Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kami ucapkan pada ALLAH yang memudahkan segala urusan perkahwinan. Saya dan isteri telah diijab kabulkan pada 20 disember 2009 bersamaan 3 muharram 1431 h.
Tidak akan sekali-kali saya melupakan jasa semua orang yang bertungkus lumus membantu untuk menjayakan majlis perkahwinan tersebut. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa anda semua.
Buat ayah(hj mohd tharin), mama (hjh normala), abah(hj nordin) dan mak(hjh ramlah) empat orang yang paling banyak berkorban dan orang penting dalam majlis perkahwinan kami.
Saya sentiasa mendoakan semoga sentiasa diberi kesihatan untuk terus beribadat, ketenangan hati dan keberkatan hidup di dunia ini.
Buat abg long (mohd daud), kak jah(kak ipar) dan syamil, terima kasih sangat2 di atas kesudiaan menerima tetamu selama sebulan di rumah. Mintak maaf salah silap kalo terkasar bahasa atau kurang adab. Memang rindu dengan syamil, kalo boleh nak datang selalu.
Seterusnya kepada semua adik beradik yang bersusah payah datang dari jauh semata-mata untuk meraikan majlis saya dan isteri. Deq noi (kak nor azizah), siti rokiah (paling busy), dolah (musafir kelana), ismail (budak pmr). Saya harap anda semua dapat terima kak ipar dengan hati terbuka, terima lah seadanya. "kelebihan disyukuri, kekurangan dihargai"
Begitu juga dengan abang dan kak ipar saya, abg iwan dan kak long (datang dari jauh, negeri selatan negeri johor), abg fiza dan kak ngah (lagi jauh tercampak ke utara, penang mari). Kita baru berkenalan sekejap, harap2nya lepas ni boleh bertemu lagi, untuk rapatkan hubungan.
Seterusnya kepada pakcik, dan makcik sedara, pak long amin dan mak long zahrah, pak lang dan mak lang, pak uda dan mak uda, pak andak dan mak andak, pak anjang dan mak anjang, pak itam dan mak itam, pak teh dan mak teh, pak cik dan mak cik dan yang terakhir pak usu dan mak su. Sepupu sepapat, saya pun hampir tak kenal masing2 dah banyk berubah,, abg emi dan isteri, abg muazam, kamarul, dan yang lain-lain. Maaf tak dapat nak sapa semua sekali, terima kasih kerana ingat pada saya. Walaupun saya agak jauh dari keluarga, saya jarang balik bercuti, maklum la dok jauh di perantauan....
Saya sangat2 terharu kerana semua pak2 sedara dan mak2 sedara saya bersusah payah untuk hadir ke majlis saya. Kesibukan hidup sekarang dengan pelbagai agenda harian, namun mereka masih berkesempatan untuk bersama-sama meraikan majlis saya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan untuk semua.
Seterusnya, kepada semua saudara-mara sebelah fitri, saya masih baru dalam keluarga anda, terima lah saya dengan seadanya. Saya budak baru belajar, masih mentah dalam mengenal kehidupan. Buat pak long ramli, pak lang ramlan, mak cik ruziah, pak tam, pak teh, pak andah, mak cu (pak sedara belah mak).
Alhamdulillah pada 2 dan 3 jan 2010 saya berkesempatan pergi "menyombah" keluarga2 dan sanak sedara belah isteri saya di batu kikir kuala pilah. Istilah tersebut membawa maksud yang sangat besar, peluang kepada pengantin baru untuk berkenalan dengan semua ahli keluarga samada sebelah lelaki atau sebelah perempuan. Zaman sekarang ada istilah yang lebih mudah lagi, iaitu "tour de family", saya dan isteri akan cuba meluangkan hujung minggu untuk menziarahi sanak saudara samada jauh atau dekat.
Tahun baru ma'al hijrah dan masihi, saya juga akan mulakan hidup baru bersama isteri. Pastinya berbeza dengan zaman bujang saya dahulu, kini sudah bergelar suami, menantu, tak lama lagi abah. Semakin banyak pangkat, semakin banyak tanggungjawab dan amanah yang akan saya pikul.
Perkahwinan bukan semudah yang difikirkan, pasti banyak ranjau dan cabaran yang akan dihadapi. Buat isteriku tersayang, "kita akan bersama-sama menempuh cabaran hidup dan berusaha membina sebuah keluarga islam yang bahagia di dunia dan akhirat"
wasalam...
uia
5 januari 2010
10:39am
iAllah.kita akan sama2 berjuang.terima kasih atas segala pengorbanan sebelum n setelah bergelar suami