang. jom semaikn cinta pada Rasulullah s.a.w

Terkejut saya bila mendengar perkhabaran tersebut. Lantas saya terus bersiap-siap untuk bekejar ke sana. Ada 3 orang lagi kawan dari asrama akan pergi bersama, kami bertolak dari hayyu asyir pada jam 7.30 ptg.
Setelah menunggu hampir 30 minit bersama alunan selawat dan pujian untuk Baginda s.a.w, tiba-tiba para hadirin berdiri meraikan kehadiran beliau ke dalam majlis tersebut. Manusia berpusu-pusu untuk bersalam dan mencium tangan beliau. Saya tidak berpeluang berbuat demikian kerana terlalu sesak.
Tergamam saya bila berhadapan dengan susuk tubuh keturunan ahli keluarga Nabi s.a.w, dari wajahnya yang berseri-seri, saya rasakan tenang melihat wajah seorang ulama' yang sangat cintakan Rasulullah s.a.w. Setiap ucapan dan ceramah beliau, tidak akan terlepas dari menceritakan perihal Baginda s.a.w.
Tazkirah yang beliau sampaikan cukup ringkas, dan padat. Beliau mengajak kita untuk bersedia menyambut bulan ramadhan ini. Malam-malam di bulan ramadhan ini sangat bermakna dan berharga buat hamba-hamba ALLAH yang sentiasa beribadah dan mengharapkan keredhaan-NYA.
Antara isi kandungan yang beliau sampaikan adalah berkaitan hubungan silaturrahim sesama ummat ISLAM. Bulan ramadhan ini kita jadikan bulan untuk menyemai lagi kasih sayang kita sesama kawan-kawan, ibubapa dan semua mahluk ALLAH. Kita tingkatkan penghayatan kita dengan akhlak Nabi s.a.w dan cuba belajar untuk menjadi orang yang rendah diri.
Selesai sahaja tazkirah ringkas yang memakan masa lebih kurang 20 minit, beliau terus berangkat untuk pulang. Sekali lagi peluang untuk saya bersalaman dengan beliau terlepas. Secara spontan, hati saya tergerak untuk pergi ke tempat letak kereta, mana-mana tahu ada peluang untuk bersemuka sebelum beliau naik kenderaan.
Syukur, alhamdulillah, ALLAH permudahkan saya untuk bertemu dengan beliau, saya sempat bersalaman, mencium tangan dan memeluk beliau tanpa ganguan dari orang lain. Saya merasa tenang dan terlalu gembira. Ya ALLAH, Engkau Maha mendengar rintihan dan permintaan hamba-hambaMU yang kerdil ini.
Sahabat-sahabat budiman, bukan niat saya menceritakan pengalaman saya yang sekelumit ini untuk dibanggakan, tetapi mengambil pengajaran supaya kita semua selalu berdamping dengan ramai ulama'. Kesan nurani ibadah dan ilmu yang ada pada ulama' sangat berharga. Melihat wajah ulama' dan mendengar nasihat-nasihat mereka akan menjadikan kita lebih kuat untuk beribadah, menuntut ilmu dan berjuang menegakkan agama ALLAH ini.
Ya ALLAH berilah daku peluang seterusnya untuk sentiasa bersama ulama'.....ameen

percubaan
jazakallah. insyaAllah ,jika ada kuliyah dari sheikh habib al -jifri, khususnya yang ada translation english /bm ,harap dapat sebarkan dalam laman blog ini juga.
Mungkin berguna untuk sahabat-sahabat yang tidak berpeluang mendalami lagi bahasa arab.
http://www.ipij.info/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=491&forum=19&post_id=4833#forumpost4833
- video pilihan 2 juga merupakan kisah menarik sebuah travelog dakwah dan tarbiyah seni dari sheikh habib.
moga bermanafaat.
subhanaAllah.. bertuah anta..
Habib Umar akan ke Malaysia Januari ini