Adik kecil yang comel ni sedang berfikir sesuatu? Apa agaknya yang dia fikirkan? Mungkin dia fikir "macam mana cara untuk tarik perhatian dari ibubapanya supaya dia mendapat apa yang dihajati". Apa-apa pun yang dia fikirkan sudah tentu dia cari jalan untuk selesaikan masalahnya.

Begitulah fungsi akal untuk berfikir ketika kita menghadapi masalah. Kita seharusnya berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan, agar tindakan kita itu tidak bersalahan dengan ajaran ISLAM.

Akal adalah anugerah yang agung dari ALLAH s.w.t.


Sekarang kita cuba lihat pada masalah-masalah yang timbul dalam usaha kita menjalankan misi dakwah kita. Saya percaya, kebanyakan fasilitator "naqib" menghadapi banyak masalah untuk menjalankan usrah mingguan. Samada masalah itu berpunca dari diri naqib itu sendiri atau masalah dari anak-anak usrah.

Selaku seorang pendakwah masa kini, kita tidak boleh berada dalam suatu keadaan yang statik untuk menyampaikan risalah ISLAM. Zaman sentiasa berubah, dan pemikiran manusia juga sering berubah mengikut peredaran masa. Oleh itu, kita seharusnya cuba untuk memahami situasi tersebut dan cuba untuk menyesuaikan dengan pembawakan kita.

Terlalu banyak cara dan kaedah yang kita boleh fikirkan untuk menjadikan usrah kita lebih menarik dan kreatif. Antara contoh yang kita boleh lakukan adalah riadah bersama, jalan-jalan, jamuan makan, menghadiri kelas-kelas tafaquh dan sebagainya. Kita semestinya berperanan untuk menghidupkan usrah kita agar menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.

Saya teringat seorang teman (selaku naqib kepada satu kumpulan pelajar senior), cara yang cukup mudah untuk merapatkan hubungan antara naqib dan anak usrah adalah melalui sukan. Boleh dikatakan hampir setiap minggu mereka akan menghabiskan masa untuk bersukan bersama-sama, sehingga istilah usrah itu dianggap satu benda yang ringan dan tidak membebankan. Kita (naqib) tentu akan rasa gembira dan selesa jika anak-anak usrah seronok "berusrah" bersama-sama kita.





ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 19 February 2009
categories: edit post

1 Responses to Kreatif Berdakwah.

  1. Anonymous Says:
  2. kalu awak jadi naqib saya bole?=)
    -teman-

     

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari