98 التَّغْلِيظُ في الدَّيْنِ
4684 أخبرنا عَلِيُّ بن حُجْرٍ عن إسماعيل قال حدثنا الْعَلَاءُ عن أبي كَثِيرٍ مولى مُحَمَّدِ بن جَحْشٍ عن مُحَمَّدِ بن جَحْشٍ قال كنا جُلُوسًا عِنْدَ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَرَفَعَ رَأْسَهُ إلى السَّمَاءِ ثُمَّ وَضَعَ رَاحَتَهُ على جَبْهَتِهِ ثُمَّ قال سُبْحَانَ اللَّهِ مَاذَا نُزِّلَ من التَّشْدِيدِ فَسَكَتْنَا وَفَزِعْنَا فلما كان من الْغَدِ سَأَلْتُهُ يا رَسُولَ اللَّهِ ما هذا التَّشْدِيدُ الذي نُزِّلَ فقال وَالَّذِي نَفْسِي بيده لو أَنَّ رَجُلًا قُتِلَ في سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ أحيى ثُمَّ قُتِلَ ثُمَّ أحيى ثُمَّ قُتِلَ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ ما دخل الْجَنَّةَ حتى يقضي عنه دَيْنُهُ (سنن النسائي (المجتبى) ج7:ص314 )
Nabi s.a.w tidak menggalakkan ummatnya berhutang jika tidak ada sebarang dharurat, kerana hutang yang tidak mampu dibayar akan menyebabkan amalan seorang muslim tersekat. Sebagaimana yang terdapat di dalam hadith di atas, kisah seorang muslim yang syahid di jalan ALLAH swt, akan tetapi beliau masih berhutang dengan saudaranya, hutang tersebut menjadi penghalang kepadanya untuk masuk ke dalam syurga.
Kehidupan mewah masa kini adalah salah satu faktor utama manusia suka berhutang. Kehendak hawa nafsu yang suka bermegah-megah dan membebankan diri dengan hutang adalah sifat yang di cela oleh islam.
Setiap muslim seharusnya menyusun dan menguruskan kewangan dengan baik untuk kehiudpan mereka. Alangkah baiknya, jika duit tersebut disalurkan kepada perkara-perkara kebaikan seperti derma, infaq untuk perjuangan islam dan lain-lain.