Hukum menjama'kan solat dan hukum puasa bagi golongan yang bekerja dalam bidang penerbangan (selalu bermusafir)
Jika sekiranya individu tersebut selalu bermusafir, maka haruslah bagi beliau untuk menjama'kan dan mengqasarkan solatnya selagi mana musafir tersebut adalah bertepatan dengan syarak.Keringanan @ "rukhshoh" tetap akan diberi kepada golongan tersebut selagi mana mereka dalam keadaan musafir walaupun dalam keadaan yang lama.
Sahabat-sahabat Nabi s.a.w bermusafir ke benua asia dalam tempoh yang panjang iaitu hampir 8 bulan, mereka menjama' qasarkan solat mereka sepanjang perjalanan tersebut.
Oleh demikian bagi golongan yang bekerja dalam bidang tersebut, mereka boleh mengambil keringanan tersebut dalam melakukan ibadah terhadap ALLAH s.w.t
sumber rujukan : Fatawa Bait Muslim, Dr Ali Jumaah, m/s 12, Dar Imam syatibi,
servis kete
5 weeks ago
belajar