KAHERAH, 24 Mei - Barisan kepimpinan HEWI PMRAM telah menziarahi Puan Noratikah iaitu isteri pegawai Selangor, Saudara Faryzan bin Subki. Ziarah mahabbah ini diketuai oleh Saudari Nurain binti Yaacob selaku Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2011.
Pertemuan dua hala yang diadakan di kediaman Pegawai Selangor di Haiyyu Asyir itu adalah bertujuan bagi merapatkan lagi ukhuwwah diantara kepimpinan HEWI PMRAM dan isteri pegawai. Kedatangan kepimpinan disambut mesra oleh beliau.
Kemudian, pertemuan diteruskan dengan sesi taaruf di kalangan pimpinan dan perkongsian pandangan terhadap pembawakan HEWI PMRAM.
Menurut Puan Noratikah, "PMRAM merupakan wadah yang besar sehingga kewujudannya dipandang di mata dunia bahkan kesatuan penting untuk berhadapan dengan masyarakat". Beliau berasa amat teruja dan berbesar hati ketika menerima kunjungan barisan kepimpinan HEWI PMRAM, ujarnya lagi.
HEWI PMRAM sentiasa bersedia menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana pihak bagi memastikan kebajikan ahli terjamin serta merealisasikan tema yang di bawa pada tahun ini iaitu; "Kesatuan Ukhuwah Manefistasi Tarbiyah" .
Pertemuan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan dari pihak HEWI PMRAM kepada beliau.
KOMEN SAYA:
Beliau (KAK IKA) juga merupakan pemegang SARJANA (M.A) dalam bidang sastera dan penulisan, diharapkan dapat membantu KELAP (Kem Latihan Penulis) dalam merealisasikan moto "MENGISLAMISASI KREATIVITI".
Semoga kita semua berusaha membantu ISLAM dalam apa jua bentuk.
الله أكبر!! ولله الحمد
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
25 May 2011
setuju! seorang lg tenaga utk mendidik ahli pmram dlm penulisan