Akhirnya Jepun kalah. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. Pada masa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima kesannya. Bandar Kobe menjadi rata dengan tanah.
Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana ubahsuai dengan jumlah yang besar. Kaca-kaca jendela yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang dibawa khas dari Jerman. Sebuah lampu hias baru digantung di tengah ruang solat utama. Sistem pengatur suhu ruangan juga dipasang di masjid ini.
Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan pun mulai dibina. Umat Islam kembali menikmati aktiviti keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.
Krisis kewangan sering merungsingkan jawatankuasa masjid. Pajakan bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid terpaksa mengeluarkan cukup belanja yang besar dari simpanannya.
Keutuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat pada tahun 1995. Tepat jam 5.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.
Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun setelah Gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan korban jiwa 140.000 orang.
KOMEN SAYA:
Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe berarti 'gate of God atau gerbang Tuhan'.Pada tahun 1945, Jepun terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Serangan Jepun ke atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuatkan pemerintah Amerika memutuskan untuk melakukan pengeboman menggunakan bom atom pertama kali dalam peperangan.
Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca jendelanya pecah.
Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di beranda masjid selamat dari serangan bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pengumpulan korban perang.
Syukurlah banyak penderma yang datang menghulurkan derma untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan ubahsuai masjid ini. Derma yang diterima besar sehingga dapat menjadikan Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang.
Walaupun gempa ini hanya berlangsung 20 saat, namun gempa ini memakan korban sebanyak 6.433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk kota Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar kota seluas 20 km dari pusat gempa.
Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh, seolah-olah tidak berlaku apa-apa walaupun menghadapi berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun sehebat masjid ini. duniaunik/Tulahan
sudah banyak bukti zaman skrg, ALLAH pelihara masjid, tempat org islam beribadah.
Orang yang menjaga agama ALLAH juga akan dipelihara.
ditulis oleh
Abd Rahman Mohd Tharin
on
08 June 2011
0 komen menbina