Dakwah mengajak manusia kepada islam adalah kerja yang sangat mulia di sisi ALLAH s.w.t. Dakwah manusia untuk mengesakan ALLAH yang Satu dan mengajak manusia kepada kebaikan dan keadilan. Tugas utama bagi gerakan islam @"harakah islamiyah" adalah menyampaikan dakwah.

Para nabi dan rasul diutus oleh ALLAH ke muka bumi ini untuk menjalankan misi dakwah. Pelbagai rintangan dan cabaran yang telah mereka lalui sepanjang perjalanan dakwah mereka, samada ujian berbentuk kesenangan mahupun kesusahan.

Sirah Nabawiyah menjelaskan kepada kita tentang usaha gigih Baginda untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran, sepertimana yang telah berlaku di sebuah perkampungan yang bernama Yathrib. Baginda s.a.w berhasrat untuk mencari sebuah kawasan yang sesuai untuk membina kekuatan islam, akan tetapi malang sekali kehadiran Baginda telah disambut dengan cacian dan lontaran batu dari kaum tersebut.

Keazaman yang kental dan semangat yang jitu dalam diri Baginda s.a.w menjadikan Baginda terus thabat dalam jalan dakwah. Selaku ahli gerakan islam yang ingin mencontohi Rasulullah s.a.w, seharusnya bersedia untuk menghadapi risiko yang mendatang.

Setiap perkara yang kita ingin lakukan pasti ada risiko, seperti perbuatan makan, risiko yang kita akan hadapi ialah sakit perut dan sebagainya atau contoh kedua, menunggang motosikal, risiko yang akan berlaku adalah kemalangan. Begitu juga keadaannya dengan dakwah dalam gerakan islam tidak boleh terlepas daripada risiko. Oleh demikian, gerakan islam yang berteraskan dakwah islamiyah perlu bersedia dengan pelbagai risiko.

Apabila Nabi s.a.w mula melancarkan gerakan dakwah secara terang-terangan, Baginda sudah menduga segala risiko yang menyusul dan bersedia menghadapinya. Banyak lagi contoh dalam sirah Baginda yang menunjukkan keberanian Baginda untuk berhadapan dengan risiko.

"Play safe" bermaksud bermain dengan selamat atau dengan bahasa yang lebih mudah, tidak mahu mengambil risko dalam menetapkan pendirian terhadap sesuatu perkara.

Peribahasa melayu ada menyebutkan, "kalau takut dilanggar ombak, jangan berumah ditepi pantai".
Bagaimana setengah kelompok boleh mendakwa mereka membawa gerakan islam, sedangkan mereka takut untuk menerima risiko dan lebih gemar menjaga kepentingan peribadi.

fikir2kan.

Gerakana islam yang sempurna tidak boleh lari dari risiko yang sentiasa menanti untuk menguji kekuatan ahli gerakan tersebut. Teringat kata-kata Tuan Guru Presiden dalam ucapan beliau semasa muktamar PAS yang lalu, "kita perlu terus sabar dan teguhkan pendirian dalam menghadapi segala rintangan dalam jalan perjuangan".

Sahabat-sahabatku yang cintakan ISLAM, marilah kita memupuk sikap berani dan kental untuk meneruskan perjalan dakwah dalam gerakan islam di dunia ini. Kita harus semaikan dalam diri tentang ganjaran pahala untuk orang yang berjuang, kerana ALLAH menjadikan syurga itu bertingkat-tingkat. Lebih banyak kesusahan dalam perjuangan, lebih tinggi darjat mereka dalam syurga ALLAH.

Apakah yang lebih berharga lagi dari syurga yang dijanjikan ALLAH kepada para mu'min?

ditulis oleh Abd Rahman Mohd Tharin on 31 August 2011
categories: edit post

Cinta Abadi

Daisypath Anniversary tickers

pengunjung dari semua tempat

pengunjung dari...

Islamic Calendar

Islamic Clock

jumlah pelawat

islamic software

.:ila klik untuk tempahan::.


Sila Copy dan Paste coding di atas ke laman anda untuk membuat pautan blog ini. Terima Kasih.

دار الإفتاء المصرية

blogger azhari

Komuniti Blogger Azhari