Salam ukhuwah untuk semua.
Petang ramadhan yang penuh keberkatan ini, semua orang islam sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa. Semoga puasa kita diterima ALLAH dan mendidik kita menjadi tentera ALLAH yang bertaqwa.
Cuaca terik hari ini cukup menguji kekuatan azam dan tekad dalam menuntut ilmu. Perjalanan saya ke universiti mengambil masa tidak kurang dari 1 jam, ditambah pula dengan kesesakan jalanraya di bandar kaherah ini. Saya hanya mengharapkan ganjaran pahala dari ALLAH yang Maha Pengasih.
Saya bukan orang yang layak untuk berbicara tentang pengajian master di mesir ini. Keputusan yang keluar baru-baru ini belum melayakkan diri saya untuk memulakan penulisan thesis, masih berbaki 1 subjek lagi untuk lulus.
Jumlah pelajar yang menyambung pengajian master di kuliah darul ulum pada tahun ini seramai 264 orang. Hanya 7 orang sahaja yang lulus keseluruhan subjek. Sukar untuk diterima oleh semua pelajar, ramai yang mengeluh dan tidak berpuas hati. Peperiksaan ulangan akan diadakan pada 18 september 2011.
Pada tahun 2006, saya pernah menaruh harapan untuk meneruskan pengajian master di Mesir. Seingat saya, antara pelajar yang sedang menyambung pengajian master pada tahun tersebut ialah ustaz Ahmad Yusuf (master usuludin al-azhar), ustaz Mahyudin (darul ulum, cairo university), ustaz Anhar Opir (baru menamatkan master darul ulum), ustaz Amly (darul ifta' misriyah) dan ramai lagi idola-idola saya dalam pengajian master. Kebanyakan dari mereka dari bekas pelajar kisas sebagai abang senior saya di Mesir.
Bila sebut tentang master di mesir, tidak ramai pelajar malaysia yang gemar untuk menyambung pengajian di sini. Mereka lebih gemar untuk menyambung di universiti tempatan. Mungkin disebabkan susah nak lulus. Memang sudah terbukti, ramai yang menyambung master di mesir, tetapi tidak mampu untuk menamatkan pengajian mereka.
Ekonomi adalah salah satu faktor utama kegagalan pelajar untuk menyambung master. Saya berpendapat sedemikian kerana pengajian di peringkat master memerlukan tumpuan sepenuhnya untuk lulus. Ini kerana subjek yang diambil sangat berat dan meliputi semua bidang pengajian islam seperti syariah, usuluddin dan lughah arabiah.
Saya tidak menafikan ada juga pelajar yang benar-benar struggle untuk hidup di mesir demi menamatkan pengajian mereka, tetapi golongan mereka sangat sedikit. Keazaman mereka yang cukup kental untuk menghadapi cabaran di Mesir akhirnya membuahkan hasil.
Cabaran kehidupan dan cabaran dalam pengajian mereka. Kita sering dengar mahasiswa master di Mesir mengambil tempoh masa yang sangat panjang untuk menamatkan pengajian mereka. Ada di antara mereka yang menetap di mesir lebih dari 10 tahun. Berbeza pula keadaannya di universiti tempatan, master hanya 2 tahun atau kurang.
Banyak faktor yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku, antaranya adalah penyelarasan subjek dalam bidang yang diambil. Seperti di fakulti darul ulum, pengkhususan syariah islamiyah, subjek dari bidang usuludin seperti ulum hadith, takhrij hadith, tahqiq makhtutat dan tafsir merupakan subjek teras juga selain dari subjek usul fiqh, tarikh fiqh dan lain-lain.
Assalamualaikum..
Saudara, berdasarkan artikel saudara tersebut, saudara merupakan pelajar master di Cairo University.. Saya merupakan seorang pelajar di universiti di Jordan dan dalam proses untuk tamatkan Ijazah Sarjana Muda Syariah di sini. Apabila tamat pengajian di Jordan nanti, saya berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Master di Cairo University.. Tapi saya kurang maklumat berkenaan universiti tersebut.. Kalau tak keberatan, boleh tak saudara menjawab beberapa soalan berikut :
1) macam mana nak apply untuk pengajian Master di sana??
2) macam mana nak mohon biasiswa untuk sambung master di sana?? dan apa institusi yang menawarkan biasiswa tersebut??
3) macam mana sistem pengajian Master di sana??
4) antara Universiti Al-Azhar dan Cairo University, mana satu tempat yang terbaik untuk sambung master??
Diharapkan agar saudara dapat menjawab soalan2 ini. Segala kerjasama daripada saudara saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Assalamualaikum...sy ada dengar bhw Al-Azhar sukar menerima pelajar master yg bukan berasal dr first degree azhar..betulkah??? sy harap tidak sebab sy sngt2 berhasrat menyambung pelajaran ke peringkat MA di Al-Azhar