Sejarah kehidupan manusia di dunia ini berlaku berulang-ulang dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Bermula dari kejadian manusia pertama Adam alaihi salam, hingga ke saat ini. Setiap detik yang telah berlalu dari kehidupan manusia itulah sejarah . Samada kita sedar atau tidak, sejarah adalah kayu ukur yang penting dalam membentuk sebuah tamadun gemilang. Malang sekali, kebanyakan manusia sering melupakan sejarah.
Cuba kita sama-sama imbas waktu di bangku persekolahan (sekadar tambahan) hampir kebanyakan dari pelajar tidak meminati mata pelajaran ini. Sejarah dianggap satu subjek yang membosankan. Betul atau tidak, jawapannya ada pada diri anda.
Saya sempat bersama dengan seorang penulis buku berkaitan perjuangan PAS, iaitu Ustaz Ridhuan Mohd Noor, menimba sedikit ilmu dan pengalaman beliau dalam penulisan. Beliau lebih dikenali dengan seorang ustaz yang rajin "menjunjung" laptop ke mana sahaja beliau pergi. Saya amat meminati penulisan beliau dalam menerangkan sejarah perjuangan islam di Malaysia khususnya. Antara buku beliau yang sempat saya khatamkan ialah ulama' dalam sorotan perjuangan kemerdekaan, menggenggam bara, saat cinta bertasbih dan banyak lagi.
"Sejarah ditulis oleh pemenang"
Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh beliau ketika sembang-sembang kami di meja makan. Walaupun ianya satu ungkapan yang ringkas, tetapi begitu besar maksud yang ingin disampaikan. Cukup sahaja dengan sejarah kemerdekaan tanah melayu, begitu bahlolnya pelajar-pelajar sejarah yang telah diperbodohkan oleh pemerintah zaman itu. Sejarah telah diselewengkan dari fakta sebenar. Susah payah ulama' dalam berusaha membebaskan tanahair yang tercinta ini lansung tidak diberi penghormatan. Jasa mereka dilupakan, pengorbanan mereka tidak lagi dipandang. Nama-nama tokoh yang lain pula diketengahkan menjadi hero tanah melayu ketika itu. Kesannya sehingga ke hari ini, masyarakat tidak nampak peranan ulama' dalam urusan pentadbiran negara. Bahkan golongan-golongan akademik lebih terkehadapan untuk memimpin dan mentadbir Malaysia.
Begitulah kaitan yang saya dapat simpulkan dari ungkapan ustaz Ridhuan Mohd Noor tadi.
Saya ingin mengajak pembaca-pembaca sekalian, mengimbas kembali sejarah kehebatan Islam. Seorang tokoh sejarah islam, Doktor Raghib Sarjani, yang banyak menghasilkan buku-buku penulisan tentang sejarah islam bermula zaman gemilang Baginda s.a.w, sehingga Khilafah Islam terkubur di Turki. Saya yakin banyak lagi pengarang-pengarang yang hebat menceritakan sejarah kegemilangan islam. Cuba kita luangkan masa untuk menatap kisah-kisah pewira agama agar mekar dalam hati sanubari kita ini sifat untuk berjuang demi agama tercinta.
Namun kini, apa yang dapat kita perhatikan pada hari ini, kisah-kisah tersebut hanya menjadi rakaman sejarah sahaja. Dimanakah usaha untuk mengembalikan tokoh-tokoh handalan dalam islam? Apakah diri ini layak digelar pembela agama? Adakah kita sudah mencapai tahap yang setanding dengan mereka yang bergelar pewira agama?
Fikir-fikirkan lah, renungilah sedalam-dalam hati kita. Buatlah sesuatu untuk menuju kearah kegemilangan ISLAM.
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
08 February 2009
Salam ziarah.
Ya,ana mesti berbuat sesuatu!
salam perjuangan.fastaqim kama umirta,ya akhi.
kerjasama untuk kuatkan islam